Friday, October 14, 2011

Tiba-tiba Aku Rasa Aku Macam MakCik-MakCik!!


Orang Kuching, mesti tau mana letaknya Klinik ni. Semalam aku jumpa dentist kat sini. Bukanlah sebab gigi sakit. Tapi sebab gusi bengkak. Aku rasa mungkin kena infection. Oh! Sungguh buat aku rasa makin dah tua sejak setahun dua ni balik-balik gigi aku de problem. Sampai tahun lepas kena buat operation kecil kat gigi. 

Masa sampai sana, elok jer orang tak berapa nak ramai. Tak rugilah aku ikut nasihat kawan aku pergi petang Khamis. Memang sampai jer sana, ada berapa orang patient jer. Berbaloi la kot pergi doktor gigi kerajaan kalau sekadar nak check gigi awak tu apa problemnya. Sebelum ni balik-balik pergi Klinik Swasta. Paling kurang melayang jugak RM50 sedangkan check jer pon. Lepas tu bagi paracetamol dengan antibiotik jugak. oh! mungkin agaknya antibiotik dengan paracetamol swasta tu lebih bagus kot. Positif-positif. 

Nak kata layanan Klinik Swasta ni bagus sangat, tak jugak. Lebih kurang jugak kalau kat Kuching ni. Kiranya kalau Poliklinik yang aku pergi ni, service dia bagus jugak lah. Banding dengan hospital, baik pergi sini. Sebab hospital kerjaannn... errr... 

Okey sambung balik, masa kena panggil jumpa doktor tu, tiba-tiba si pembantu jururawat tu panggil aku,


Pembantu Jururawat: Kak, kitak masok dalam ah..(kak, masuk dalam yer..) *panggil aku sambil pegang kad rawatan aku*

Aku : *muka cam tak puas hati* oh, okey... 


Dia panggil aku kakak okeyyyyy! Padahal aku tengok muka dia macam lebih tua dari aku. Okey fine. Aku perasan muda. Mungkin betul kot dia lagi muda. Yer laa.. dia pegang kad rawatan aku. Sah-sah ada no. IC aku kat situ. Lagi aku nak perasan muda? Ke sememangnya muka aku nampak tua bila aku pakai baju kurung. Menyesal aku pakai baju kurung masuk office semalam! Grr... Masih lagi tak dapat nak terima kenyataan. 

Masuk dalam, doktor ni tanya aku tinggal kat mana,


Doktor : Kitak diam siney? (Awak tinggal kat mana?)

Aku : Kat *&())^$#@&^%&

Doktor : oh... senang jak lah mok datang sitok... (Oh, senang je la nak datang sini... )

Aku : Aok... (yerr....)


Adakah aku nampak macam makcik yang tak reti drive, kena orang hantar nak datang lagi ke klinik tu? Heh? Ke nampak cam budak yang nak kena mak ayah yang bawak datang klinik? 

Grr... tapi part pembantu jururawat yang nampak cam 30 an tu panggil aku kakak memang aku tak boleh blahhhh! First time dalam hidup aku kena panggil kakak!





p/s: bukan ko lagi tak suka ker orang ingat ko macam budak sekolah? Matilaa... Rupanya kena panggil KAKAK tu lagi tak bestttt! Aku dah rasa macam makcik pulak dah!

17 kata-kata jiwang:

Yumida said... BALAS

biasa..mun gusik kembang...kenak infection...mkn penicilin jak la..or org nunggah..pil antibiotik

panggilan kakak..dh biasa ya....panggilan glamour...kakak cantik maksudnya (perasan tek nak) haha

labulabi said... BALAS

wakakaka.budi bahasa budaya kita.untung gik di tunggah kakak, nasibnya sik nunggah kitak makcik tek.hihi.lagik la.hahahaha.

Hanis MY said... BALAS

amni whats wrong dear, something to do dengan hormon ni hehe...chill my dear..kawaii je entri ni...

Primadona said... BALAS

Tedah ktk deng.I'm 20lah.x la mudak gilak nak.dah mencecah 2 angka.Kmk pun pernah kenak kedak ya pa nunggu adik mek bukak bracesnya.Cdak jeles diat kita mudak gilak kali.ya nunggah kita kakak. x pa positif2. :)

Puan Eka said... BALAS

hahahaha

penah jugak kena camtu..

padahal dia yg akak.

saja lah nak nampak muda kot depa tu amni..


tapi kdg2 sakit hati gak an

nabilah_2908 said... BALAS

sy dah biasa kena dah...huhu..

lagi sakit ati kalau lelaki tua panggil kita Kakak...

Unknown said... BALAS

hahaha..sabar jak..nya hormat ngan ktk ya,ya nya nunggah ktk kakak ya..hihihi

kmk x pernah g poli mun sakit gg..besa pergi shim n wey jak...

Hana Soffelia said... BALAS

Hahaha sekali sekala kena pggl kakak pun bez gak tnda org tu org kt kita. Tp rasanya lg bgus kalo org pggl kita adik, awet muda je memanjang. BAHAH.

TunTeja said... BALAS

hehe..chill2 :)

[sutera kasih] said... BALAS

best bah knk tunggah kakak hihi
hai kak amni :P


ada something utk ktk
http://suterakasihyann.blogspot.com/2011/10/tia-ajak-bersaing-sesama-blogger.html

Anne said... BALAS

welcome to reality hehehe...
tapi kadang2 sengaja juak daknya..mun mood sik cun sekati jak daknya nunggah kan.
anyway, ktk nampak muda dik...don't worry.

mrs 'afif said... BALAS

Terimalah kenyataan oii...nak tambah sorg gik anak buah U ya...hihi

emy|farid said... BALAS

hahaha tak kisah la org nak pggil apa, cakap je, i tunang amir ok. haha

Aliesha Kirana said... BALAS

biasalah amni. AK smpai dh terbiasa dgn panggilan tu. pakcik2 tua pn panggil AK gitu..mula2 sakit ati, tp lama2 dh terbiasa.

bila org panggil adikk, baru rasa pelik..hahaha

Namee Roslan said... BALAS

amnii...saya selalu kena. depa kata muka saya macam umur 26 tahun. sukahati je kan. haha. masalahnya yg tua2 tu pgl kita kakak gak..apehall..

♥ p a a n i ♥ said... BALAS

same laaa..selalu jugak kenaa... diorang tu macam la tak leh bezaa tua muda. kalau panggil 'cik' okay lagi. ni panggil 'kakak'..hangin! hahaha

Shiqa Nawar said... BALAS

hehe comel je amni.

Newer Post Older Post Home