Saturday, June 18, 2011

Rindu Lelaki Itu

Dalam kesibukan hari-hari, aku tak pernah lepas dari merindui lelaki itu. Nampak garang, tapi hatinya baik. Strict. Tapi penyayang. Memang tiada galang gantinya. Melihat bapak kamu mengingatkan aku padanya.

Kalau esok orang sibuk nak celebrate father's day. Aku dan keluarga plak sibuk dengan kenduri arwahnya. Aku rindu lelaki itu. Bertahun-tahun berlalu. Namun tak sedikitkan dia luput dari ingatan. Kerana dia sentiasa mekar di hati kami semua.

Teringat pesan terkahirnya dalam pangkuan ibu. Masa tu aku dah nak balik ke mrsm. Dengan suara yang sangat perlahan dan sukar untuk bercakap,

'belajar rajin-rajin.. Jaga mak, jaga adik.. Jangan mudah percaya dengan orang..'

Serius aku tak dapat nak tahan sebak masa tu. Seolah-olah dia akan pergi jauh. Balik ke sekolah dengan azam aku takkan menghampakan dia walau apa pun jadi. Hari isnin ke sekolah dengan tenang. Selasa hati mula gundah. Dan petang itu selepas makan malam, gelas yang aku bawa untuk dihantar ke pantri terjatuh dan terbelah dua. Dalam hati terdetik, 'mungkinkah ini tandanya?'

Terus sahaja ke public phone. Almaklum masa sekolah mana la aku ada dibagi hp. Aku call rumah. Kakak ku bagitau mak aku sedang sibuk menguruskan lelaki itu. Aku bilang, malam karang aku akan call. Malam aku call, kakak aku angkat bagitau dia muntah darah dan semua orang kelam kabut. Dan ambulans sedang dalam perjalanan nak amik dia ke hospital. Oh! Sayunya hati aku.

Terus sahaja kakiku melangkah ke surau. Baca yassin dan solat sunat hajjat. Kalau selama itu aku berdoa demi kesembuhannya, tapi malam itu dengan beratnya aku berdoa , 'Ya Allah Ya Tuhanku, jika dengan hidup dia menderita, aku dengan lapang dada, melepaskannya pergi ya allah.. Kerana aku sayang sangat padanya. Moga dengan itu, dia tenang...'

Jahatkah aku? Esoknya, tepat jam 1 petang, sebelum kelas terakhir, ada rasa debar dihati. Habis je kelas, aku masih melepak di kelas. Hari tu hari ke tiga aku puasa sunat rejab. Tiba-tiba tergerak hati unuk ke bilik guru. Kawan memanggil. 'ada orang nak jumpa kau kat depan.. ' terus aku lari ke pejabat am. Dari jauh aku lihat kawan baik mak dan adik. Dari riak mereka aku tahu, dia telah pergi.

Masa jenazah sampai di rumah, rumah telah penuh dengan kenalan dari jauh dan dekat. Ada yang sampaikan mak aku sendii tak kenal. Hebat sungguh lelaki itu. Yang jauh juga sanggup datang untuk memberi penghormatan terakhir. Kerana masa hayatnya dia sangat baik. Walau jahat macam mana sekalipun orang dengannya, tetap dia balas dengan senyuman. Walau budak-budak kurang ajar dengan dia pun, dia masih tenang.

Aku rindu lelaki itu. Kerana dia aku jadi seorang yang tabah. Kerana dia aku pandai mengaji. Kerana dia dan ibuku, aku menjadi aku yang sekarang. Ya, pastinya dengan izin Allah. Aku rindu lelaki itu. Kerana dia terlalu istimewa dihati semua yang mengenalinya. Hingga kini kebaikannya masih menjadi buah cerita orang. Moga dia ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang akan berada di sisi Rasululllah s.a.w.

P/s : happy father's day bapak.. Terima kasih atas segalanya.. Melihat kamu, aku rasa kehadiran dia. Aku melihat dia di dalam kamu. Buat aku makin rindu.

10 kata-kata jiwang:

Syirahh Nursyahirah said... BALAS

ktk seorang yang tabah kak. sedeh baca entry tok. semoga ny tenang di sinun n mudahan ditempatkan bersama orang yg berimana. amin ~

Anisa Hang Tuah said... BALAS

sedihnya,,

anda kena tabah..

(:

Khairul Onggon said... BALAS

Duhal.. al-fatihah utk arwah..

Dr. Amirah said... BALAS

be strong kak amni...sedih aty kmk baca enti tok..slalu juak mikir gine la kamek tok,,nang jauh gilak dengan family..parents kamek pon sik sehat benar...um..doa jak lah kamek berik

ainz said... BALAS

:)

Hanis MY said... BALAS

sedihnyaaa sob sob.... amni u r a very strong girl and u know that cyggg amni!

p/s: lupa nk tulis tu adalah sceduled entri hehe akak siapkan entri tu sebelum meeting hehe... jangankan nak tgk pc nak on pc pun tak berani time meeting tu

[sutera kasih] said... BALAS

al-fatihah utk ayah ktk amni..

Anonymous said... BALAS

sedihnye.. ;'(
semoga arwah tenang disana.. doa anaknya pasti sampai ke sana menyejukkan 'rumahnya'

liyana said... BALAS

al fatihah utk arwah ayah kmu..
be strong my dear

Amni said... BALAS

dear all,
thanks atas doanya yaa... Terharu.. Moga yang baik2 juga bersama kalian.. Insha allah..

Dear kak hanis,
patut pun amni pelik.. Biar betul akak buat entri fakta2 tu masa miting. Haha..

Newer Post Older Post Home