Thursday, September 8, 2011

Buat Apa Pun Sanggup!!!!

Sekarang kecoh kan pasal Petknod tu. Tau kan pasal tempat jagaan kucing yang tak bertanggungjawab tu. Orang hantar kucing sebab nak mereka jaga. Boleh pulak mereka tak bagi makan dan minum. Gila ke apa? Langsung tak de hati perut ke? Aishh.. Aku tengok gambar kat google ada ibu kucing tu tengah kebuluran dengan anak dia yang dah mati. Kesian gilerrr..

Bayangkan kucing ni cantik-cantik, alih-alih hantar kat mereka, jadi kurus kering, ada yang sampai mati. Dan banyak yang terlepas. Mujur ada geng Kucing Terbiar Anjing Jalanan dan juga sukarelawan yang prihatin nak tolong selamatkan kucing-kucing ni. Juga syukur ada penderma yang sudi sediakan makanan bagi kucing-kucing ni.

Malam tadi kamu join geng KTAJ untuk selamatkan kucing-kucing tu. Kamu memang pantang dengar ataupun tengok kucing teraniaya. Ingat lagi Sunkist? Yang selalu singgah sini mesti tau sunkist. Yang tak tau, Sunkist tu anak kucing yang kamu jumpa kat bawah kotak sunkist kat depan kedai Amy Search. Tah sapa letak kat situ. Agaknya sebab dia confident Amy Search boleh bagi makan kat kucing tu yang tinggal je kat situ.

Bila tengok kucing tu, kamu cakap,

Kamu : terasa kucing tu cam abg dulu-dulu. Dia sebatang kara kat sini. Sama la ngan abg.. kalau abg tak jaga dia nanti dia mati. Tu yang abg bawak balik.

Aku : Ada makanan tak?

Kamu : tak de. Tapi nak pegi klinik kucing la nanti. Nak tanya pendapat doktor tu bila nampak sunkist nanti.

Aku : duit ada?

Kamu : errr... cukup-cukup la... *tipu orang*

Haihhh! Tengok? Rela buat apa je untuk kucing. Sanggup tu berlapar asalkan kucing kamu makan.

Dan malam tadi, balik je dari tolong selamatkan kucing-kucing tu, kamu terus call aku. Gila semangat cakap padahal jam 4 lebih pagi kot. Aku ngah nyenyak tidur dia boleh syok giler bercerita pasal dapat misi bantuan malam tadi, pasal kucing-kucing yang comel tapi Comot, juga pasal kamu salah selamatkan kucing. Ingatkan kucing dari Petknod. Kamu dapat selamatkan sekor. Susah kot nak tangkap kucing yang ada tuan. Sebab nya kucing yang ada tuan ni kebanyakannya memang takut ngan orang dia tak kenal. Macam kucing kat rumah aku. Kena ada teknik dia kan.

Misi malam tadi, kamu, manager kamu joe lee (yang jugak orang kuat untuk misi bantuan menyelamat kucing-kucing ni) juga sukarelawan dan geng KTAJ dapat selamatkan 20 ekor kucing. Dari malam sampai 3.30 kot mereka carik kucing-kucing tu. Tu memang dah tak ingat jam. Kalau kamu memang aku tak heran sebab kamu memang gila kucing. Kalau boleh, semua kucing tepi jalan tu kalau tak da tuan kamu nak angkut.



P/s : dalam orang kecoh pasal nak selamatkan kucing-kucing ni, ada jugak yang mempersoalkan apa yang mereka buat. Biarlah kan? Kalau kita tak mampu tolong, senyap sudah.

11 kata-kata jiwang:

aliesha kirana said... BALAS

wah! prihatin sungguh mirul yer.. bguslah cmtu.. nanti amni join la skli.. heehe.. kejam sungguh kn petknode tu..geram je rase, ble tgk kucing2 tu kurus kering.. kejaam! AK pernah bela kucing tp dh dibawa lari org. huhuhhu.. sedey

[sutera kasih] said... BALAS

hati org yg sygkan kucing ni sgt lembut..penyayang..

*Vivilicious* said... BALAS

hehehe i love my cats! nangis mek tga pict cdak ya koh..

Bella Bell said... BALAS

saya sayang kucing.. :)

Umie Artoqiemie said... BALAS

awww.. sian pusak ya aih,...
kmk pun ada pusak nama Obeh =)

El-Janna said... BALAS

binatang seperti kucing cukup comel untuk dianiaya

Prince Halilintar said... BALAS

xsampai ati nak aniaya binatang ni..walaupon semut..tapi kdg2 kite xpasan plak semut tu..

missSenget said... BALAS

penyayang nye beliau..!!


aummm.. meow..meow....


haha..nasib baik x tertido semula kan masa die cerita.. :p

.sweet-ants. said... BALAS

so cute laki suka kucing... sy x suka ;p geli lah

dUrRaNi said... BALAS

tedah ngga cdak ya...mun pusak mek dipolah gya mek tukuk2 palak owner petknode ya...

Miss Dolce and Gabbana said... BALAS

yeah.Chaiyok pdh kat Mirul.Nang jenis suka pusaklah anak ya.hehe

Newer Post Older Post Home