Wednesday, October 5, 2011

Degil!

Bila tengok budak-budak PMR sekarang, teringat aku dulu masa form 3. Orang sibuk belajar, aku sibuk dengan pengakap, sibuk keluar masuk hutan pengakap belakang MRSM, tolong budak-budak yang baru masuk pengakap buat gadget. Lepas tu, balik hostel dah penat. Orang prep-malam belajar, aku tidur dalam kelas. Gila ah!

PaliNg rajin aku buat latih tubi. Hari-hari latih tubi. Tu lah yang aku buat. Nota tak baca, tapi latih tubi lebih. Bajet macam kalau jawan soalan latih tubi, aku boleh jawab soalan PMR. Macam tak. Tapi aku memang tak suka baca. Aku suka tulis. Kalau tak aku mengantuk. Mana tak mengantuk kalau balik-balik dengan hutan pengakap.

Hari-hari risau ni dengan PMR. Tapi baca bukunya tak jugak. Lagi tiga bulan nak PMR, baru aku ada kesedaran nak baca buku. Itu pun buku Sejarah jer. Itu pun sebab aku memang lembap Sejarah. Itu pun, tak mampu nak habiskan satu topik seminggu. Lagi sebulan nak PMR, baru aku serius sikit. Tapi dengan Sejarah jer la. Gila takut kalau fail Sejarah. Bajet macam tak baca yang lain boleh confirm A.

Esoknya nak PMR, aku masih lagi dengan Sejarahnya. Sebabbbbb? Tak habis baca lagi. Cuak ooo.. Yang lain aku tak cuak pulak. Tapi memang hari-hari masa exam PMR tu aku tidur lewat kecuali hari yang exam Matematik. Matematik jer aku confident dapat A. Yang lainn??? Sampai aku dah decide sekolah mana aku nak pergi, macam mana aku nak cakap kat mak aku kalau aku kena tendang MRSM...

Bila hari result PMR keluar, aku lah antara orang yang lambat amik result. Takuttttttttt.... Macam-macam aku pikir. Malulah aku kalau aku kena tendang MRSM. Alamak! Macam mana nak cakap ngan kakak aku yang temankan aku. Dah lah kakak aku garang. Matilaaaahhhh... Mak aku pulak macam mana nak bagitauuuuu???

Masuk je dalam pejabar jumpa kerani, aku menggigil. Mau tak menggigil. Padahal PMR jer pun. Dah dapat result, sengih-sengih. Balik tu ingatkan nak kenakan mak aku masa dia call dari office..

Aku : satu jer mak..

Mak aku : yer la tuu...

Aku : yer laaa..

Mak aku : dah tau dah.. Mak call MRSM..

Aku : alaaaaa......

Langsung tak surprise. Mak aku dah awal-awal lagi tau result aku. Ingat nak keluar MRSM kalau result bagus. Tapi aku kena stay jugak. Sebab malas lah pulak nak uruskan pertukaran sekolah. Selebihnya sebab tak nak menyusahkan mak aku.




P/s : nanti anak-anak aku, aku tak nak tekanka sagat pelajaran. Kalau boleh, biarlah dia belajar banyak benda lain. Muzik? Yes! Sukan pun boleh jugak. Apa-apa yang anak-anak aku minat, aku akan bagi galakan. Amboiiii.....

8 kata-kata jiwang:

Anisa Hang Tuah said... BALAS

result pmr saya tak membanggakan keluarga

hm

Kathy Tuah said... BALAS

kmk x aktif gilak time form 3 tapi result suam2 kuku juak..huhu

labulabi said... BALAS

kmk leh tido gik time PMR.hahaha.kmk malas nak blaja.ingat nak ambik teknikal jak la.org laki ne suka nulis2.wakaka.

~AmyLiana86~ said... BALAS

budak mrsm mesti result gempak giler..hehe

ztie said... BALAS

result pmr kmk terok sebab kmk boikot mak kmk sebab melarang kmk main boling. aie.. hahaha macam ya tek result mak aku nak. yahhhhh.. gik ko

Prince Halilintar said... BALAS

pmr prince buat main2 jer..hehe

nabilah_2908 said... BALAS

gifted la Amni ni...huhu... :)

.sweet-ants. said... BALAS

masa sekolah dulu sy x kuat study pon, tp result ok laa.. hehehee.. nasib kot.. tp kat u, kalau main2 sikit mmg hancur..

Newer Post Older Post Home