Showing posts with label Aswara. Show all posts
Showing posts with label Aswara. Show all posts

Friday, March 9, 2012

Aku Wanita.. Punya Hati Nurani...


Ini soalan dari entri yang ini. Baru semalam kan? Eh?

Pertamanya aku bukan bro. Hiks.. Ni baca entri just tengok video yer bro? =D

Keduanya, memang tu gitar klasik. 

Ketiganya, yer, tali nylon, classical guitar. 

Nak lebih infor, gitar tu hadiah yang aku bagi sebab kamu dapat masuk ASWARA. Cukup supportive tak? Hahaha.. Padahal aku lah manusia beria tak nak kamu ke ASWARA kan? Alih-alih, bila kamu dapat, aku pulak lebih-lebih bagi hadiah. 

Perasaaan ni pelik. As long as orang yang kita sayang tu happy, kita akan mudah nak ketepikan perasaan sendiri. Kan? Jangan tipu tak mengaku. Hiks.. 

Wednesday, January 18, 2012

Turun Naik Kehidupan!

Semalam sangat sibuk untuk aku dan kamu. Pagi-pagi kamu dah keluar untuk class. Oh ya, kawan lama, kamu dah sambung belajar ASWARA balik. Something good to share kan? Selama ni orang risau kamu tak sambung belajar. Orang risau jugak apa nak jadi dengan kamu suatu hari nanti. Aku gelak je. Cepat atau lambat aku tau kamu akan sambung study jugak. Yang paling senang hati, pastinya mak kamu lah. 

Balik class kamu and the ASRAWA ensemble bergegas ke Sri Pentas TV3 untuk recording pencalonan Muzik-muzik yang akan ditayangkan minggu pertama Muzik-muzik 2012. Syukur. Tahun 2012 aku dan kamu sebenarnya bermula dengan sangat baik. 

Bermula dengan Anniversary aku dan kamu, tawaran aku sebagai pekerja tetap, tambahan pulak bisnes yang semakin berkembang, juga tawaran mengajar kimia. Kemudian kamu pulak sambung belajar, recording single ke 2 kamu, lagu kamu diangkat sebagai lagu Tema dalam cerita, BFF.. Teman Tapi Mesra. Dan baru-baru ni pelancaran lagu single ke-2 kamu serta termeterai perjanjian kamu sebagai artis Kasi Gegar selama dua tahun. 

Syukur. Selepas setahun setengah ujian sedih yang tak pernah putus, sekarang diuji lagi dengan ujian kegembiraan. Keduanya punya kebaikan dan keburukan masing-masing. Bergantung dengan cara kita menerima kan?

Sedih itu sebenarnya merapatkan lagi aku dan kamu. Gembira itu membuat aku dan kamu lebih berjaga-jaga agar jangan mudah lupa diri. Kamu sendiri risau. Tapi aku yakin, selagi Allah dan Rasulullah s.a.w ada dihati, jauh mana pun kita lari dari landasanNya, insha allah, kita akan patah balik lagi. 

Chill!~




p/s : Terima kasih yang sentiasa bersama aku dan kamu. Kamu tahu kamu siapa. Terlalu banyak untuk aku sebut di sini. Termasuk cikgu erol dan encik labu-labi.

p/s: Terima kasih yang follow twitterku, @Amni_Amirul
Older Posts Home