Sunday, August 1, 2010

Menangislah Andai Ia Bisa Menenangkan....


Salah ke lelaki menangis? Susah nak dengar kan? Aku pernah Nampak abang aku menangis dua kali je. Itu pun sekadar air mata yang bergenang di kelopak mata. Sekali semasa bapak aku meninggal. Sekali masa abang aku jadi wali kakak aku. 1st time jadi wali. Masa tu abang aku baru berumur 26 tahun.

Pada aku, lelaki yang mudah mengalirkan air mata untuk orang yang dia sayang adalah lelaki yang sangat lembut hatinya. Mungkin itu antara sebab kenapa hati aku senang dengan kamu. Depan semua orang kamu Nampak sangat kuat. Tapi bila dengan aku, kamu juga seperti aku yang sensitive hatinya.

Dah lama tak dengar kamu menangis. Tiba-tiba malam tadi bila aku call kamu dalam pukul 11 malam, kamu menangis. Aku tahu kamu sress. Aku tahu kamu rasa bersalah tak dapat nak luangkan masa dengan aku seharian semalam. Tak de SMS, tak de call langsung. Aku tahu kamu rasa terkilan kerana mungkir janji.

Betul aku terasa. Sebab kamu buat aku rasa aku tak penting. Sebab kamu tak nak share macam selalu masalah kamu. Aku tahu aku salah ada perasaan macam tu. Kamu pon kena faham aku kan? Aku sorang-sorang kat sini. Semua benda aku kena handle sendiri. Semua dan semua benda aku kena fikir sendiri. Jadi perasaan sensitive tu kadang-kadang aku tak dapat nak kawal.

Aku cuma cakap dengan kamu sekejap je. Tak boleh nak dengar kamu menangis. Lepas tu kamu SMS minta maaf. Aku bukan nak dengar kamu minta maaf. Tetiba pulak aku marah. Dan nangis. Entah apa yang aku rasa sedih sangat.

Dekat nak pukul 12, aku call kamu balik. Bila kamu tak angkat, aku rasa kamu memang sengaja tak nak angkat call aku. Aku nangis lagi. Hey! Bodohnyer lah kan? Nape suka fikir bukan-bukan? Kan ke sendiri yang sakit hati. Lebih kurang 15 minit, kamu angkat call. aku terdengar kamu ngah cakap ngan kawan kamu. Perasaan sensitive tu datang lagi. Aku betul-betul rasa aku tak perlu dah dalam hidup kamu. Sensitif giler. Aku letak call.

Aku tunggu kamu call. Tapi kamu tak call. Sedihnya lah. Susah sangat ke nak call balik? Susah sangat ke nak pujuk aku? Kamu dah tak kisah kan perasaan aku?

Tah nape, aku call lagi kamu. Tapi aku nangis je. Rasa sakit sangat kat hati tu. Masa tu kamu dah okey. Kamu pujuk aku. Suara lembut kamu tu buat aku rasa makin sayu.

Kamu bagitau aku kamu betul-betul stress sekarang ni dengan jadual kelas yang banyak clash, dengan kelas nya yang sangat cepat dan banyak benda nak kena belajar, dengan masalah duit nya lagi, dengan rindu nak balik rumah, dengan sakit nya jauh dari aku dan family. Memang aku dan kamu tak pernah berpisah lama sebelum ni. Kamu rasa nak lepaskan je semuanya. Tapi mustahil lah kan? Itu yang kamu kejar selama ni. Kamu Cuma perlu belajar untuk kuat dan sokongan aku je. Kamu harap sangat aku faham kamu.

Aku nangis lagi. Setiap kali pon aku ke kena faham kamu? Kenapa bila aku nak kamu faham aku kamu susah sangat nak faham? Kenapa kamu tak nak faham?

Kamu minta aku sedikit waktu nak settle kan semuanya. Kamu mintak sedikit waktu untuk sesuaikan diri dengan keadaan sekeliling. Aku cakap, okey! Aku cakap aku takkan cari kamu kalau kamu tak cari aku. Ambil la sebanyak banyak masa sekali pon. Aku akan belajar kuat tanpa kamu. Lagi pon sebelum kamu ada pon aku buat semua benda sendiri kan?

Menunggu.. menunggu dan terus akan menunggu…

Bila aku fikir balik, mungkin kerana benda kecik macam nilah banyak kes penceraian yang berlaku kat Malaysia ni kan? Tak matang dalam tindakan, lebih mengikut emosi dalam tutur kata. Hum.. Aku akan terus belajar… Kalau menangis bisa menenangkan, menangislah hati.. Menangis buat kita rasa bersyukur dan sedar betapa kerdilnya diri disisi Dia Tuhan yang Satu.



