Showing posts with label Busker. Show all posts
Showing posts with label Busker. Show all posts

Wednesday, January 25, 2012

Kepayahan Ini Terlalu Sedikit

Apa kata KOSMO hari ini.



Apa kata Aizat Amdan pula, 


Ini cuma secebis dari suatu impian. Mujur KOSMO tak ceritakan semua. Tapi itu kenangan. Bukanlah family tak mampu nak tanggung. Cuma kamu sejak lepas SPM lagi memang lebih senang cari duit dengan usaha sendiri. 

Bukan jugak aku tak menyokong kamu. Malah, kawan-kawan di sini menjadi saksi kan? Ztie, Sis Vivian, Flo, Cikgu Erol, Encik Labu-labi, Dila, Kila, Ainz, Nabilah, Tia, terlalu ramai yang sentiasa di sisi se awal blog ini wujud. Malah mereka jugak yang membaca luahan hati aku saban hari. Terima kasih semua. 

Dah dah. Tak nak kenang. Boleh buat aku menangis padahal kepayahan itu cuma secebis untuk aku. Masih banyak lagi yang menanti dihadapan. Cerita dulu, semua pun aku dah simpan dalam draft.. Kerana tak semua akan faham kita kan? 

Serius aku sebenarnya nak tutup blog ni. Insha Allah, sooner or later blog ni aku akan tutup jugak... 

Wednesday, May 26, 2010

Busking? Erk?


Semasa kayo-kayo pagi ni kat facebook kamu, aku terlihat wall post kamu dan komen seseorang.

Kamu: "ari ni jadi pemusic jalanan di waterfront..jam 8 malam sampai 10 je.. hehehe..ade masa jenguk kito ye..

Seseorang1: "adoh. . . syg sowa kck jd pmuzik jalanan. . .huhu. . .mek join bleh?”(Sora kacak la bagus jadi pemuzik jalanan kan kamu? Sik la rasa dirik best gilak bley nyanyi bagus.. Uhuhu..Ada emo di sini… )

Kamu:”lets go!hahaha”(oh! Gatal ek kamu?)

Seseorang2:”Mun nyanyi ya jaga piching aarr… Haha” (Ko pande ka nyanyi? Emo lagi? Oh No!)

Saya sangat emo jika ada popuan gedik komen kamu nyer facebook. (Macam aku sik gedik ooo…Uppsss.... Naaa.... Jangan kecik ati yek kawan-kawan. Saya memang emo!). Siapa yang rajin pegi waterfront hujung minggu mesti dorang de jumpa kamu dan kawan-kawan kamu busking kan? Selalu je kamu cerita bila kamu & the geng busking, macam-macam je rupa pandangan orang kat kamu & the geng kan? Ada yang macam INGGA. Ada yang pandang serong. Eh? Camne tu? Tapi tak kurang jugak ada yang support dan sentiasa je tunggu kamu & the geng kan? Aku la tuh! Hee…

Suatu ketika dahulu, aku selalu marah-marah + tak puas hati sehingga menyebabkan aku negereco + ngerepak bila kamu pegi busking dengan mereka. Oh! Sangat geram. Kenapa nak busking? Buang masa je. Lepas tu orang len tengok pon semacam je. Ada yang tengok korang macam mintak sedekah je. Aku betul-betul tak puas hati. Hampir setiap hari aku negereco. Hampir setiap hari jugak aku ngerepak. Jahat nyer aku. Queen control yer kamu?

Aku tak faham betul! Ada sorang cikgu tu pon busking jugak. Gaji dah besar seyh. Tanggungan pon bukan banyak. Takkan tak cukup duit? Aku tengok cam banyak je duit die tuh! Aku ngereco + ngerepak camne skalipon, kamu tetap nak gak g busking. Ugh!

Sampai la satu malam, waktu tu hujung minggu. Aku balik awal lepas bagi pengisian progam Motivasi SMK Bako semata-mata nak tengok kamu & the geng busking. Aku memang tak nak bagitau kamu sebab kamu takkan bagi nyer aku datang sorang-sorang kan? Aku tengok dari jauh je. Bila kamu perasan kehadiran aku, kamu terus senyum dan tukar lagu, nyanyi Lagu Sempurna. Wah… Cair aku…. <<< “Kau begitu sempurna, Di mataku kau begitu indah, Kau membuat diriku akan selalu memujamu, Di setiap langkahku ku kan, selalu memikirkan dirimu, Tak bisa ku bayangkan, Hidupku tanpa cintamu”

Aku pura-pura tak kenal kamu dan datang dekat dan mintak kamu nyanyikan lagu favourite aku dan kamu, ALL ABOUT YOU by Mc Fly sambil ambil video kamu. Kamu relax je sambil senyum dan nyanyi sambil tengok aku walaupun ada beberapa orang popuan yang lain pon ambil video kamu. Oh! Aku Cair lagi… Jantungku berdegup kencang~ Ceh!Melampau tul. Lebih-lebih dah ni.

Lepas tu, aku balik. Masa driving tu aku fikir balik layanan aku selama ni kat kamu. Jahatkan aku? Langsung tak bagi kamu jelaskan. Langsung tak berusaha untuk faham kamu. Langsung tak pandai nak jaga hati kamu. Oh! Itu suatu ketika dulu.

Tapi sekarang? Aku tak kisah dah kamu nak busking. Sebab busking merendahkan ego kamu, meningkatkan sensitivity kamu terhadap orang lain, mengikis perasaan malu kamu yang berlebihan, menyebabkan kamu berani kehadapan, buat kamu lebih rapat dengan mak dan bapak dan yang paling penting, kerana busking, kamu kenal lebih banyak orang dan lebih banyak cepat matang dalam tindakan sehinggakan kadang-kadang aku lupa aku lebih tua dari kamu. Oh!

Cuma aku tak suka kamu busking sebab ada kalangan kawan-kawan kamu yang baru nak belajar busking tu matlamatnya Cuma duit. Aku tau kamu tak kisah sebab kamu busking bukan sebab nak duit kan? Kawan-kawan kamu amik semua duit yang dapat dari hasil busking tu pon kamu tak kisah.

Kamu cakap, Kamu nak buang ego kamu, nak hiburkan orang, nak kenal lebih ramai orang yang menghargai muzik + nak berlatih vocal kan? Tapi kawan-kawan kamu tu? Ugh! Bengang giler!

Tapi aku suka kamu sebab kamu tak pernah pon rasa kamu bagus walaupon berdondon-dondon orang cakap kamu bagus. Especially dalm music. Suka sangat! Yerdeh….. Jiwang! Uppss..

Psss.. Jumaat malam Sabtu ni busking tak? Nak join boleh? Aku men gitar, kamu nyanyi eh… Erk??


Yang Sangat Suka Kamu,

Older Posts Home