Saturday, June 18, 2011

Hantu Betul!

Kamu, hari ni seharian keluar. Nak beli barang untuk kenduri arwah bapak esok. Jemput Mak Cik Ra, singgah lagi beli barang apa tah yang mak aku nak beli lagi. Aku tunggu dalam kereta. Dah tak larat.

Masa dalam perjalanan balik rumah, ada deringan k-pop. Aku pelik, sapa yang guna ringtone korea kan? Takkan makcik aku. Makcik aku tu pun rancak je borak ngan mak. Sampai satu tahap, mak aku tegur dia,

mak aku : ra, telefon bunyi tu tak angkat?
Mak cik ra : eh! Tak perasan. Ni mesti akil punya pasal la ni. Suka nak malukan mak dia ni.
Mak aku : mana tak aku pelik. Nape kau guna ringtone orang muda.

Mak cik ra : hari tu lagi malu bila hp aku berbunyi kat pasar.. Mana tak semua orang tengok aku semacam..

Gelak habis dalam kereta. Akil dengan bapak dia memang sangat suka usik makcik aku. Akil tu anak mak cik aku tu la. Suka tukar ringtone mak dia sampaikan selalu mak dia tak perasan hp dia berbunyi. Lepas tu gelakkan mak dia. Adohaii...

Pernah sehari tu, telefon makcik aku berbunyi masa aku, makcik aku dan mak aku sedang rancak berborak kat dapur,

Akil : mak hp bunyi tu.. Angkat la..
Mak cik ra : bak sini..
Akil : alaa.. Orang malas la.. Mak amik la..
Mak cik ra : *jalan pegi ruang tamu dan tengok handphone, check misscalled* akilllllll!
Akil : hahahaha...

Rupa-rupanya akil yang saja main-main call mak dia. Ya allah! Nakal! Suka giler dia mengusik mak dia. Nasib baik dia satu-satunya anak makcik aku. Kalau tak mau pengsan layan semua anak dia yang penyakat. Itu belum pakcik aku lagi. Ahaha...

4 kata-kata jiwang:

ainz said... BALAS

Happy family..jeles..hue

sukasuki said... BALAS

hehehhee,nakal!!

Cik Bidadari said... BALAS

heeeeeeeeeee.. comel aja akill

Amni said... BALAS

dear cik bidadari n cik sukasuki,
akil tu memang nakal n comel.. Hahaha...

Dear ainz,
hee.. Jangan la jeles.. Tak de benda tu pun.. =)

Newer Post Older Post Home