Wednesday, May 18, 2011

Sudahkah? Aku Sedang Berusaha...


Ramai cakap macam-macam kat entri Jika Diberi Pilihan. Dah baca? Sila baca. Aku nak sambung lagi. Errm...

Dulu aku pernah join program motivasi untuk fasilitator. Dah tentu la kan aku join sebab aku gila semua pasal motivasi dan kaunseling. Sebab aku memang jenis yang perlu untuk dimotivasi. Sama macam kamu. Tapi orang yang boleh motivate kamu, bukan aku pastinya.

Satu soalan yang ditanya kat kami semua oleh Jurulatih,

Jurulatih : Siapa di sini yakin dan percaya dia dah jumpa sahabat?

Sahabat, kawan tu lain kan?

Aku dengan beraninya angkat tangan. Serius. Aku dah jumpa sahabat dalam hidup aku. Sahabat pada aku, bukan lah orang yang sentiasa bersama kita 24 hours. Juga bukan orang yang sentiasa ada bila kita memerlukan mereka. Adakalanya mereka perlu senyap untuk menjadikan kita lebih berdikari.

Sahabat adalah orang yang percaya aku dan tetap bersama aku sambil mendidik aku walau dalam doa, tika mana aku lalai, tika mana aku berjaya, tika mana aku menangis, tika mana aku tersungkur. Sahabat pada aku, adalah orang yang sentiasa mendoakan aku.

Aku yakin aku dah jumpa. Kerana mereka ada di hati aku selalu. Kerana susah senang mereka, aku dapat rasa. Susah nak explain. Yang pernah merasa saja paham erti sahabat. Kadang tak depan mata, tapi awak tahu dia sakit. Selalu tak depan mata, tapi mereka tahu awak perlukan mereka. Tiba-tiba deringan telefon berbunyi,

Mereka : weyhhh... apa cerita ko ngan amir? ko okey?

Tiba-tiba tanpa aku luahkan apa aku rasa. Terima kasih sahabat. Di sini pun aku dah jumpa sahabat. Anda tahu siapa anda. Terima kasih. Aku terharu. Semua takkan jadi kalau tidak kerana DIA. Terima kasih Ya ALLAH.

Sudahkah anda menjadi sahabat kepada sahabat anda? *sigh*

4 kata-kata jiwang:

kata kila said... BALAS

aku pun ada sahabat!!:)

ztie said... BALAS

Sapa?? Kamek ka? Ececeh.. Hehe betol.. Sahabat sik memerlukan duak org or lebih ya sentiasa kontek. Sik juak perlu org mencanang2 kan kelemahan di fb ataupun twitter.. Lalalalala....

Selamat tengah hari !!! :P

mye said... BALAS

dimana ada kasih sayang disitu ada khidupan..
tahniah krana punyai shabat, hargailah dia..
huhu..
smoga persahbatan mye jgk akn brkekalan hgga akhr hayat..
huhu

TIA OF REVENGE said... BALAS

always. i'allah :)

Newer Post Older Post Home