Monday, August 29, 2011

Pencarian 73 Blog!

Tahun ni tahun ke dua aku beraya dengan blog ni. Beza raya dulu dan raya sekarang. Entah kenapa dulu semangat blogging tu, komitmen pada blog juga sangat tinggi. Sekarang? Slow sangat. Mungkin kerana kawan-kawan blog yang memeriahkan blog ni di awalnya telah menyepikan diri. Ada juga yang sebenarnya dah pun berhenti blogging. Dan kebanyakannya telah beralih ke twitter.

Lebih dari itu, kerana salah sendiri. Sibuk dengan kerja sampai mengabaikan blog. Ada kalanya nampak macam aku sombong kan tak balas kunjungan. Padahal bukan macam tu. Serius aku sendiri terkilan bila lambat sangat nak jejak balik kunjungan kawan-kawan blog.

Blogging ni sangat manis pada aku. Kerana di sini lah aku jumpa kawan-kawan blog yang sangat memahami walaupun tak pernah pun bersua muka. Tika aku down, kawan-kawan blog ni lah yang banyak membangkitkan semangat aku untuk terus bertahan. Tika aku rasa terduduk dah tak tau nak buat apa, sampai berat badan aku jatuh mendadak, kawan-kawan blog ni la yang setia di sisi, menemani, menasihati, membaca luahan hati aku walaupun cuma di alam maya, tak pernah kenal pun macam mana aku.

Aku rindu nak blogging macam tu. Jadi, sempena raya kali ni, juga atas izin dan galakan dari namee, aku nak buat game. Tapi game ni game yang berpanjangan yang mudah-mudahan memberi kesan baik bagi dua pihak.

Game dia mudah je. Tapi sangat perlukan kerjasama kedua-dua pihak. Exactly macam namee roslan buat.

1) aku nak kumpul 73 blogger dan buat blog list untuk 73 blogger ni.
2) 73 blogger ni kena bagi komitmen untuk baca dan komen entri aku setiap hari. Kalau boleh komen yang membina diri. (kalau boleh)
3) dan aku akan buat benda yang sama. Aku diwajibkan untuk baca entri 73 blogger ni dan komen setiap entri yang 73 blogger ni update setiap hari.

Kalau nak join dan bersedia dengan komitmen, cara dia mudah je. Tinggalkan link kat komen entri ni. Dan masukkan aku kat dalam blog list awak. Itu sahaja.

Game ni khas untuk yang betul-betul boleh bagi komitmen sahaja. Sebabnya aku betul-betul nak ada dua hala komunikasi. Sebabnya aku betul-betul nak berkawan dengan awak. Awak bagi komitmen, aku juga wajib bagi komitmen. Kalau awak tak dapat bagi komitmen, saya akan bagi peluang pada orang lain.

Setuju? Jom start!

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin dari aku dan kamu.




P/s : kenapa 73? Sebab aku suka nombor 73. Blogging itu best kalau kita betul-betul ada niat nak berkawan.

P/s : bloglist lama memang aku takkan ubah.. Kawan-kawan lama nak join, just tinggal komen je. Hiks.. Thank u so much dear. Tahu korang memang dari dulu supportive! =)

21 kata-kata jiwang:

Namee Roslan said... BALAS

haha, alang2 cukup kan 100 terus :D

Cik Amni said... BALAS

masalahnya blog saya tak femes macam blog awak.. Hahahaha.. Thanks dear... =)

[sutera kasih] said... BALAS

kmk blh join sik deng?hehe

kmk mun sik busy, mmg akan singgah blog tok setiap masa ^_^

hope ujong taun tok pat jmpa ktk :)

Puan Eka said... BALAS

nak join! hehehehehe

eka pon tahun kedua beraya dengan blog..cuma tahun ni rancak sikit lah..hehehehe

tahun lepas bio je sampai lembek blog ni

Dr. Amirah said... BALAS

maok join! http://klinikhatidrmira.blogspot.

akak kelak datangla rumah kamek raya di kampung kude :)

Namee Roslan said... BALAS

eh nak tanya, macam mana awak update post ni yea? i mean the time, terus link blog awak di bloglist saya update dan naik ke atas padahal post petang tadi kan? :) macam mana ye?

Anonymous said... BALAS

kite selalu komen belog awak..kdg2 baca je x komen. list pon mmg dr dulu letak belog awk amni.. ;) kena join gak ke game ni?

Namee Roslan said... BALAS

eh lagi satu, saya tak famous. cuma awak tukar tajuk awak jadi pencarian 73 blogs. baru orang tergedik2 datang. trust me. hehe :)

Cik Amni said... BALAS

dear namee,
hahahahaha.. Kelakar okey! Thank u! Dah tukar. Famous la tu sebab semua kawan2 kat blog ni baca blog awak. Percayalah! =p

dear dr. Amirah,
insha allah kamek dtg. Berik alamat! Ktk ada d sia? Thank u so much join. Kmk aka update ktk dlm blog list kmk.

Dear zura,
awak nak join tak? Hihi.. Awak memang ada dlm blog list saya pun.. =)

dear yann syaza,
boleh join.. Hehehe.. Ktk pun memang ada dlm blog list kmk.. insha allah hujung taun jumpa k.. No prob..

Dear cik eka,
thanks dear.. Memang sangat supportive. Sama2 bagi komitmen yer. Eka memang gila dasat tahun ni. Hahaha.. Entri serius banyak sampai kdang2 memang tak terkejar la..

Umie Nadhirah said... BALAS

Perghh.

Namee Roslan said... BALAS

haaa, ni baru betul. hiks :)

ZJ said... BALAS

hehe. kmk lmk dah letak link ktk dlm blog kmk deng. kmk mk join!

Primadona said... BALAS

Amni..kmk mok join..masih sempatkah? :)

Dr. Amirah said... BALAS

petang raya kelak baruk sampe.:)

ainz said... BALAS

Sy biase jengah di sini untuk membaca,je..kalau ade idea, baru tgglkan jejak..huuu..mgkin sebab amni dah femes,kot..jadi segan ;p

Xperlu masukkan sy dalam 73 blogger tu,k..ramai lagi yg lebih komited dari sy..thanks n selamat hari raya.. ;)

[sutera kasih] said... BALAS

okey set hehe!!
syiohh betambah gik ke 73 hehe
bagus2..kelak kmk mok polah camtok juakla mcm best :P

Anonymous said... BALAS

kalau amy nk join leh tak amni?? hihihi.. ye la kawan2 lama dh lama menyepi..ramai yg behetin blogging tp jgn lupa masih ramai yg masih mula blogging..hehe

Cik Amni said... BALAS

Dear kawan-kawan,
semua boleh join.. no worries... amni carik sampai 73.. dah sampai 73, baru berhenti.. =)

eeir said... BALAS

hai amni. this yeat was the third year raya dgn blog .:)

besides, ilove to be ur silent reader :)

.drakula. said... BALAS

aku sangat menyokong idea ini kerana tidak secara lansung kita akan lebih rajin menulis,lebih teliti dan lebih berisi setiap entry yg kita akan post kerana kita tahu lebih 50 blogger sedang menanti2 setiap post2 terbaru kita...

satu kempen yang pada aku perlu di beri sokongan!

http://republicaku.blogspot.com/

ztie said... BALAS

kamek maok join.. tp kmk dh mcm jarang nK update belog. kenak ow.. kmkjrg msk tp sekLi dh msk.. seluruh entry ktk d baca start drpd yang last sekali huhu

Newer Post Older Post Home