Showing posts with label Muzik-Muzik 16. Show all posts
Showing posts with label Muzik-Muzik 16. Show all posts

Wednesday, January 18, 2012

Turun Naik Kehidupan!

Semalam sangat sibuk untuk aku dan kamu. Pagi-pagi kamu dah keluar untuk class. Oh ya, kawan lama, kamu dah sambung belajar ASWARA balik. Something good to share kan? Selama ni orang risau kamu tak sambung belajar. Orang risau jugak apa nak jadi dengan kamu suatu hari nanti. Aku gelak je. Cepat atau lambat aku tau kamu akan sambung study jugak. Yang paling senang hati, pastinya mak kamu lah. 

Balik class kamu and the ASRAWA ensemble bergegas ke Sri Pentas TV3 untuk recording pencalonan Muzik-muzik yang akan ditayangkan minggu pertama Muzik-muzik 2012. Syukur. Tahun 2012 aku dan kamu sebenarnya bermula dengan sangat baik. 

Bermula dengan Anniversary aku dan kamu, tawaran aku sebagai pekerja tetap, tambahan pulak bisnes yang semakin berkembang, juga tawaran mengajar kimia. Kemudian kamu pulak sambung belajar, recording single ke 2 kamu, lagu kamu diangkat sebagai lagu Tema dalam cerita, BFF.. Teman Tapi Mesra. Dan baru-baru ni pelancaran lagu single ke-2 kamu serta termeterai perjanjian kamu sebagai artis Kasi Gegar selama dua tahun. 

Syukur. Selepas setahun setengah ujian sedih yang tak pernah putus, sekarang diuji lagi dengan ujian kegembiraan. Keduanya punya kebaikan dan keburukan masing-masing. Bergantung dengan cara kita menerima kan?

Sedih itu sebenarnya merapatkan lagi aku dan kamu. Gembira itu membuat aku dan kamu lebih berjaga-jaga agar jangan mudah lupa diri. Kamu sendiri risau. Tapi aku yakin, selagi Allah dan Rasulullah s.a.w ada dihati, jauh mana pun kita lari dari landasanNya, insha allah, kita akan patah balik lagi. 

Chill!~




p/s : Terima kasih yang sentiasa bersama aku dan kamu. Kamu tahu kamu siapa. Terlalu banyak untuk aku sebut di sini. Termasuk cikgu erol dan encik labu-labi.

p/s: Terima kasih yang follow twitterku, @Amni_Amirul

Thursday, October 13, 2011

Tunang Artis Merajuk Sebab Kena Tegur!

Sebut jer artis, semua nak tau yer artis mana? Memang agaknya masyarakat kita sinonim sukakan cerita gosip panas pasal artis kan? Tipulah kalau aku cakap aku tak layan cerita artis. Layan jugak Beatifulnara, Oh! Bulan, murai.com.my. Ni bukan cerita artis mana pun. Dan tak de kes tunang artis merajuk segala... Yang ada, cuma kisah aku yang kena lecture pasal blog oleh kamu.

Actually bukanlah lecture yang macam mana. Kamu just nak aku maintain apa yang aku tulis. Lebihkan cerita daripada jual produk. haha.. matilaaaahhhh.... kamu cakap blog aku bosan bila cakap pasal produk. Kamu nak baca baca pon tak kuasa. Balik-balik VCO. Baikkk... no more cerita pasal VCO lagi lepas ni. Aku pun bila baca balik, memang bosan pon. Blog lain cerita pasal VCO, blog aku pon cerita pasal kelebihan VCO. Cukuplah aku letak contact number aku, dan kawan-kawan tau aku ni agen Catalyst di Kuching.

Terima kasih pada yang support. Dah ramai jugak blogger yang beli VCO ni dari aku. Dari yang tak kenal, terus jadi kenal, yer tak.... Semalam jumpa Coffee Girl. Hari tu jumpa Eva. Last week jumpa Nad Dea. Weekend nak jumpa Izah pulak. Haihhh... Insha allah nanti nak jumpa Sutera Kasih pulak.. best! 

Kamu : merajuk kah abang tegur tok? (Merajuk ke abang tegur ni?)

Aku : Eh? sik da lah.. (Eh? Tak de lah...)

Kamu : ney tauk merajuk, kecik ati... (mana tau merajuk, kecik ati...)

Aku : Sik da pun.. (Tak de pon... ) Jadikah Muzik-muzik minggu tok? (Jadi ke masuk Muzik-muzik minggu ni?

Kamu : Sik pasti.. kelak tanyak Joe Lee.. (Tak pasti.. nanti tanya Joe Lee..)

Muzik-muzik 16 esok hari, jangan lupa, pukul 5.00 petang. Adakah tetamu jemputan kamu yang berada dalam video ni? Ni rehearsal. 





p/s: Aku dah start balik kamus dialeg Sarawak.. 

Thursday, September 29, 2011

Wordless Friday!











p/s: ...................................................................
Older Posts Home