Friday, May 13, 2011

Buat Entri Murahan Nak Up Traffic

Buat Entri Murahan Nak Up Traffic: "
Semalam baca kat satu blog ni pasal artis kawen tak jemput media. Terus jadi isu owh. Sebelum-sebelum ni pon ada jugak kes macam gitu. Bahaya oh. Semua benda kena jaga kalau dah jadi public figure kan? Sikit je salah kalau orang nampak, mula la jadi isu.

Baru-baru ni dengar tak pasal seorang artis lelaki yang menang anugerah kena boikot oleh media? Semua gara-gara sikap dia dengan media. Kesian. Tapi tu la. Nak buat macam mana? Besar sangat peranan media dalam dunia seni ni. Kalau tak pandai jaga diri, bawak diri, memang la jadi bahan memanjang.

Ada jugak dengar cerita pasal budak AF yang baru keluar. Baru keluar dah ada gosip. Belum keluar AF pon ada gosip. Apalah agaknya perasaan orang-orang yang menyayangi mereka eh? Bak kata kamu, biasalah tu, untuk publisti. Hemm... Tak de publisiti, tak de la orang kenal eyh? Entah. Aku bukan orang dalam industri, aku memang tak tau. Yang aku tahu, banyak benda berubah bila masuk dalam industri.

Aku suka suka pesan Kubbkidd a.k.a Joe Lie, kalau nak bertahan dalam insutri, jadi diri sendiri. Mesti selesa dengan diri sendiri. Bukan jadi orang yang menselesakan orang lain? Sebab kalau awak tak jadi diri sendiri, sok lusa, bila tembelang awak pecah, susah awak nak cari makan.

Tapi sebenarnya kan, kalau bukan dalam industri pun kita kena jadi diri sendiri kan? Lagi senang nak berdepan dengan orang. Tak de la plastik. Yeahhh... Sama macam dalam dunia blogging. Tak yah la kita nak meniru style orang lain. Lama mana je kita boleh tahan kan? dah lama-lama, terserlah kita ni sebenarnya macam mana kan?

Dan please. Jangan la buat entri murahan semata-mata nak up traffic. Tak berbaloi weyhhh..... Memang ramai kan jenis macam gitu? Baru-baru ni aku jumpa satu blog yang bukan main sedap lagi kutuk orang. Dah la yang dia kutuk tu public figure. Dah tentu la traffic dia masyukkkk... Langsung tak professional. Fikir-fikirkan.
"

6 kata-kata jiwang:

fLo said... BALAS

bodo jak org kedak ya...semata2 mok up trafik...huhuhu

kinn said... BALAS

setuju tu. xpe la traffic x up pun asal kan ikhlas berblogging. huu~~ ;))

nabilah_2908 said... BALAS

ha'ah....susah bila dah jadi artis ni...tak boleh la buat silap sikit...mesti kena...

sama juga kalau yg bukan artis...kena hentam dgn org2 sekeliling la pulak...

[sutera kasih] said... BALAS

tak suka entri murahan yg tujuan up traffic huhu..kmk geleng palak jak mun org buat entri pasal gosip negatif artis or publish gambar artis yg mengaibkan artis tu sendiri, kita dh tgk tp pls jgnla tambahkan aibnya pulak kan..simpanlah saham dosa tu huhu

SyAfaWaNi ♥‿♥ said... BALAS

susah jugak kan jadik public figure ni..ada aja diperhatikan..huhu

wa khairul onggon said... BALAS

Aok nang ada koh blog kedakya.. Nya pun tajok entry kemain gik kebabooomm! hehehe... :)

Newer Post Older Post Home