Saturday, September 10, 2011

Prepaid Ke Pospaid???

Start 15 September ni dengarnya pengguna prepaid pun kena charge 6% tax kan? Masak la siapa yang pakai prepaid lepas ni. Sebenarnya kamu plan nak guna prepaid. Dan dah guna pun sebab bil kamu kena bar lagi. Jadi kamu plan nak guna prepaid je senang. Sekaliiiiii.... baru dua hari, malam tadi, kamu dah membebel. 

Kamu : B, teruk la guna prepaid ni. 

Aku : Kannn.....

Kamu : Nak guna bil balik la.. susah la.. terhad sangat... apa pun susah... 

Aku : Tauuu....


Hari tu aku dah cakap, guna bil jer. Satu sebab ramai dah tau nombor kamu tu. Satu masalah kalau kamu nak kena bagi balik nombor baru ngan semua orang. Even nak tukar nombor sekalipun, aku prefer kamu guna bil jugak.  Nasib baik aku tak terminate no bil kamu tu. Haihh... Aku dah cakap banyak kali guna bil lagi senang, lagi jimat. Nanti kalau ada emergency, kredit tak de kan susah. Kalau guna bil, bila-bila je senang nak contact orang kalau ada emergency. Itu kalau tak kena bar la. Cuma kalau guna bil, kena da disiplin la. Tapi sebenarnya buat apa pun perlu disiplin kan? 

Hari tu kamu nak guna bil balik sebab ni...

Kamu : Kalau guna bil, sayang senang nak monitor abang.. kalau abang over, sayang boleh ingatkan...

Aku : Nak tukar bil balik la ni?

Kamu : Aah.. sebab abang rasa sayang lebih trust abang bila guna bil... 

Aku : Hemm... okey...

Lelaki memang kena monitor kan? Bukan sebab tak percaya. Tapi kadang-kadang lelaki ni tak perasan apa yang dia buat boleh mengundang kepada salah faham pada orang lain. Dan bila ada masalah nanti, baru la rasa stress tak tau nak buat apa. Kan? Kan? Kan? Lepas tu suka ambil jalan singkat nak selesaikan masalah. Tak pun, suka ambil mudah. Tak semua. Tapi aku rasa kebanyakannya lelaki macam gitu. 

p/s : kalau awak da awak, prefer yang mana? Prepaid ke pospaid?

6 kata-kata jiwang:

nabilah_2908 said... BALAS

haih...sy pun ingat nak tkar bil la...huhu..

tp guna tak banyak sangt...rasa mcm membazir lak bayar bulan2..tak guna..

antara pospaid & prepaid..masing2 ada kelebihan & kekurangan nya kan...huhu...

~AmyLiana86~ said... BALAS

amy xleh guna bil nanti tak terkawal pgunaanyer..hehe

Miss Dolce and Gabbana said... BALAS

Ada pro and cons juak mun guna bil and prepaid.Bil sekali pakei memang jimat tapi mun jenis mudah nak berkelakar and mesej ya nak nyaman juak nak bayar.Prepaid pun.Mun dah x da kredit x pat nak msg dah.Hehe.kmk pun prefer bil sbnrnya. ;)

aliesha kirana said... BALAS

AK pn cm nabilah.. guna x byk sgt. cuma ble guna prepaid ni. mslh AK sllunye duit ade lg, tp dah tamat tempoh so xleh guna..

AK jrg topup. hahaaha.. kdg2 sebulan topup rm10 je. itupun kalau ade hal penting nk guna topup..wahaha.. xpun time xde kredit, tp ade urgent, AK guna public je.. wahahaha..

Namee Roslan said... BALAS

padan muka top up dah takde org nak beli sebab semua org nk pakai line. ahha atau public phone je. hehe. menyusahkan org lah dengan tax tax ni.

[sutera kasih] said... BALAS

lelaki dan perempuan saling memerlukan :)

tp iboh iso, kena tangguh dh ya..hehe

Newer Post Older Post Home