Monday, October 31, 2011

Dua Kerja Dalam Satu Masa

Selalu ada yang nasihat, hidup ni duit jangan dikejar sangat. Jangan sampai leka dengan kerja, amal kebajikan tak buat. Jadi dulu nak buat kerja lebih dari satu memang tak la. Sebab sibuk dengan program di sana sini. Balik rumah dah letih. 

Tapi sekarang, dah sangat jarang join program. Kalau ada pun, sekali-sekala. Cuma tak involve sebagai penggerak lagi. Banyak sangat yang buat aku berfikir. Dulu mungkin sebab terlalu ghairah. Sampai satu masa, terasa diri dah cukup. Mula mempertikaikan bila ada yang tidak sependapat. Manusia, diuji tak kira masa.

Aku stop sekejap. Berkhalwat di pedalaman. Merenungi diri. Selepas setahun, aku kembali ke sini. Slowly, kembali dengan program dan sebagainya. Cuma memang tak serancak mula-mula pembabitan. Ditambah dengan hambatan kerja.

Tapi aku masih belum puas. Ada degree tak cukup. Bekerja dalam bidang yang aku nak, tak cukup sebab masih banyak lagi ilmu yang kurang. Nak mintak kerja dekat tempat lain pun masih belum bersedia. Mengenangkan simpanan untuk naik haji dengan perkahwinan tak cukup lagi. Aku buat dua kerja dalam satu masa. 

Letih memang letih. Mula-mula buat untuk suka-suka. Tapi terasa nak serius selepas ni. Inikah yang dicari? Manusia memang tak pernah puas. Tapi aku puas aku bukan kerja makan gaji semata. Terasa aku menjadi manusia. Mengikut sunnah nabi untuk berdagang. Kerana rezeki itu 9/10 nya dari berniaga kan?

Betul-betul aku terasa menjadi seorang manusia. Insha allah, akan aku khabarkan beritanya bila sampai masa. Juga akan ku kongsi rezekiku untuk mereka yang memerlukan.  







p/s: Luahan hati seorang insan...

9 kata-kata jiwang:

labulabi said... BALAS

wahhh bermadah berhelah amni pagi tok eh. :).rejeki ada di mana2 yang penting usaha mok lebih.

Liyana said... BALAS

smg diberi kekuatan utk capai semua impian amni k :)

Umie Artoqiemie said... BALAS

otedah.. fighting!!!

SyAfaWaNi ♥‿♥ said... BALAS

insyaallah..kalu rezeki tu dah ditentukan untuk kita..cuma usaha ja yg perlu :)

Hanis MY said... BALAS

insyaAllah..rezeki pasti ada jika berusaha... kamon amni! u can do it..ganbatte ne!

Namee Roslan said... BALAS

takpe amni. macam sy pun msh lg mencari apa yg sy suka untuk buat dan sumber rezeki tu :)

Namee Roslan said... BALAS

kta same2 usaha okay amni. ada tu yg menanti kita :)

Yumida said... BALAS

kmk pn pnh molah 2 keja dlm 1 hari...for 4 months...kepak mmg x terkata la...cuma bila molah kj ya..ati mesti mau suka....bok bez kj...bkn sbb terpaksa or sbb nk crik duit seguni...mun x kita akan tired n kebosanan n kemuakkan

nabilah_2908 said... BALAS

bgus la tu Amni...

sy ni masih di takuk yg sama...makan gaji tiap2 bulan...

pernah terfikir nk buat kerja sampingan...tapi bukan la dgn berniaga...tgk la macam mana nnti.. :)

kalau nak lebih kena la usaha lebih kan...? lagi2 waktu rehat kena korban kan...

Newer Post Older Post Home