Sunday, September 4, 2011

1st Time Dating Sepanjang Kamu Di Kuching

Alamak! Alamak! Gambar pasal pashmina tu tak boleh la dear nak upload. Sebabnya saya sangat segan nak tunjuk. Lawa macam Lisa Surihani tak pe la jugak nak tunjuk gambar. Kalau macam Lisa, sumpah nak buat tutorial gaya pashmina ala midun.

Lepas maghrib plan nak ke rumah jiran-jiran kamu yang banyak lagi kamu tak ziarah raya. Tapi alih-alih lepas kamu siap-siap, kamu soh masuk kereta. Dah tu aku tanya, kamu senyap je. Memang sangat la geram sebenarnya.

Sekali rupanya, kamu ajak dating kat tepi jalan, berdepan dengan Pustaka Negeri Sarawak, menghadap tasik. Memang ramai kereta lepak kat situ. Aku dan kamu keluar kereta, dok kat atas bumbung enjen kereta sambil kamu main gitar dan Nyanyi. Amboiiii... Macam dating ala-ala zaman dulu kala. Memang tak pernah dibuat la kerja gila macam tu.

Lebih kurang setengah jam lepak situ, kamu ajak dating kat McD. Memang McD tempat dating aku dan kamu. Selalu orang cakap keluar berdua tu dating la kan? Tapi aku dan kamu plak kalau cakap dating, tu masa untuk luahan perasaan, bercerita tentang masing-masing. Sejak kamu balik Kuching, ni la pertama kali aku dan kamu dapat dating. Selalunya sentiasa ada je urusan yang buat aku dan kamu tak sempat pun nak bercakap dari hati ke hati.

Macam pelik eh? Selalu cakap pe? Selalu kamu mengusik je kerjanya kalau jumpa aku. Selalu kenakan aku. Aku sempat tanya kamu,

aku : kenapa ada pasangan yang kawen awal, suka buat hal?

Kamu : tu stress agaknya..

Aku : habis tu nak buat macam mana?

Kamu : amik masa sekejap, keluar la picnic ke, tengok movie sama-sama ke, pegi tasik ke...

Aku : oh! Hemm....



Betulkan? Amik masa berdua untuk luahan hati masing-masing. Erm...

12 kata-kata jiwang:

Umie Artoqiemie said... BALAS

perghh kdak dalam ceta.. bestt.. :D

niesh™ said... BALAS

bna2. amik masa berdua. settle bgs2 kn. padah apa nok xpuas ati. hahha.

Namee Roslan said... BALAS

hey sweetnya :D eh patut KAMU bawa guitar sekali nyanyi. geheheh, ala kenapa tak upload video with pashminaa???wuuu

Amni said... BALAS

dear umie,
hahahaha... Ng cita melayu la.. =p

dear niesh,
hiks.. Kan... Memang perlu ada masa nak luahkan semua...

Dear namee,
hee.. Aah.. Memang KAMU bawak gitar dan nyanyi sekali.. Dia cam tak heran je orang lalu lalang tengok-tengok.. Haha.. Nyanyi plak tengok sy.. Alahai.. P.ramlee betul! Ekeke.. Segan nak upload la dear.. Segan org kenal... Huhu.. Biar bercerita, tp org tak kenal saya.. =)

.sweet-ants. said... BALAS

persefahaman tu penting x kira kawen awl ke x.

Cik Eka said... BALAS

wahhh bestnya..tp betol la..apple eka pon suka buat cmtu...dating kat tepi tasik,tepi taman...sambil sembang2 cita masalah masing2..best..tak semak sambil tgok keluarga bawak family..main2...

tempat suka pegi lake garden..aman dan tenang sangat

♥ p a a n i ♥ said... BALAS

sweet :)

Dr. Amirah said... BALAS

kak amni!kamek sik dapat line internet di kuching..sik pat tweet kitak :'( kinek tok udah di kl udah :'((((((

Prince Halilintar said... BALAS

amboi..sempat lagi berdating tu ala2 zaman P.Ramlee ek..

nabilah_2908 said... BALAS

sempat rasanya tgk gambar Amni yg terbaru kat twiiter hari tu..hehe.. ;)

[sutera kasih] said... BALAS

kmk siktauk nk kata apa hal cintan cintun tok gik deng since dh pts cinta haha

dUrRaNi said... BALAS

mek salu celen mam beger ngn cinta mek d McD..hehe.. ;p

Newer Post Older Post Home