Monday, May 23, 2011

Perasan Perempuan Sangat Halus


Ada yang tanya, macam mana kalau pasangan kita sembunyikan masalah dia dan tup-tup dia buat sesuatu keputusan yang besar? Errm.... selagi mana tak memudaratkan aku, juga dia, agama kita, masa depan kita dan orang-orang yang menyayangi kita, berusaha untuk paham. Susah kan? semua pun perempuan je nak paham. Laki? Langsung tak nak paham kita kan?

Kalau aku, aku lebih senang berusaha untuk paham dan bersangka baik. Sebab bila bersangka buruk ni, hati kita yang sakit. Asyik nak jadi stalker. Asyik nak tau semua benda dia buat. Last-last bila dia rimas, kita plak yang akan kena marah dan lepas tu kita plak yang bengang kan?

Tengok masa jugak. Bukan kata tak boleh langsung nak bertanya itu ini, nak stalk dia kadang-kadang, boleh... cuma berpada-pada la. Nak meletakkan 100% kepercayaan ke? Bagi aku tak. Selagi dia bukan suami kita, berwaspada itu penting jugak. Sebab apa-apa jadi kat masa depan, kita jugak yang tanggung kan?

Hati perempuan ni sangat halus kan? Kalau pasangan kita buat sesuatu yang melampaui batas kita, insha allah hati perempuan ni senang je dapat tahu. Pernah rasa tak? Yang dah kawen lagi la kan pernah rasa. Aku yang setakat tunang pun boleh rasa. Mungkin ada yang masa couple pun dah boleh rasa. Tapi kalau yang tak boleh rasa tu macam mana pulak? Itu aku tak boleh jawab. Sebab awak lebih tahu perasaan awak kan?

Sama-sama kita berdoa diberi kebaikan dunia akhirat. Amin.



p/s ; Bukan motivator. Bukan pakar cinta. Sekadar perkongsian untuk muhasabah diri.

9 kata-kata jiwang:

Ain Zulaikha said... BALAS

hati perempuan yang sangat redup :)

oshinz said... BALAS

wah best okeh. nek kena pegi memperhalusi lagi jiwa ni ha.

[sutera kasih] said... BALAS

"Hati perempuan ni sangat halus kan? Kalau pasangan kita buat sesuatu yang melampaui batas kita, insha allah hati perempuan ni senang je dapat tahu. Pernah rasa tak? "

pernah rasa..huhu

ainz said... BALAS

betul tu..kadang2 kalau terlalu bersangka baik..100% percaya pun tak boleh jugak..even dia tu suami kita sendiri..betul la orang cakap..bersederhana tu lebih baik..

thanks amni.. :)

Amni said... BALAS

Dear Ain Zulaika,
betul... =)

Dear Oshinz,
hehehe... saya juga sedang berusaha... =)

Dear syaza,
good! =)

Dear ainz,
no problem dear.. lama tak dengar cerita... =)

Amni said... BALAS
This comment has been removed by the author.
Unknown said... BALAS

setuju....hati pompuan mmg sgt halus...kalo terkasar sikit akan mudah terasa...ni berdasarkan pengalaman papa mifz la..:)

Mawar Berduri said... BALAS

hati seorang wanita itu sangat halus sehingga kamu tidak menyedari saat lukanya mula berdarah.

Amni said... BALAS

Dear Papa Mifz,
huhu... betul2... even dia garang sekalipun, dia tetap mudah terasa kan.... =)

Dear MB,
errrmmm..... bahaya jugak tu.. huhu

Newer Post Older Post Home