Saturday, June 11, 2011

Hantu......

Kamu, malam tadi, abang, kak ipar dan si kecik semua tidur kat umah. Rindu tengok kamu pangku abbas sampai tertidur. Comel!

Malam tadi, oleh kerana geram, mak cik takutkan si kecik-si kecik tu. Yang kelakarnya, bila si Azzam pandai plak menjawab.

Mak cik : azzam, abbas tidur.. Lewat da ni. Pukul 1 dah. Tidur lewat kang hantu kacau baru tau..
Azzam : nenek yah la yang hantu. Mana ada hantu lain.

Semua orang gelak. Moral of the story? Jangan cakap sebarang dengan budak-budak. Budak skang tak sama macam budak-budak dulu.

Pagi tadi, sebelum pegi kenduri, masa aku tengah gosok baju, si abbas borak ngan mak.

Abbas : nek, nak itotttt...
Mak : nak pegi mana?
Abbas : ngok ikannn... Aummm..
Mak : camne bunyi ikan? *gelak-gelak*
abbas : aummm....
Mak : eh? Nape bunyi ikan macam tu?

Comel si abbas. Ada plak bunyi ikan macam bunyi harimau. Hailaahh!

1 kata-kata jiwang:

Mawar Berduri said... BALAS

kahkahkah.. itu ikan harimau tu amni..

Newer Post Older Post Home