Wednesday, May 11, 2011

Berhikmah Dalam Membuat Teguran


Selalu kita dengar, orang cakap, kalau nak menegur orang lain kena berhikmah atau dengan bahasa mudahnya hikmah tu adalah sesuai dengan keadaan, masa tempat dan orang itu sendiri. Selalu aku lihat dalam sesebuah keluarga mak ayah suka nak bandingkan anak-anak dia. Pelik eh? Tapi itu realiti. Jadi, tidak hairanlah kalau anak lebih suka mengadu dengan orang lain berbanding mak ayah sendiri kan?

Aku terdedah dengan program motivasi sejak aku keluar dari sekolah. Aku ke sana, aku ke mari menjadi fasilitator. Bukan fasilitator hebat. Tapi sebagai fasilitator yang masih ingin membina diri melalui pengalaman adik-adik atau adan oarang sekeliling aku. Dewasa kini aku lihat, anak-anak makin kurang melihat mak ayah mereka sebagai idola mereka. Bila dibuat aktiviti yang ada berkaitan dengan mak ayah, mereka seolah-olah merasakan mak ayah dia tak penting. Bila ditanya, jawapan nya mudah. Dalam keluarga terasa diri tak dihargai. Yes!

Aku tertarik dengan cara isteri kepada abang ipar aku. Bukan madu kakak aku. Kakak aku dah meninggal. Lepas beberapa tahun, abang ipar aku kawen dengan isteri dia yang baru ni. Suka melihat cara dia handle anak-anak dia, yang juga salah seorang nya anak kakak aku. Dia pandai menarik perhatian anak-anak dia. Bila dia marah, dia tak marah sorang. Semua kena. Bila dia puji, dia tak puji sorang, dia puji semua. Dan setiap benda kecik yang anaka-anak dia buat, contohnya pandaia sebut mama, dia akan cakap, PANDAI... Seronok kan? Anak-anak dia pon sangat rapat ngan dia walaupun anak tiri.

Pada pandangan aku, kalau kita nak membuat teguran, tak kisah la kita seorang majikan, seorang mak, ayah, kakak, kawan dan sebagainya, kita kena tahu orang yang kita tegur tu jenis yang macam mana.

Ada orang kita perlu tegur dengan cara lembut. Sebab kalau kita marah-marah dia, dia akan lagi down. Contohnya macam aku. Kalau aku ditegur secara kasar, ia langsung takkan membina aku menajdi insan yang lebih baik. Lagi aku stress, lagi aku tak boleh buat. Tapi.. kalau kakak aku, dia jenis kerasa sikit. Ko cakap lembut, dia takkan masuk. Jadi, kena sediakan rotan tuk dia. Baru la dia akan berubah. Makin kasar ko cakap, makin dia rasa tercabar, makin dia nak buktikan yang dia tak macam orang fikir. Lain kan?

Setiap orang ada macam-macam ragam. Kalau pon kita nak tegur demi kebaikan, jangan asyik cakap benda negatif. Kena selitkan perkara positif supaya seseorang tu tak rasa maruahnya tercabar dan tak terasa dimalukan. Tak semua orang berfikiran positif. Dan tak semestinya berfikiran positif tu menjadikan seseorang tu berjaya. Be realistik. Orang yang berjaya adalah orang yang tahu apa perkara baik yang boleh ditingkat dalam dirinya dan apa perkara negatif yang perlu dikurangkan untuk menjadi diri yang lebih baik.

Dan peranan kita? Jadi orang yang membina orang lain. Bukan orang yang menghancurkan harapan dalam hati seorang insan. Chill!

7 kata-kata jiwang:

mila said... BALAS

lama dh x masuk cni...nape p private? huhu...

Tieah Madian said... BALAS

Bena ya.. Huhuhu.. Mun tegur cara kasar sora tinggi2 x juak bagus owh..

Entry Terbaru : Facebook Hot FM Kena Hack ; Ambil Langkah Keselamatan Facebook Anda

[sutera kasih] said... BALAS

thanks teguran yaa hehe betul kata ktk ya, mun org lain ditegur alu manas owhh..mun kmk gik suka org tegor blog kmk, jd kmk blh tukar utk memudahkan readers kmk hehe

kmk tanyak pndpt ktk lah, camne mok tegor student bermasalah?ditegor2, kita dilawannya, dimakinya..jd camne ya amni?

Unknown said... BALAS

aku same dgn ko.. kene tegur care baik.. :)

SyAfaWaNi ♥‿♥ said... BALAS

amni again..kita serupaaaa :)

Hanis MY said... BALAS

suka nya dengan post ni i likeeee... akak pun winduuuu kat amni tau..take care my dear... sempat la tgk ur sweetheart kat af, dah sampai sini takleh tgk dah huhu...ganbatte ne!

Anonymous said... BALAS

nk tegur sket;





welcome back amni! blog lama lg menyengat..keep blogging dear :)

Newer Post Older Post Home