Sunday, January 15, 2012

#BFF.... Teman Tapi Mesra!!

Aku rasa mesti ramai kan masa belajar dulu ada Teman Tapi Mesra. Nak kata couple, tak jugak. Nak kata kawan je pun, tak jugak. Kan? Kan?

Heh! Aku pun sama. Ni gara-gara sebab parents aku memang strict bab couple ni. Tapi tak de la kalau tak dapat straight A's masa trial kena penampar sebijik ngan bapak aku.

Dulu masa form 1 aku ada kawan baik laki. Oh! Baiklaaa sangat. Baik ada makna ke apa? Eh! Serius tak de makna. Mungkin sebab aku ni agak ganas orangnya, maka aku memang dari kecik lagi ramai kawan laki dari kawan popuan.

Baiknya kami ni, sampaikan apa-apa masalah termasuk masalah cinta pun kami kongsi. Aku tak. Dia je. Dia minat kawan aku. Jadi, aku satukan mereka. Hamboi. Form 2 masa tu. Tapi tak lama. Putus sebab awek dia ingat aku syok kat BFF aku tu.

Tapi paling sedih, masa awek dia yang jugak kawan aku and the gang pulaukan aku sebab kes rampas boyfriend kononnya, masa tu jugak la bapak aku meninggal. Gila tak sedih. Kena pulau, dah tu bapak meninggal. BFF aku ni la yang selalu bagi kata semangat, tulis surat kat aku. Masa tu aku ketua warden bagi aku cuti 2 minggu sebab nak bagi aku tenang.

Masuk form 3, aku tiba-tiba ada rasa lain kat hati ni. Gara-gara dia yang terlalu caring ngan aku. Bengong! Aku rasa aku minat dia weyhhhh!!! Gila ah. Tapiiiiii... Sangatlah kecewa sebab katanya dia minat sorang budak popuan kelas kami. Memang sedih ah. Aku rasa macam dunia dah berakhir. Eh! Kenapa la bodoh sangat ada perasaan macam gitu. Pelik oh pelik. 1st time kot aku rasa aku macam serius terjatuh hati kat lelaki.

Entah macam mana aku dengar dia couple dengan budak popuan tu. Itupunnnnn.. Aku terjumpa mereka dating kat kelas sebelah kelas kami. Sedih. Sedih. Sedih. Rasa nak nangis semua ada. Eh? Kenapa aku jadi orang last tahu?? Padahal selama ni semua cerita kat aku kot. Masa aku sedih sangat sampai tak nak cakap dengan dia tu la baru dia tau aku ada perasaan kat dia. Tapi dia tak de hati kat aku. Kesian kan???

Dah nak dekat PMR, aku dengar mereka clash. Dengar cerita budak popuan tu ajak couple sebab dia bertaruh dengan kawan dia, dia akan dapat tackle BFF aku ni. Dia cakap, kalau dia dapat BFF aku tu, dia nak KFC pack family. Huwaaa.. Gila seyh!

Masa nak dekat PMR tu, dia bagi satu kotak kat jirat bilik aku yang jugak kawan popuan sekelas aku. Dia cakap, dia menyesal buat aku sedih selama hampir setahun form 3 tu. Dia rasa dia tak hargai aku. Dia kecewakan aku. Semua buat dia sedih. Dia cakap dia memang tak layak untuk aku. LOL!

Tau apa dalam kotak tu? Segalaaaaaaaaa... Nota-nota kecik yang aku dan dia tulis2 masa dalam kelas, kad birthday, kad friendshipday, bungkus coklat, dari form 1 sampai form 3, semua dia simpan. Dia cakap, dia sayang sangat semua tu. Tapi sebab aku macam dah jauh hati kat dia, dia nak pulangkan semua. Lagipun family dia tau pasal dia ngan aku sebab kotak tu.

Hoiiii!! Mau aku cakap tak gila dia tu?? Dia tulis surat panjang giler kat aku. Tak ingat dah isi dia. Yang penting, masa nak PMR tu aku gila happy jawap soalan sebab aku rasa aku menang. At last, dia carik aku balik. Hahahaha.. Lepas tu aku dah tak de feel ngan dia. Cinta monyet sungguh!!

Itu saja.



Siapa perasan lagu tema #BFf... Teman Tapi Mesra kat TV3 pukul 9 malam tadi? Hiks. Aku tau citer tu macam best! Cuma serius tak sangka la lagu kamu, Tanpamu yang jadi Lagu Tema. Sebelum ni dengarnya TV3 mintak lagu kamu untuk cerita Vanilla dan Coklat. Tak sabar tunggu minggu depan. Yeah!!





P/s : kamu pun jenis simpan semua barang, kad, nota yang aku bagi, masuk dalam kotak. Baru-baru ni masa kamu balik kuching, kamu tunjuk semua kat aku. *sobs* terharu kot! Dengan kotak kasut pun kamu simpan semua.

9 kata-kata jiwang:

Cik Eka said... BALAS

kita perasan lagu amir kat cite tu...

hehehehe

memang kena lah lagu ngan cita tu

ztie said... BALAS

Saya ada BFF teman tapi mesra! Hahaha tp sik boleh reveal! Sesungguhnya banyak org tahu siapa gerangannya. Jeng jeng jeng. Hahaha serius lagu medun? Wow...cita apa tek? Rugila kmk sik dpt tgk. Pdh lak. Kmk balit mok nengok cta ya. Hohoho

Miss As said... BALAS

sy pun ade BFF....sy syg giler2 kat die.......kami bnyak kenangan masa lampau:) hope persahabatan kami kekal hingga ke akhir hayat;)

Miss As said... BALAS

as pun ade BFF,as syg giler2 kat die,kami banyak kenangan masa lampau....ade duka ade gembira,hope persabatan kami kekal hingga ke akhir hayat

Miss As said... BALAS

as ade bff,as syg giler2 kat die,kami banyak kenangan manis,semua kenangan as simpan baik2 lam hati supaya tidak dibakar oleh org yg cemburu persahabatan kami.

e F a said... BALAS

kmk pun ada bff, dan ramei orang salah tafsir.... tapi kmk sik minat or rasa suka ngan nya la... kawan tetap kawan...

[sutera kasih] said... BALAS

ms zmn skolah kmk sekda BFF..hehe
masa tok jak dh ada..kdg2 ssh nk jaga hati..dats y lelaki & girl sik blh jd BFF hihi


best lagu tanpamu !!

tia said... BALAS

tia pon ade bff lelaki. tp tak pernah pulak nak fall in love dgn dorang. sbb dah anggap member kot. so sampai bila2 sayang pon as a member. hihihi!

nabilah_2908 said... BALAS

hahaha...sy pun perasan sngt lagu tema tu lagi Amir...

hope lepas ni lagu Tanpa mu tu terus popular...cerita BFF ni pun best.. :)

Newer Post Older Post Home