Showing posts with label Blackberry. Show all posts
Showing posts with label Blackberry. Show all posts

Wednesday, October 26, 2011

Tanpamu #OcTwtFest 22 Okt 2011

Hari tu ada yang tanya kat aku apa #OcTwtFest tu. Sebab hari tu kecoh jugak kat twitter pasal ni. Dan dengarnya masuk world book record sebab first time gathering pengguna-pengguna twitter ni dibuat secara besar-besaran di dunia. Kira-kira 2000+++ yang datang masa gathering ni yang bertempat kat Bangunan DiGi Subang Hi-Tech Industrial Park. Ramai selebriti yang hadir termasuk lah Yang Berhormat pun ada. 

Jangan tanya aku pergi ke tak. Dah semestinya aku tak pergi sebab aku kat Kuching. Cuma seronok dengar update dari kawan-kawan yang pergi. Tiba-tiba aku rasa sekarang ni twitter lagi best oh. Lebih senang nak borak dekat twitter dari dalam blog kan? Tapi seronok blog bila kita baca luahan hati orang tu. Jujurnya aku lebih suka baca blog personal dari blog tentang tutorial dan lain-lain. Tapi aku layan aje kalau blogger yang dah agak rapat yang tulis. 

Tau tak apa yang lebih menarik kat gathering tu? Ada games yang dibuat oleh Klubbkiddkl. Siapa dapat jawab semua soalan dan ikut apa syaratnya, akan menang HTC Desire HD dengan Blackberry. Gila best! Dah tu, Fazura yang bagi masa nak sampaikan hadiah tu. Untungkan yang dapat tu. Nak beli sendiri tak mampu lah aku sebab ada misi lain sebelum nak dapatkan gadjet baru. Cukuplah Nokia E72. 

Oh ya, kamu pun perform jugak masa tu. Sila lihat video kat bawah. Serious aku sangat jealous tak dapat join. Happening oh! Crowd pun sporting gila. Next year aku nak tempah tiket awal-awal lah sebab dengarnya penganjur akan buat gathering ni sebagai acara tahunan. Best kan? Walaupun tak kenal, tapi bila jumpa kat depan mata, rasa macam dah kenal lama pulak. Sangat besttttt! 



Credit to Buah Mulut.Com

p/s: Ada tak siapa yang baca blog ni pergi hari tu? Meh kongsi pengalaman.

p/s: Aku kat twitter, @Amni_Amirul

Friday, October 21, 2011

Berubah!

Jangan terus membuat kesimpulan. 

Kamu : B rasa abang berubah kah? (B rasa abang berubah ke?)

Aku : kenak? (kenapa?)

Kamu : Ada urang padah abang berubah.. sombong... (Ada orang cakap abang berubah.. sombong..)

Aku : Rapat sik? (Rapat tak?)

Kamu : Sik.. (Tak...)

Aku : So just abaikan.... 


Pada aku, kalau nak tau kita berubah ke tak, tanya dengan orang-orang yang rapat dengan kita yang ikhlas memberikan pendapat. Kalau orang yang rapat dengan kita masih anggap kita sama, jadi, abaikan yang lain-lain. Biasanya yang tak rapat dengan kita, suddenly mengaku saudara, mengaku kawan baik tu yang selalu akan memberi masalah kepada kita. 

Bukanlah sombong, Cuma, tak setiap masa kita dapat layan, nak jaga hati orang sekeliling, nak ambil hati supaya orang suka kita. Letih. Jadinya, baik jadi diri sendiri kan? 

Setakat ini, alhamdulillah, kamu masih orang yang sama. Mungkin dah mula pakai blackberry, dah pandai bergaya, dah ada duit poket sendiri, tapi, kamu masih kamu. Malah, layanan kamu lebih baik dengan aku, dengan keluarga aku dan keluarga kamu. Kawan-kawan baik seperti Mr. Atiqah, Razz Rozz Fazzaliman dan geng the Sains Side juga merasakan kamu masih kamu yang dulu. Berkata yang benar jika memang tahu. Sentiasa merasakan diri banyak yang perlu diperbaiki. Mudah menerima teguran walaupun pada awalnya mungkin ada percanggahan pendapat. Biasa. Lepas tu kamu akan fikir balik pandangan orang-orang yang menegur kamu. Kamu ambil yang baik, tinggalkan yang melemahkan semangat. Setakat ini. Tak tau la kalau nanti berubah kan? 

Andai kata, suatu hari nanti kamu berubah ke arah yang tidak baik, boleh ramai-ramai tolong aku ketuk kamu????? 


Malam tadi kat Laundry Bar for Moonshine. Kredit to Klubbkiddkl.





p/s: Kamu lebih senang kalau orang-orang di luar kenal kamu sebagai anak seni, bukan sebagai artis. Bezanya? Nanti aku explain. 
Older Posts Home