Friday, June 3, 2011

Bukan Sengaja Cemburu

Hari tu pergi kenduri kawen kawan baik, ainol. Sehari sebelum tu memang ada terjumpa ainol dan isteri kat satu shopping complex. Dari jauh lagi ainol dah tegur soh pergi kenduri doa selamat dia dan isteri.

Bila hari kejadian, ainol kenalkan kami dengan isteri dia. Yang perempuan tak de pasangan cuma aku. Tah macam mana syafiq kaki sakat tiba-tiba dengan sengaja cakap dengan kuat sambil tengok aku dan senyum-senyum,

syafiq : eh, ex ainol mana?

Semua orang pandang aku. Gila tak berubah muka isteri dia kan? Dah la semalam tu dorang jumpa aku kat shopping complex tu.

Habis majlis, syafiq tanya,

syafiq : ainol, wife ko okey ke?
Ainol : okey. Cuma ssensitif sikit tu biasalah..
Effida (isteri syafiq) : haa... B... Buat lagi...
Syafiq : gurau je la...
Aku : suka-suki je tau!
Budak-budak lain ; haaa... Habis la ainol pasni ke tidur lua...

Jahat dorang gelak-gelak. Memang isteri dia tak lepak ngan kami lepas majlis tu. Lagi la budak-budak tu makin kuat menyakat. Nak-nak bila dia nak masuk bilik, bilik dia terkunci dari dalam. Habislaaa....

Perempuan memang sensitif. Tau dia bukan sengaja nak cemburu atau sewaktu dengannya. Tapi sebab dia tak kenal kami lagi. Nak-nak dalam geng, cuma aku je yang berkawan atas dasar kawan semata-mata. Bini-bini kawan-kawan aku yang lelaki tu semua jadi geng aku lepas dorang couple.

Perempuan ni senang je. Awak kena kenalkan dia dengan kawan-kawan awak supaya dia percaya awak. Kalau awak tak bagitau, selagi tu ada perasaan was-was dalam hati dia. Lagi la kalau yang jenis sensitif. Kalau yang jenis tak de perasaan tu lain cerita la. Tu kena check balik tu. Er... kalau boleh, ajak la pasangan masing-masing lepak ngan kawan-kawan. Bila dah boleh jadi geng, lepas tu nak g man-mana pun senang je. Tak de la awak rasa kena konkong kan? Dan tak de la gaduh-gaduh sebab masalah kecik macm gitu.



P/s ; kamu dulu pun jealous. Tapi dah kenal semua, kamu okey. Tapi hari tu cam... Errr....

10 kata-kata jiwang:

cik lya said... BALAS

tak mo la mcm tu :)

Hanis MY said... BALAS

betul tu stuju sgt dgn amni, biar kenal seme pastu kite pun pepandai la jg diri kan...

p/s: belum lg tgh tunggu turn huwaaaa tidakkk takutnyaaa walaupun mmg kena pizen every sem tapi bila tiba time tu mmg kecut perut!

labulabi said... BALAS

wakakakaka.sejak kmk kawen tok.kawan jadi no 2.lagipun diam rah tempat org ne da masa nak berkawan2 nak.tapi mun dah balit kpg kawan jadi no 1.hehehe.lagik pun kmk madah ngan bini kmk," kmk kenal kawan sebelum kmk kenal kitak, jadi jgan ada perasaan x bagus di antara ya."hemm kawan perempuan nang tauk brita agiklah.almaklumlah dah rami yang dah nikah dan beranak pinak nak.cuma ari raya jak dapat betegur sapa.sik lamak gik posa owh.hehehe

syufaa said... BALAS

btol3!
mula2 mmg la mcm xbpe nk brcampur..
lme2 nti okay punye! :)

dwaty said... BALAS

yup betul tu... kenala kenalkan ngan geng2 baru la takde yang terasa@ cemburu...

wahida said... BALAS

cemburu tu tanda sayang tau....

beautiful_rose said... BALAS

cemburu-cemburu sayang ye....

Citarasa Rinduan said... BALAS

dah kata perempuan.. sentiasa tak kisah apa kata si lelaki...

nak bawa kemana , insyallah.. perempuan memahami dan boleh bawa diri..

dahulu jeles.. skrang dah tak kisah langsung. yang penting en suami sayang,. kan..kan...

Hajib said... BALAS

mena padah dirik... chan mek arum bulak nang dah kenal abis ngan geng2 kmk yg bait2 semua yaa... penting ya... hehehe

[sutera kasih] said... BALAS

was-was salah..
sik was-was kelak dikata sik syg..
jd cmney la? :(

Newer Post Older Post Home