Terus menunggu,

17 kata-kata jiwang:

ainz said... BALAS

amni..sabar byk2,k..kamu berdua masing2 ade mslh msing2..salah satu beza laki ngn pmpn adalah pmpn lebih sensitif terhadap psngn berbanding laki..'sensitif' tu maksudnye peka..

pmpn lebih tau/cpt perasan kalo psgn nye ade mslh dan sifat tu xde pd laki..kdg2 dia tatau pn kita ni ade problem..lelaki kurang sensitif..

sbb tula amni ckp : "Setiap kali pon aku ke kena faham kamu? Kenapa bila aku nak kamu faham aku, kamu susah sangat nak faham? Kenapa kamu tak nak faham?"

biase nye Allah akan jodohkan kita dengan pelengkap kita..kalo kita sensitif, Allah jodohkan kita ngn laki yg xsensitif..wlaupn ade perbezaan,setiap psngn msti ade chemistry yg kuat..ade persaan jgk..sbb tu mereka bleh bersame..

ain tau amni boleh..ni sume ujian Allah..tande Allah sayang kamu berdua.. :)

ps: ade bakat jd Dr Love x? hehe..

hentakbelipat said... BALAS

saye pun jenis hati2 lembut jgk...anak bongsu kan!!!!...ape salah nages..nages kadang2 boleh buat hati lapang apa..gila looser kalau xnak nages..buat apa simpan lama2 air mata kn...

wahhh..sume dscription tepat2...err..kamu pun UTM jgk ke?

Amni said... BALAS

ain,
boleh sangat ni jadi kaunselor...=P selalu sangat terlebih emo kebelakangan ni... tapi tadi dah okey pulak.. haihh... hoho...

hentak berlipat,
sudah semstinya saya kenal kamu kerana sy jugak student dr.wan dulu.. wahaha.. kawan bek susilawati...=P
nampak cam garang je.. rupanya boleh nangis jugak eh.. hi..

hentakbelipat said... BALAS

hahahaha..cehhh..bia bena student dr wan?..xpna nmpak pun kat lab..kehkeh..

Hajib said... BALAS

paling penting nya tek how you react lah.. dan mun dapat kurangkan rasa sensitif ya... bahaya rasa sensitif yaa..

Amni said... BALAS

Hentak berlipat,
selalu nampak... hehe... sama lab kite.. tapi skang dah bis dah.. kan kitorang tua setaun.. *wink*

hajib,
emo bah lately. haih.. aok, belajar tok ngurang sensitif.. huhu...

hentakbelipat said... BALAS

borak sini jelah ye kak...hehe..aah la..setaun..mase kak...akak mmg bawah d wan ke?master gak ke?

peaNut said... BALAS

siannn ktk tpksa bjauh ngn hubby...sabar k...tuhan adil bh....satu hari klak ktk 2 msti akan bhgia tnpa ada halangan cmtok gk....aminnnnn

hentakbelipat said... BALAS

ohh..mase PSM la ea...aah..master..kehkeh..keje kat sarawak ke sini

Norris said... BALAS

hati dan perasaaan adalah sgt abstrak...terpulang kepada si empunya hati...ada yang sgt sensitif...aku sokong kata ainz

Mr Noble said... BALAS

lek2. takde masalah yg takleh diselesaikan

syafawani said... BALAS

alahai..salu je rasa benda yang sama..huhu..xsuka rasa ituuu..xpe2..nangis sampai rasa lega ok:)

ciK LyndaWawa igUana said... BALAS

kmk pun gik masih dalam mud menuggu juak......=(

Amni said... BALAS

Peanut,
amin.. makseh dear...

hentak berlipat,
Yup! keje kat swk.. t kalau de benda nak tanye untuk interview chemist, leh la tanye kat korang eh.. hoho...

Norris,
Erm...

syafawani,
tq.. popuan sangat memahami kan? Ahahaha...

Mr Noble,
thanks bro..=) dah lega dah perasaan ni..

wawa,
tunggu jangan sik tunggu.. yeah!

ztie said... BALAS

memang selalu nya benda cmyalah soh penceraian atau per'break'an... erk.. ada ka word ya? hehehe.. tp insyaAllah kuatkan semangat duak2. sik pa ow. kmk .. senang jak padah. kmk pun takut juak benda cmya koh

Amni said... BALAS

ztie,
erm.. doa yang terbaik... huhu.. sedih gila la malam tadik sebenarnya.. tapi as usual pagi mesti rasa macam sik marah gik.. haihhh....

shy-ma-houze said... BALAS

hai Amni, u ade tnye psl measurement beg kn..muat file yg A4 tu...try tgk blog sy, dah update measurement die.. http://shy-ma-houze.blogspot.com/

btw, xde chatbox eh kt cni? hehe

Newer Post Older Post Home