Friday, November 25, 2011

Tentang Dhia

Kalau sebelum ni setiap petang aku memang tak layan tv. Memang sangat jarang sebenarnya tengok tv. Lebih banyak masa borak ngan mak ataupun baca buku dalam bilik. Online? twitter yer. Blogging hujung minggu? Sangat-sangat jarang. 

Tapi sejak dua menjak, cerita tv3 aku rasa makin best pulak. Start nya dengan Nora Elena dulu lah. Lepas tu Soffiya eh? Tu jarang-jarang aku tengok sebab aku tak minat sangat pelakonnya. Yang baru ni, Tentang Dhia. Aku tak la minat sangat Nora Danish. Tapi dalam cerita ni, dia comel sangat la pulak. Tambah lagi bila Adi Putra yang belakon. Dia sangat cool kan? Memang selalu cool. Suka wife dia jugak. Cantik. 

Cerita Tentang Dhia ni aku rasa mula-mula cam boring je. Tapi bila part Adi Putra dah muncul tu, dia dah ada aura. Memang tak sabar je nak tunggu episod seterusnya. Tapi aku try ni, usaha tak nak lekat. Bukan apa. Kalau terlepas, nak tengok balik kat tonton.my, memang tak lah. Jadi, kalau dah lekat, nak tak nak, memang banyak kerja akan tergendala. Lambat hantar barang kat customer, dah tu kalau keluar, nanti lewat balik rumah, letih pulak. Tau-tau nanti mak aku dah masuk tidur. Sebolehnya kalau aku keluar, sebelum pukul 8 dah ada kat rumah. 

Meh layan sinopsis, 





Cinta dan simpati tiada ukurannya bagi Dhia yang berdiri antara dua lelaki sangat dikasihinya. Raffi dan Azmi dua lelaki berbeza daripada dua latar belakang. Percintaan tiga segi ini turut menjadi mimpi ngeri apabila ia dicemburui Melly yang berasakan dirinya lebih sesuai.

Azmi sebagai kerani biasa adalah anak seorang imam di kampung disukai ramai kerana sifat rendah diri dan pandai mengambil hati. Hati Dhia sudah lama terpaut pada Azmi, walaupun Raffi jejaka daripada keluarga berada mempunyai kelulusan dari Universiti luar negara juga adalah teman rapat Dhia sejak kecil lagi.

Dhia memilih Azmi sebagai tunangannya, manakala Raffi yang ikhlas menyintai Dhia reda dengan keputusan tersebut. Melly mengambil kesempatan untuk mendekati Raffi dengan memerangkapnya ketika sedang mabuk.Akhirnya Melly mendapati dirinya mengandung, tetapi Raffi tidak mengendahkannya. Tertekan dan terdesak, Melly mengenakan Azmi pula.

Azmi dan Melly ditangkap basah penduduk kampung. Namun Dhia memaafkan Azmi dan majlis pertunangan tetap berlangsung seperti dirancang. Ketika majlis berlangsung keluarga Melly meminta Azmi bertanggungjawab sehingga Melly mengandung. Azmi dan Melly disatukan tanpa kerelaan Dhia.

Hidup Dhia didatangi Zikir seorang arkitek daripada sebuah firma di Kuala Lumpur. Zikir sangat diminati Rose pekerja di firma tersebut. Zikir dan kawan baiknya Fendi mengalami kemalangan jalanraya yang mengakibatkan Fendi meninggal dunia. Ketika majllis pengebumian Fendi, Zikir terlihat Dhia dan terpesona dengan keayuan Dhia.

Kemanakah hala tuju kehidupan Dhia? Jangan lupa saksikan kesudahannya dalam Tentang Dhia menerusi Slot Akasia di TV3.




p/s: Cerita ni memberi harapan dan sinar baru bagi sahabat-sahabat aku yang melalui apa yang Dhia rasa... 

3 kata-kata jiwang:

ainz said... BALAS

comel nora danish pkai tudung..huu..sy memang payah sikit nak tgk drama bersiri..balik pun da kul brp..mmg tak dan..

.sweet-ants. said... BALAS

tgok episod 1 je.. pastu x tgok dah.. emm x minat nora D so ssh nk layan kalau x minat ;p

Anisa Hang Tuah said... BALAS

comel nora.. :)
watak dhia pun tenang je

Newer Post Older Post Home