Saturday, November 13, 2010

Ujian Itu Juga Rezeki

Ujian itu juga rezeki. Betullllllll???? Ujian tu tanda Dia sayang kita. Biasanya kalau diuji baru kita nak dekat dengan dia kan? Itu memang biasa. Tapi mudah-mudahan kita tak termasuk dalam golongan tu.

Bila kita sedar ujian itu rezeki, setiap ujian yang Dia bagi tu kita akan sentiasa rasa bersyukur. Tak mudah melatah. Tak mudah nak buruk sangka pada Dia. Memang hak Dia nak bagi ujian tu pada kita. Kata nak hidup senang di SANA, makanya kena la lalui dulu ujian Dia kat SINI kan?

Ah! Pusing! Saya sama juga. Seringkali lupa. Ujian itu rezeki. Bila diuji, rasa macam dunia ni dah nak berakhir. Padahal, banyak lagi yang kena kita lalui untuk hidup mendatang samapai kita dimasukkan ke dalam kereta mayat kan?

Pusing lagi! Lupa! Ujian takkan putus sampai kita jadi lali. Maksudnya, sampai kita jdi matang nak atasi ujian tu. Tak perasan eh? Berapa kali dah lalui ujian yang sama, tapi kita tak pernah lulus? Bila dah lulus rasa apa? Rasa macam ujian tu tak de apa sebenarnya kan? Mungkin saya muda. Tapi ujian-ujian sedari kecil buat saya rasa saya ni sangat beruntung. Ujian demi ujian dulu membuat saya jadi saya yang hari ini.

Tapi saya nampak hari ni, saya makin manja. Cepat melatah. Saya lupa saya yang relax dalam tindakan. Sejak kamu ada. Sejak ada yang sudi mendengar. Ah! Bukan salah siapa-siapa. Salah diri sendiri.

Chop-chop! Kebelakangan ni saya makin skema eh? Adakah ini tanda kematangannnn? Pleaseeeeee... Cakap tak ingat!



Psstt... ada hadiah untuk kamu. Tunggu hari selasa okey? *wink




Erm,

18 kata-kata jiwang:

maCy said... BALAS

ujian itu rezeki? aa.. betol2 ;D

ainz said... BALAS

btul ckp amni...bile ade org yg sudi mendengar,kita akan mudah jadi manja dan cepat melatah...ujian -demi-ujian kita kena hadapi di dunia yg sementara ni untuk menjadikan kita lebih matang...agree with that..

Aqilah Nur said... BALAS

hadiah untuk saya? :P

Poyaty said... BALAS

suka baca entry yang ni lah amni

Ya, menunjukkan kematangan. hehe

saya lagi suka kalau org menulis tazkirah dr hati mcm ni bukan yg copy paste. jd dia lebih relate dgn diri

syabas :D

Anne said... BALAS

setuju dgn pendapat kitak dik...semakin kita diuji semakin ya la kita mendekat diri kepada NYA.

iszieylyanziy said... BALAS

suka,,ujian,,,mesti ada rezeki yang lagi baik,,kan,,

Ninie Nordin said... BALAS

ohhh. ujian ya rezeki erk. ermm. bila pike2 balit. ng betol la. kmk tok benda dak ya pun sik tauk koh. -__-

Miss ... said... BALAS

aku selalu gagal haihhh

ciK LyndaWawa igUana said... BALAS

kenak ngan ari selasa?

Afiefah Safieni said... BALAS

ujian buat kita jadi matang..
=)

AinnalinaRamdzan said... BALAS

Yerdeh, ktk tk nang jiwangla deng... hehe

Tp bena kt dirik ya, antara keluhan dan kesyukuran. 2 benda yg selalu dtg serentak nak o. Mulut tek madah bersyukur tp hati maseh lagik mengeluh. Selalu juak terpolah camya. Tapi sm2la kt cuba utk bermunasabah k. Mudah2an kt sentiasa menjadi org2 yg bersyukur.

Hehe

SyAfaWaNi ♥‿♥ said... BALAS

mungkin juga semakin matang..hehe
alamakk nak adiah jugak..kui3..
kepoci la plak..hihi

Syida Shukor said... BALAS

hihi . nak hadiah tu jugak :P

azzey said... BALAS

Hati Amni; Bkn skema tp petanda lbh byk berfikir.....

azzey said... BALAS

Hati Amni: Slm perkenalan dari saya....AZZEY....

PinQib said... BALAS

yup. sanagt setuju.. hehe
hadiah untuk sy ke si dia

Tomato Gurl's Life said... BALAS

yup betul tue amni syg ;)

AdiaLuze said... BALAS

BAtul tu Amni..Ujian tu = Tuhan sayangkan kita = Rezeki...Betul tak? Hehehehe..

Bydway, nice blog...cute sgt..Sy follow awak ye ^__^

Newer Post Older Post Home