Showing posts with label Lirik Lagu Gelisah. Show all posts
Showing posts with label Lirik Lagu Gelisah. Show all posts

Tuesday, March 6, 2012

Rahsia Cinta Kami : 3K

Pagi-pagi dah bicara pasal cinta. Kena ceramah sebijik dengan kamu malam tadi. Amik mu! 

Hepppp! Ini bukan rahsia cinta aku dan kamu. Tak pernah ada rahsia pun tentang cinta-cinta ni. Malah, masing-masing masih belajar erti cinta. Belajar untuk cintakan DIA, baginda, parents, keluarga, kawan-kawan. 

Rahsia cinta kami : 3K ni aku dapat minggu lepas kot kat hot chat hot.fm. Bila dengar tu aku pulak yang tersipu-sipu malu. oh pleaseeee... berangan yang cakap tu kamu. Sebab lelaki tu yang kongsi rahsia perkahwinan mereka bahagia. Apakah?

Satu daripada K yang selalu juga kamu tekankan, KEPERCAYAAN. Bukanlah kepercayaan membuta tuli. Masing-masing kena percaya dengan pasangan masing-masing. Sibuk bekerja kadang-kadang kita lupa. Batas kita kena jaga. Tahu limit kita macam mana dengan orang lain. Even kita jenis playfull, tapi harus ingat status kita. 

Tapiii.. kata pun manusia kan.. mudah lupa.. sebab tu penting K yang lagi satu. KESETIAAN. Di mana-mana kita pergi mungkin kita akan jumpa orang yang macam lebih baik, lebih menarik dari pasangan kita. Tapi perlu sedar, pandangan pertama selalunya menipu. Jadi, setia lebih baik. Nak mulakan sesuatu hubungan tu mudah, tapi nak pertahankan itulah yang susah. 

Katakan terlupa jugak. Yer laa.. kadang-kadang terrrrrrrrrbuat salah. Contoh terrrrrcuranggggg... kita perlu backup dari yang K yang ketiga. KASIH SAYANG. Kerana kasih sayang kita boleh memaafkan. Tapi kalau dah sampaiiiiiiiiiiii berpuluh kali buat tu baik tinggalkan cari yang lebih baik. 

Kalau nak bersama balik, pastikan dapatkan K yang pertama balik. Dan setialah. Nak percaya balik lepas apa yang tak baik berlaku memang susah. Tapi kalau dapat tahan dan bersabar, insha Allah, ganjarannya lebih baik menanti. 

Tapi ramai jugak yang aku jumpa pasangan dah buat macam-macam pun, still kuat lagi nak bersama. Pertahankan selagi mampu. Tapi kalau dah cukup letih, berhentilah. Cuba buka ruang untuk diri sendiri. 

Hepppp! Ini bukan Rahsia Cinta Aku dan Kamu. Itu rahsia cinta abang tu dan isterinya. Aku tak cakap sebijik. Aku olah supaya maksud lebih kurang sama.. 

I love u more!

Wednesday, January 18, 2012

Turun Naik Kehidupan!

Semalam sangat sibuk untuk aku dan kamu. Pagi-pagi kamu dah keluar untuk class. Oh ya, kawan lama, kamu dah sambung belajar ASWARA balik. Something good to share kan? Selama ni orang risau kamu tak sambung belajar. Orang risau jugak apa nak jadi dengan kamu suatu hari nanti. Aku gelak je. Cepat atau lambat aku tau kamu akan sambung study jugak. Yang paling senang hati, pastinya mak kamu lah. 

Balik class kamu and the ASRAWA ensemble bergegas ke Sri Pentas TV3 untuk recording pencalonan Muzik-muzik yang akan ditayangkan minggu pertama Muzik-muzik 2012. Syukur. Tahun 2012 aku dan kamu sebenarnya bermula dengan sangat baik. 

Bermula dengan Anniversary aku dan kamu, tawaran aku sebagai pekerja tetap, tambahan pulak bisnes yang semakin berkembang, juga tawaran mengajar kimia. Kemudian kamu pulak sambung belajar, recording single ke 2 kamu, lagu kamu diangkat sebagai lagu Tema dalam cerita, BFF.. Teman Tapi Mesra. Dan baru-baru ni pelancaran lagu single ke-2 kamu serta termeterai perjanjian kamu sebagai artis Kasi Gegar selama dua tahun. 

