Semalam baca tweet Reza Salleh,
"Selamat Hari Rabu new followers"
Aku yang sedang skodeng timeline kawan-kawan kat acc twitter kamu, gelak-gelak.
Apalah Reza Salleh ni. Padahal hari Selasa. Boleh cakap hari rabu. Semalam.
Petang balik office, aku cerita kat kawan Asmida. Kawan satu office. Pastu dua-dua gelak berabis. Boleh dia lupa hari ni hari apa. Hari selasa la weyhh..
Tah camne dua-dua terdiam.
Aku : eh, hari ni hari selasa ke? *teringat cerita cinta elysa malam nya"
Asmidar : eh, hari ni hari rabu la.. semalam hari selasa...
lol! Aku yang bengong. Boleh aku gelakka Reza.
p/s: Tak sabar tengok Slot lestary minggu depan ganti Cinta Elysa. Dengarnya lagu dia tuk cerita tu best... err....
Showing posts with label Reza Salleh. Show all posts
Showing posts with label Reza Salleh. Show all posts
Thursday, December 15, 2011
Thursday, October 27, 2011
Gelisah - Amir Jahari (Live at #OctTwtFest)
Serius ini dah jadi lagu fav saya sejak dua menjak. Dulu bukan main kutuk. Dulu tak suka. Sebab lagu ni khas untuk kawan-kawan kamu sejak sekolah rendah. Jealousssssss! Err... Tipu. Over plak! Baca SINI. Tapi sekarang suka. Siap dedicate lagu ni untuk tunang tersayang lagi. Matilaaaa..... Bagi lagu kat tuan punya lagu. Hiks...
Jom layan...
GELISAH
Ku tersenyum seorang
memikirkan tentang dia,
Orang yang sentiasa
membuatku gembira
Ku rindukan tika alam persekolahan,
membuat ku bahagia
seperti keluarga
walaupun kau begitu,
ku tetap di belakangmu...
Gelisah....
Ku tak dapat berpisah denganmu,
gembira..
Aku tahu kau pun begitu.....
Lirik : Amir Jahari
Lagu : Amir Jahari
p/s: Yang ada pergi OctTwtFest ataupun Laundry Bar mesti ada dengar lagu ni. 1st time nyanyi kat public. Siapa dah dengar kat youtube lagu ni?
Friday, October 21, 2011
Berubah!
Jangan terus membuat kesimpulan.
Kamu : B rasa abang berubah kah? (B rasa abang berubah ke?)
Aku : kenak? (kenapa?)
Kamu : Ada urang padah abang berubah.. sombong... (Ada orang cakap abang berubah.. sombong..)
Aku : Rapat sik? (Rapat tak?)
Kamu : Sik.. (Tak...)
Aku : So just abaikan....
Pada aku, kalau nak tau kita berubah ke tak, tanya dengan orang-orang yang rapat dengan kita yang ikhlas memberikan pendapat. Kalau orang yang rapat dengan kita masih anggap kita sama, jadi, abaikan yang lain-lain. Biasanya yang tak rapat dengan kita, suddenly mengaku saudara, mengaku kawan baik tu yang selalu akan memberi masalah kepada kita.
Bukanlah sombong, Cuma, tak setiap masa kita dapat layan, nak jaga hati orang sekeliling, nak ambil hati supaya orang suka kita. Letih. Jadinya, baik jadi diri sendiri kan?
Setakat ini, alhamdulillah, kamu masih orang yang sama. Mungkin dah mula pakai blackberry, dah pandai bergaya, dah ada duit poket sendiri, tapi, kamu masih kamu. Malah, layanan kamu lebih baik dengan aku, dengan keluarga aku dan keluarga kamu. Kawan-kawan baik seperti Mr. Atiqah, Razz Rozz Fazzaliman dan geng the Sains Side juga merasakan kamu masih kamu yang dulu. Berkata yang benar jika memang tahu. Sentiasa merasakan diri banyak yang perlu diperbaiki. Mudah menerima teguran walaupun pada awalnya mungkin ada percanggahan pendapat. Biasa. Lepas tu kamu akan fikir balik pandangan orang-orang yang menegur kamu. Kamu ambil yang baik, tinggalkan yang melemahkan semangat. Setakat ini. Tak tau la kalau nanti berubah kan?
Andai kata, suatu hari nanti kamu berubah ke arah yang tidak baik, boleh ramai-ramai tolong aku ketuk kamu?????
Malam tadi kat Laundry Bar for Moonshine. Kredit to Klubbkiddkl.
p/s: Kamu lebih senang kalau orang-orang di luar kenal kamu sebagai anak seni, bukan sebagai artis. Bezanya? Nanti aku explain.
Tuesday, October 18, 2011
Tegang Sikit...
Keadaan akan agak tegang bila kamu practise, tapi kamu tak puas hati dengan arrangement muzik yang kamu buat. Bertambah tegang, bila aku pulak tak minat dengan arrangement yang kamu buat. Aku kan pendengar biasa. Kalau aku tak minat, berkemungkinan orang lain pon takkan minat kan?
Sekarang kamu sibuk dengan show Reza Salleh kat Laundry, khamis ni. Kamu kena perform empat atau lebih lagu kamu. Dengan show yang berturut, masak jugak la nak practise kan. Lain lah kena bawak lagu biasa. Tapi hari-hari dengan lagu lain.
"Kalau korang minat, Khamis ni Amir akan perform di Moonshine anjuran Reza Salleh di Laundry Bar. Come!" - klubbkiddkl
Bila kamu sibuk, aku lebih senang menyepikan diri. Menyibukkan diri dengan bermacam-macam benda supaya tak mudah tercari-cari lagi-lagi bila mood kerja menurun minggu ni. Haihh... Tiba-tiba rasa nak resign. Bosan!
Subscribe to:
Posts (Atom)
