Saturday, September 10, 2011

Perempuan Dan Perangai Pelik

Kalau kamu nak tau, perempuan ni memang ada perangai pelik sikit. Dia bukan tak tau kadang-kadang benda tu kecik dan bukan masalah besar pun, tapi nak jugak anggap besar. Especially bila period pain, demam, stress... Tu biasa la jumpa perempuan pelik. Contoh macam aku.


Situasi 1

Malam tadi aku call kamu, tapi kamu ngah sibuk.

Aku : B, benci la flu ni. Dah makan ubat bagai tapi masih gak tak baik. Baik pun kejap je. Geram!

Kamu : alololo... Comelnya diaa... Pegi rehat k... Abg tak suka sayang mengeluh macam ni..

Aku : *sentap* bila pulak orang ngeluh? Orang just nak ngadu je. Tak pe lah. Bye!

Kamu : sayang....

Aku : *terus letak hp dan merajuk*

okey fine! Aku memang pelik. Konon lepas tu tak nak call balik. Tapi banyak kali tengok hp kot ada misscall dari kamu.


Situasi 2

Kata tak nak call. Tapi lepas sejam kamu seyap, atlast aku call balik. Rasa bersalah yer jugak. Tapiiiii sebenarnya nak mintak perhatian. Pelik!

Aku : b... Buat apa? *suara merajuk*

kamu : tengah cuba scarf ni sayang... Kalau abg pakai scarf tak payah pakai topi, ok tak sayang?

Aku : yang hari tu ke? Okey sangat la bang..

Kamu : iyer? Abang ngah sibuk tukar gayakan scarf ni..

Aku : ok.. *sentap lg*

kamu : maaf la sayang kadang-kadang tak dapat borak lama...

Aku : okey bye! *terus letak call*

Sekali lagi pelik. Lepas tu buat assumption bukan-bukan. Lepas tu nangis konon-konon kamu tak nak pedulikan dia. Bengong ke apa?


Situasi 3

Tweet cakap nak tidur. Padahal mintak perhatian. Harap-harap kamu perasan tweet tu. Tapi memang tak lah sebab lepas tu kamu keluar dengan manager kamu.

Lepas tu teddy bear besar (bubu) yang kamu bagi, peneman ketika tidur, letak jauh-jauh. Merajuk dengan tuannya, maka harus bubu pun letak jauh-jauh. Tapi yang peliknyaaaaaaaa tengah malam tengok ada miscalled dari kamu, bangun pagi sedang peluk bubu. Hampeh!


Situasi 4? - nanti sambung............................................






P/s : sekali-sekala macam ni seronokkkkkk juga. Tapi jangan selalu. Nanti diri sendiri yang merana. Pernah macam ni? Ke aku jer perempuan yang pelik tu????

9 kata-kata jiwang:

azwa amani said... BALAS

huhuhu..itulah perempuan, penuh dengan emosi..

Namee Roslan said... BALAS

memang perempuan suka kan perhatian dan was hoping lelaki akan pujuk. betul tak?? haha, bila tak dipujuk akan mula cari pasal lagi. keh keh

Bidadari Syurga said... BALAS

cinta kamu... semoga indah2 shaja.... gd nite....

erolnukman said... BALAS

Cara ompuan & laki bfikir ada 'sikit' beza..pompuan lebih detail mybe.sigek2 benda nang dfikir abis2 dari positif sampey ke negatif..mun mood tgh sik brapa nak betul,alamatnya condonglah ke arah negatif..hehehe. Masa ya laki susah sikit nak adjust..:P

Amni said... BALAS

dear cikgu erol,
bena2!! Mirul padah kedak ya juak... Hahahahaha.... Ya lah sifat semulajadi popuan.. Susah nak handle.. Cara nak soh popuan cool bg kmk, diam jak.. Kelak boleh nya pikir balit... Majuk2 sikda papa pun sebenarnya... =p

Umie Artoqiemie said... BALAS

banyaknye merajok..

niesh™ said... BALAS

kmk mcm ya juak hari ya. haha. gara2 grk kmk xmsj nya kuar break time. hahah. benda simple p manas cam pa.

[sutera kasih] said... BALAS

perempuan kan manja hihi
biasala ya deng..kmk paham yeaa ^^

nabilah_2908 said... BALAS

gelak sorang2...hahahhaa...

perempuan memang begitu...saya akuinya.... :)

tapi betul la...tak boleh buat selalu... :) :)

Newer Post Older Post Home