Thursday, October 20, 2011

Pra Wedding!

Perasan tak perasan, sekarang ni orang suka kan buat Pra-wedding. Lagi-lagi kalau di kalangan artis. Rasanya bukan artis pun ada buat. Tapi bila artis yang buat, mula jadi isu sebab katanya ikut style barat. Macam-macam komen ada. Kalau lihat dari sudut positif, mungkin sebab mereka ni tak nak lepas kawen penat-penat nak amik gambar segala kan? Baik buat sebelum kahwin. Lepas kahwin boleh relaks tak pun terus pergi honeymoon. Yey! 

Aku cakap bukan sebab aku setuju. Cuma pada pendapat aku, kita tak boleh nak judge orang ikut suka kita. Latar belakang orang berbeza. Jadinya pemahaman tentang agama setiap orang sangat kita tak boleh nak samakan dengan kita. Mungkin kita faham, tapi ramai jugak yang tak faham. Buat-buat tak faham itu lain cerita. Selalunya yang memainkan peranan tu keluarga. Kalau dari kecik dah biasa hidup ala kebaratan, siapa kita nak ubah mereka kan? Nak berubah boleh. Cuma, amik masa. Dan sila bagi masa pada mereka. 



Godek-godek, jumpa gambar Pra Wedding Yasmin dan bakal Suami Sha'arin Razali dari REDphotography. Cantik. Suka sangat. Banyak lagi yang menarik kat facebook mereka. Just klik pada link. Kalau ada yang berminat nak amik dorang jadi photographer, Call Redphotography 012-9419251 or email redphotography1@gmail.com for Booking. 


Eh, by the way, kamu akan perform kat majlis mereka esok. Best of luck kamu! Yey!



14 kata-kata jiwang:

mimie kamisah said... BALAS

kmk dengar "pre-wedding" tok haram..
Yalah, kita sik tauk apa yang akan terjadi time akad nikah lak bah.. tul sik?
mun "post-wedding" mok mek.. hehhehehe.. nang pegang2 pun sikpa.. hahhahaha..

labulabi said... BALAS

kitak bila gik.pra wedding kitak lak jgn lupak mbak gitar n novel.polah rah blakang masja sia nak ada pokok dan daun berguguran.sambil amir memetik gitar kitak membaca kisah novel untuk amir.fuhhhhhhhhh terbayang gik di edit pake aged style.nang berbunga2 la.hihi.

ahsfantasy24 said... BALAS

Gambar boleh diambil
sepanjang masa :)

Terbaru:
1. Berterusan Kau Tanya, Lagi dan Lagi.
2. Sembunyi Kata Saat Kau Terluka.

Liyana said... BALAS

dulu teringin nak buat pre wed, akhir nye x jadi :(

~AmyLiana86~ said... BALAS

ambik time kawen jela..hehe

nurkaloi said... BALAS

tertarik dgn komen mimie kamisah
huhuh wlupun kaloi tak bape phm sgt ngan bhse dye

dye kate haram tp kaloi tak tawu plak hukum dye
cumenye memang slah coz dgn mudahnye bleyh berpegang tgn and berpelukan kann

Prince Halilintar said... BALAS

tu la dah ramai yg buat kan..

Qaseh said... BALAS

hu huu..sekarang mcm2 ada....kad kahwin pun dah makin kreatif.

Miss Dolce and Gabbana said... BALAS

aok Ustaz Hasyim Man pun pernah padah pre wedding tok haram.Lagipun dalam al-quran kan ada juak padah of kita ekot budaya orang lain kita pun termasuk golongan ya juak.Dolok pernah nak polah pre wed tapi Inchek papa melarang.Kmk tauk benda tok pun dari inchek papa pa cousin mek nak kahwin bln 12 tok.Plan nya nak polah pre wed tok tek alu kenak bantah bpk merajuk sekejap juaknya.Last2 nya okay.hehe

ainz said... BALAS

comel2..buat pre wedding ni ade kebaikannye..nnt leh tepek kat banner time walimatul urus..hik3..kalau duit lebih,tak salah buat..jangan posing melampau2, udah lee...

Namee Roslan said... BALAS

waaa, tak sabarnya nk kawen jugaaaaa..

Namee Roslan said... BALAS

hani sangat lawwaaa :)

Yumida said... BALAS

oooo...duhal oo...kinek tok nang kreatif jk idea org..mlh ya mlh tok...

fiezah91 said... BALAS

aha, polah pra-wedding ka deng?

Newer Post Older Post Home