Aku bukan hebat nak bagi tips macam mana nak tegur orang bermasalah sebab aku pun bermasalah. He.. Sekadar menjawab soalan dari Cik Syaza.
Dia tanya camne nak handle student bermasalah. Cik Syaza ni cikgu eh? Dulu aku pernah jadi cikgu sandaran kat satu sekolah yang paling besar kat Kuching. Mungkin jugak sekolah paling besar dan paling ramai di Sarawak. Sila seacrh sekolah mana. Oh!
Tiga bulan bukan lama. Tapi tiga bulan tu cukup untuk buat aku rasa susahnya jadi cikgu sekarang kat sekolah menengah. Aku mengajar Form 4. Mengajar subjek sains. Tak susah nak mengajar kalau kau jenis sekadar menyampaikan ikut silibus. Tapi akan jadi susah bila kau nak semua student kau tu dapat apa yang kau ajar. Beza kan?
Nak dijadikan cerita. 1st day masuk class, ramai orang pesan kat aku, BUAT MUKA GARANG! Aku cam pelik je. Nape sampai nak jadi macam tu kan? Tapiiiiii..... bila dah masuk class, aku boleh cakap, YES! AKU KENA BUAT MUKA GARANG. Lagi-lagi sebab aku ni kecik kan. Nak-nak plak bila ramai student ingat aku student baru. Ceh!
Semua cam senyap je bila aku buat muka garang. Tapi bila aku buat muka garang tu, ada jugak yang berani main-main ngan aku. Of course. Setakat muka garang, dapat apa kan? So, aku buat rules dalam kelas. Masa kelas aku, kalau tak nak belajar, jangan kacau orang lain. Duduk je elok-elok. Nak tidur? Silakan. Sebab aku nak fokus pada yang nak belajar.
Bukan senang owh. Sebab majoriti kelas yang aku ajar, tak paham English, tak paham bahasa melayu aku. Cakap melayu Sarawak pon dorang tak paham. Boleh? Gila tak gila masuk kelas macam tu kan? Kalau cakap iban, paham pulak. Tapi aku mana reti cakap iban. Nak tak nak, kena jugak pandai sepatah dua. Sekurang-kurangnya boleh tackle hati budak-budak tu kan?
Sakit hati sebenarnya bila ada budak-budak ni biadap. Keluar kelas ikut suka. Boleh mereka rempuh cikgu bila loceng balik ataupun loceng rehat berbunyi. Serius tak beradab. Marah giler aku. Tapi aku tahan je.
Dah seminggu dua, aku mula selesa. Ada kalanya aku serius. Ada kalanya aku gurau-gurau. Tapi, ada limit. Aku buat pendekatan macam kawan. Aku buat mereka macam kawan. Cuma aku cakap kat mereka, kawan pun ada limit. Perlu ada rasa hormat. Kalau nak aku sporting ngan mereka, mereka pun kena sporting ngan aku. Kalau aku soh buat kerja, kena buat. Lepas tu, nak main games ke, aku akan layankan aje. Jadi, hari-hari ada je games aku buat untuk hilangkan boring kat dalam kelas. Bukan setakat budak-budak tu bosan, aku pun bosan ngan budak-budak yang buat aku hangin kan....
Dan lepas tu? Kelas aku jadi okey. Senang nak mengajar. Walau pun mereka tak paham kebanyakannya, tapi sekurang-kurangnya mereka ada inisiatif nak belajar. Aku cucuk-cucuk jugak pasal hormat pada orang tua, kawan-kawan sekali-sekala. Tiga bulan? Cukup untuk buat aku rindu mereka.
Cukup ke tak cukup Cik Syaza. Ini based on pengalaman aku je. Mungkin yang lain ada idea? Jom share....
4 kata-kata jiwang:
buat muka garang? kalo dla, nie la plg pyh sbb t tergelak sndri. haha
kmk bukan cikgu hihi cuma kmk geram bila dgr & tgk student yg bermasalah..geram pasal sidak sik hargai peluang utk belajar..geram2 huhu..
ktk cikgu duhal..susah x?tp mun selagik sik merasa, sik la tauk owh..sik dpt kmk byg mun kmk jd cikgu..mun ditakdirkan lah kmk jadi cikgu kelak2, ktk akan baca lah luahan hati kmk d blog hua2..
dah la kmk tok bkn jenis penyabar..tp mgkin mun jd cikgu, boleh pupuk diri jd seorg penyabar kali owhh..
btw, thanks amni coz sudi berik pendapat, kmk sgt appreciate it :) mun kmk tang tiba2 jd cikgu, kmk contact ktk hihi
Dear dla,
muka comel cam dla memang payah nak buat muka marah kot.. hehehe...
Dear Cik Syza,
kamek bukan cikgu.. pernah jadi cikgu sandaran jak deng,,, hehehe,,, mun kitak mok advise lebih best jumpa kak vivian.. nya kaunselor bah... hihi
@amni: kak vivian?siapa ya?hehe
Post a Comment