Saturday, May 25, 2013

Seorang Lagi

Seawal pagi aku siapkan diri untuk ke majlis nurul yg merupakan salah seorang biz partnerku dalam Catalyst, juga teman seperjuangan di Madrasah. Cadangnya nak pergi sekali dengan ain. Tapi 'last minute' Ain ada urusan lain yang perlu diuruskan. Satu lagi berita baik, mungkin.

Dalam kepala ku pasti akan ada soalan-soalan nakal. Aku bila lagi? Tapi sebenarnya sebelum orang lain bertanya, aku kira hati kecilku ku dulu yang bertanya. Oh hati.

Oleh kerana Ain tak dapat pegi, jadi aku hubungi Syam dan Mizah. Syukur mereka hanya pergi berdua. Bolehlah aku menumpang sekaki. Janjinya nak gerak pukul 8.30 pagi aku kira menjadi 9.30 pagi. Masing-masing hendak sarapan dulu memandangkan perjalanan jauh nak ke Tambirat. Jauh untuk kami yang tak tahu jalan.

Syam dan Mizah bakal tunangan orang. In Shaa Allah akan melangsungkan perkahwinan pada hujung tahun ini juga. Seronok, terharu bila seorang demi seorang menginjak kepada satu lagi fasa yang lebih baik. Melihat mereka, aku tahu masih terlalu banyak yang perlu aku belajar. Perkahwinan bukan sekadar untuk menghalalkan yang haram. Tetapi banyak lagi yang perlu dipelajari.

Kami sampai di rumah Nurul sudah agak lewat. Tetamu sudah berkurangan. Kumpulan Maulid dari Madrasah Al-khairat sudah mahu pulang. Dari jauh, Bob, teman teman seperjuangan dalam Perkepis suatu ketika dahulu menegur. 'Rombongan Catalyst dah sampai' aku tersengih. Bakal tunangan Mizah yang ada bersama Bob juga menegur, 'lambat sampai rombongan'. Aku tersengih lagi. Alahai. Segan. Tapi syukur sampai dengan selamat. Sempat kami terjumpa satu kemalangan ngeri dalam perjalanan.

Sesekali dapat meluangkan masa untuk bersama-sama teman, beban di hati dilepaskan. Masing-masing bercerita perkembangan terkini. Mizah di Limbang. Kadang cuti, nak jumpa pun susah. Syam walaupun di UNIMAS, kekangan masa masing-masing buat kami susah nak jumpa. Sesekali boleh melupakan kerja, seronok juga.

Satu majlis selesai. Balik rumah masih banyak kerja perlu dilangsaikan. Cuti untuk orang lain. Tapi tidak aku. Masih banyak report, quotation, email yg perlu disiapkan dan dihantar. Satu apapun aku tak sentuh lagi. Tak sabar nak siapkan pejabat baru. Selesai sahaja, aku harap semua akan lebih lancar.

Program, program, program. Banyak betul dalam kepala. Macam mana nak kahwin kalau kerja pun bersusun menunggu?

6 kata-kata jiwang:

ciK LyndaWawa said... BALAS

husbandnya junior kmk.. hehehe... kitak bila gik deng? boh lamak2.. lak kmk jadi flower girl ok..

gadisBunga™ said... BALAS

walau kerja bersusun menunggu, kalau Allah kata kun, maka kawin lah kite. heheh~


ehem, bila awak? ;D

labulabi said... BALAS

kitak bila gik.hehe.jemput jemput juak kmk kelak.hehe.

SyAfaWaNi ♥‿♥ said... BALAS

amni! bila nak kawen tuu? hehe

Unknown said... BALAS

bez eh mun g pengilan..dpt merasa mknn org pengilan
moga dipermudahkn segala urusan ktk..
kahwin ya bila2 blh..asal cukup kelengkapan..invite kmk org kelak..hehe

mangsibersamajabatanku said... BALAS

sik lamak gik nyo...

Newer Post Older Post Home