Monday, May 23, 2011

Tak Cerita Bukan Sebab Tak Sayang


Pernah tak rasa dipinggirkan bila pasangan kita seolah-olah menyembunyikan sesuatu daripada kita. Juga pernah tak terasa bila kawan-kawan pasangan kita lebih banyak tahu cerita dia daripada kita?

Aku tengok memang biasa orang gaduh sebab benda macam gini. Biasanya yang akan terasa lebih ni perempuan la kan? Lelaki jarang. kenapa? sebab perempuan rasa dia tak dihargai. Yer la.. buat apa jadi orang di sisi kalau semua masalah kongsi ngan kawan-kawan kan? Mula la macam-macam akan keluar dari mulut si perempuan. Lebih-lebih lagi bila si lelaki ni buat endah tak endah je bila si perempuan membebel. Dah biasa mungkin. Dan malas nak panjangkan perkara kecik.

Tapi pada aku, bila tak cerita, tak semestinya dia tak sayang kita. Mungkin dia tak nak kita risaukan dia kan? Bagi dia masa. Dia akan cerita, cuma mungkin dia nak cuba selesaikan sendiri dulu.

Dan kita sebagai perempuan, berusaha untuk relaks. Jangan gopoh sangat. Jadilah orang yang sentiasa boleh buat dia tersenyum. Bila dia nak orang temankan dia, jangan plak kita mengungkit benda yang dah lepas sebab semuanya akan menjarakkan kita dengan pasangan kita kan? Jangan jadi orang yang membuat psangan kita rimas.

Just saying. Peringatan untuk aku.

6 kata-kata jiwang:

Hanis MY said... BALAS

betul tu amni stuju sgt...bertuah la si dia memiliki amni wink2...

Redbloodsnow said... BALAS

Tapi pada aku, bila tak cerita, tak semestinya dia tak sayang kita. Mungkin dia tak nak kita risaukan dia kan? <--- betul ya. mek setuju gilak² hehe..bg kmk pun sama wak :P

Mrs.Yie said... BALAS

dan jgn terlalu mengongkong pasangan kita..lbh2 lg lelaki memang x suka di kongkong..tp beringatlah 1 perkara..sekiranya kita sdiri merasakan 'jauh' dari dia..awas..kemungkinan besar dia sudah mula berubah hati..

ainz said... BALAS

tapi kan amni..kalau pasangan kita tak share dengan kita problem dia yg sebenar..then kita tak tau hujung pangkal, dia amik satu keputusan besar yang kita tak jangka..

macam mane tu?

Cik Nathrah said... BALAS

ecececece! nice tips amni. :)

Amni said... BALAS

Dear Sis Hanis,
hahahaha..... bertuah yer kak... amin.. mudah-mudahan...=p

Dear Sis Zie,
hehehe... give me 5! =)

Dear MRs Yie,
harus dengar cakap orang dh kawen.. heheheh... thanks sis... =)

Dear Nathrah,
hahahaha..... nice ke? UNtuk diri sendiri sudah cukup...=P

Newer Post Older Post Home