Syukur. Selepas setahun setengah ujian sedih yang tak pernah putus, sekarang diuji lagi dengan ujian kegembiraan. Keduanya punya kebaikan dan keburukan masing-masing. Bergantung dengan cara kita menerima kan?

Sedih itu sebenarnya merapatkan lagi aku dan kamu. Gembira itu membuat aku dan kamu lebih berjaga-jaga agar jangan mudah lupa diri. Kamu sendiri risau. Tapi aku yakin, selagi Allah dan Rasulullah s.a.w ada dihati, jauh mana pun kita lari dari landasanNya, insha allah, kita akan patah balik lagi. 

Chill!~




p/s : Terima kasih yang sentiasa bersama aku dan kamu. Kamu tahu kamu siapa. Terlalu banyak untuk aku sebut di sini. Termasuk cikgu erol dan encik labu-labi.

p/s: Terima kasih yang follow twitterku, @Amni_Amirul

Tuesday, January 17, 2012

Bukan Setakat Wordless Wednesday! Memang Wordless Habis Laa...


Sumber : Gua.com.my. KLIK untuk baca.





Gelisah...

Tadi kat facebook ramainya kawan-kawan dah kahwin dan nak kahwin tahun ni. Baru 16 hari Januari berlalu. Aku? Jangan tanya bila. Insha Allah hujung tahun. Tapi tahun bila tak pasti. 

Banyak benda nak kena settle. Salah satunya yang ini. 










p/s: Stok VCO dan femme vita dah sampai. Yeah! Nak order? Just SMS, 016-8789473, email, amnicatalyst@gmail.com atau twitter, @Amni_Amirul 

Monday, January 16, 2012

Motivation Is A Measure of Iman

Kamu call, borak kejap pasal perancangan kamu esok hari. Ada kelas, cuma kelas gitar klasik, kamu ikut yang hari Khamis sebab esok ada PC untuk sesuatu yang sangat penting.

Sebelum tidur, sempat kamu pesan,

Kamu : zikir 1000 kali Allah dalam hati, di mulut 500 kali.. Usaha 40 hari. Kalau nak Allah ada di hati, banyak-banyak zikir. Kalau nak elak dari cakap kosong, cakap tak elok, banyak-banyak zikir.

Aku : erm..

Kamu : kalau Allah dah dihati, main gitar pun ingat Allah, tengok kipas pun ingat Allah, tengok orang pun dah tak de rasa apa. Semua benda ingat Allah. Tak de dah rasa tak suka kat orang ke, menyampah, semua hilang..

Aku : will do my very best!

Motivation is a measure of Iman.



P/s : moga yang membaca beroleh manfaat.

Thursday, October 27, 2011

Gelisah - Amir Jahari (Live at #OctTwtFest)

Serius ini dah jadi lagu fav saya sejak dua menjak. Dulu bukan main kutuk. Dulu tak suka. Sebab lagu ni khas untuk kawan-kawan kamu sejak sekolah rendah. Jealousssssss! Err...  Tipu. Over plak! Baca SINI. Tapi sekarang suka. Siap dedicate lagu ni untuk tunang tersayang lagi. Matilaaaa..... Bagi lagu kat tuan punya lagu. Hiks...

Jom layan... 





GELISAH

Ku tersenyum seorang 
memikirkan tentang dia,
Orang yang sentiasa 
membuatku gembira

Ku rindukan tika alam persekolahan,
membuat ku bahagia
seperti keluarga
walaupun kau begitu,
ku tetap di belakangmu...

Gelisah....
Ku tak dapat berpisah denganmu,
gembira.. 
Aku tahu kau pun begitu.....


Lirik : Amir Jahari
Lagu : Amir Jahari




p/s:  Yang ada pergi OctTwtFest ataupun Laundry Bar mesti ada dengar lagu ni. 1st time nyanyi kat public. Siapa dah dengar kat youtube lagu ni?
Older Posts Home