Wednesday, September 7, 2011

Perli-perli Sayang!

Terima kasih atas komen semua pada entri lepas. Kebanyakannya prefer majlis asing-asing kan? By the way, untuk pengetahuan, rumah aku dan kamu bersebelahan taman je. Jalan kaki pun boleh sampai dalam 10 minit. Okey, abaikan cerita yang itu. Belum dibincang secara serius. Masih banyak lagi perkara penting yang tak selesai.Terima kasih atas doa kalian.

Dua hari sebenarnya aku demam.Semalam sangat teruk sampaikan nak update blog pun tak larat. Bangun pagi tadi, katil dan baju basah lenjun dengan peluh. Tapi alhamdulillah, hari ni dah okey. Dah boleh masuk office walaupun lidah masih rasa pahit, kepala masih tak stabil, tulang masih rasa sengal-sengal. Biasa macam ni lah. Bila kamu nak balik KL je, mesti badan ni meragam. Kalau nak balik sini dari KL pun badan ni akan meragam. Tapi bukan aku. jer. Kamu pun sama. Demam. Hari ni pun kamu masih demam. Astma lagi. Risau. 

Masuk kereta pagi tadi nak turun office, tak sempat nak panaskan enjin, terus gerak sebab jam dah lewat. Banyak kerja nak buat. Kalau lambat, memang banyak buang masa la kan. Masa dah kat traffic light jalan Astana baru perasan tak pakai seat belt. Biasa memang kamu akan perli,

Kamu: Ehemmm.... panjang nyer la tali ni.. *sambil tarik tali seat belt*

Aku : *blur*

Kamu : Panjang kan tali ni... *tarik lagi panjang*

Aku : oh! *tarik seat belt dan gelak* Perli eh?

Kamu : Tak de pon... terasa la tu...

Setiap kali aku lupa, mesti kamu ingatkan cam gitu. Selagi tak pakai, selagi tu kamu perli. Haihh.. Rindu! Bahaya sebenarnya tak pakai seat belt kan. 

Pernah sekali aku dan kawan baik aku hantar kawan ke UNIMAS. Masa tu umur 19 tahun. Aku memang biasa tak pakai seat belt. Tak selesa. Tak tau kenapa malam tu rasa nak pakai. Entah macam mana, kawan aku hilang kawalan masa nak balik dari UNIMAS. Masa tu kat bulatan Jalan Tabuan. Dia cakap nampak motorsikal. Jadi dia nak elak. Mujur dia pusing stering kat pembahagi jalan. Kalau ke tengah bulatan? Memang naya la boleh kena langgar dari belakang. Teruk jugak la kereta tu. Tayar pecah. Memang boleh jalan beberapa kilometer je. 

Dah tengah malam, mana de orang lalu sangat kat situ. Syukur pakai seat belt. Syukur ada kawan lain yang masih bangun dan  nak tolong aku dan kawan aku tu. Tak tau apa jadi kalau tak pakai seat belt malam tu. PENGAJARAN nya, masuk kereta kena pakai seat belt. Tapi insaf aku sekejap jer. Kalau kamu tak ingatkan biasanya memang sampai destinasi la tak pakai jawabnya... 


p/s: Perempuan ni sensitif. Kalau nak tegur, kena berlapik. Lebih kurang la dengan Lelaki kan? Perli-perli sayang tu tak pe la kan?  

p/s: seat belt ke, seatbelt ke, safety belt? Eh? Aku pun keliru.. apa-apa lah asal kamu paham kan?


15 kata-kata jiwang:

d_tieah said... BALAS

Hehehe.. Kmk pun kdg2 x sk juak nk k safety belt.. Bukan lupak tp nang sengaja kdg2 x pakei.. Hehehe..

Entry Terbaru : Kahwin Itu Best Ke?

Namee Roslan said... BALAS

hehe, tapi ada je laki yang tegur kasar. tak suka laki macam tu. prefer laki lembut n tegur2 manja ..kehehehhe. :) yela, tak la terguris hati ni.

Prince Halilintar said... BALAS

kalau perkara yg baik ape salahnya tegur kan..kdg2 prince pun terlupa nak pakai seatbelt..hehe

nabilah_2908 said... BALAS

talipinggang keledar....hehehehe... :P

aliesha kirana said... BALAS

aah! sokong..pompuan xleh tegur direct, kene tegur lembut2..heeheh.. kang terasa.. lelaki pulak kalu kite tegur direct, dia rasa tercabar ego.. jd sama2 kene tegur cara berhemah..heheeh

si cantik sally said... BALAS

ape ape je la..asalkan makne melayu tali pinggang keledar..hahhaha..pakai jangan tak pakai oke..tuk keselamatan..

El-Janna said... BALAS

huhuk.. kamu syg pada awk tau^^
sweet je^^

ciK LyndaWawa igUana said... BALAS

kesimpulannya..len kali pakey sietbelt.huhuhu

[sutera kasih] said... BALAS

hati perempuan lembut mcm kapas..perlu ditegur dgn kiasan hehe

erolnukman said... BALAS

bila da nanggar polis/roadblock baruk kamboh kmk narit safety belt ya koh..hehehe.sampey hariz pun terekot2..adushhh!!

bspotgurl said... BALAS

hai babe, apa khabar awak & KAMU awak tu? hehehe.
Take care

eik`S noName said... BALAS

seat belt seat belt...hehe

emm btw amni...today, time esyad kat ofis...pasang radio...

tiba2 amir jahari - tanpamu berkumandang...teringat kamoo...hehe

lpas 2 3 lagu bertukar...tukar ke channel radio lain pulak...

tiba2...amir jahari - tanpamu lagi berkumandang...hehehhehe]

btw nice song...^^

dUrRaNi said... BALAS

mun mak mek ny salu pdh cmtok b4 jalan "sapa kaya xperlu k seatbelt..."

mun dh mak bisin2 gya, pham2 jak lah..hehe...

Amir Jahari said... BALAS

Hahaha, bb, panjangnya tali tok ooo~ " sambil tarit seatbelt!"

Memey Baharom said... BALAS

perempuan kan insan yg lemah . kene tegur leklok. hihiihih

Newer Post Older Post Home