Saturday, June 18, 2011

Tanda Akan Berkahwin

Kamu, semua persiapan kenduri arwah bapak aku telah siap sepenuhnya. Awal hari ni. Biasanya saat-saat akhir pon masih ada lagi kerja nak kena buat. Memang kebiasaannya aku dan family lebih suka buat kerja gorong-royong dengan adik-beradik mak aku. Sebab tu hubungan sebelah mak lebih rapat berbanding dengan sebelah bapak. Mentelahan lagi bila bapak dah tiada kan?

Kamu, tadi masa ngah sibuk mengemas dapur, membasuh segala peralatan memasak semua, mak cik ra, makcik aku merangkap chief cook mintak aku rasa masakannya. Aku rasa macam terlebih garam. Mak cik ra plak cakap dia rasa garan tak cukup. Eh? Habis la semua orang kat dapur mak cik ra soh rasa. Kang nanti terlebih garam orang sakit darah tinggi plak kan?

Jadi bila kak nor, kakak aku ke dapur, mak cik ra soh kak nor rasa plak.

Kak nor : okey lah ni..
Mak cik ra : dah tu amni cakap masin..
Kak nor : okey ni. Cukup dah garamnya.. Orang cakap, kalau rasa masin tu dah nak kawen.

Semua orang kat dapur gelak.

Aku : amboiiiii! Bila masa plak macam gitu. Orang tua cakap, kalau masak masin sangat tu la yang nak kawen..
Kak nor : eh? Ye ke..
Aku : haha.. Suka-suka je dia..

Aku belum nak kawen la. Jangan tanya aku bila. Sila tanya kamu, encik tunang. Masih banyak lagi yang aku dan kamu nak capai sebelum kawen. Just doakan yang terbaik untuk kami ya.

Kamu, dalam pukul 12 majlis start. Tapi masa aku tulis ni, tetamu dah mula datang. Sempat lagi kan aku nak update? Harus sempat. Kata tadi sebenarnya nak siap-siap kat bilik. Sekali, amik hp, lain plak aku buat.

Apapun, selamat hari bapak untuk semua. Moga mejadi bapak yag bahagia dunia akhirat. Itu juga doa aku untuk bapak kamu. Sempat aku sms bapak kamu semalam.

Aku : selamat hari bapak, pak.. Moga bahagia dunia akhirt. Amin..
Bapak kamu : terima kasih.

P/s : ada yang kecik ati kat twitter aku tak follow balik. Mintak maaf.
P/s : ada yang cakap aku sombong. Aku bukan sombong, cuma aku sangat pemalu. Tegur la. Semua orang saya akan layan baik.

5 kata-kata jiwang:

Anisa Hang Tuah said... BALAS

ehem.kalau kawen tu jemput lah

hehe

Amni said... BALAS

dear anisa,
insha allah sis.. Doakan.. Hiks!

Aisyah Aina said... BALAS

kawen jemput..hehe :)

Amni said... BALAS

dear aisya aina
insha allah dear.. Doakan jugak.. Hehe..

ainz said... BALAS

Sempat lagi dia! Hee..sangat rindukan abah n mak..tapi..

Hmm..

Selamat hari bapa..

Newer Post Older Post Home