Sunday, October 23, 2011

Harus Semua Nak Tahu....

Memang sedari sekolah lagi aku ramai kawan lelaki. Tapi semuanya memang family aku tahu tak de sorang yang special dalam hidup aku. Dah la perangai memang agak lasak macam lelaki. Walau bertudung, tapi gaya agak brutal. Sampaikan kawan-kawan baik aku gelarkan aku lelaki bertudung yang cool. Ada ke yang nak kat aku? Eh?

Bila sambung belajar, aku cam agak berubah. Kawan-kawan lama jumpa mesti terkejut dengan perubahan aku. Aku sendiri rasa aku lain. Jiwa sensitif semacam. Pergi mana-mana mesti akan ada je kawan-kawan tegur, eh, lain eh ko sekarang, Makin ayu. Amboiii.. Ayu ke? Tapi memang gaya lelaki tu hilang dah. 

Lama aku di Johor. Balik sekali sekala untuk cuti. Aku mula bercampur dengan macam-macam orang. Rata-ratanya tidak mengenali latar belakang aku sepenuhnya. Dengan mereka aku belajar banyak. Tapi semakin banyak kita belajar untuk menjadi seorang insan, makanya makin kerap kita akan diuji kan? Di sana mengenali erti cinta. Kenal erti dikecewakan walaupun tak pernah ada status kekasih orang di sana. Hampir berkahwin diusia muda. Nyata jodoh belum sampai lagi. 

Balik Kuching, sesekali kakak aku yang sulung akan bertanya. Dah ada pakwe ke? Aku cuma gelak. Dan setiap kali gelak, abang aku akan pesan. Habiskan belajar dulu. Jangan nak berkawan dengan lelaki lebih-lebih. 

Suatu hari, dengan seriusnya selepas habis belajar, aku bagitau mak, ada orang nak datang merisik. Mak aku memang dah boleh agak siapa orangnya.  Gila menggeletar kepala lutut. Sampai menangis ni nak bagitau mak. Padahal mak aku cool je pon. Cuma, banyak yang mak aku soh pertimbangkan. Bila mak ayah kamu datang merisik, mak aku akhirnya bersetuju. 

Raya hari tu secara officialnya aku kenalkan kamu pada keluarga besar. Cuma masih ramai lagi yang tak kenal kamu sebabnya masa aku bertunang tu aku nak buat kecil-kecilan, macam adat nenek moyang kita. Cukup keluarga yang sangat rapat tahu. Dan jugak kawan-kawan terdekat. Bila dah jumpa family besar, of course cerita tersebar dengan berbagai rupa. Dan of course ramailah yang nak jumpa termasuklah kawan-kawan. Yerlah.. tak de aral, tak de lintang, tiba-tiba dengar cerita aku dah bertunang kan? Plan sebenar nak bagitau bila dah dekat nak kahwin. Tapi tak pasal-pasal ada yang pengsan kan... 

Dan tadi kat twitter, ada kawan lama nak jumpa kamu. Oh. siapakah gerangan lelaki yang mampu membuka pintu hatiku? 

Ehem.. 


9 kata-kata jiwang:

labulabi said... BALAS

hehehe.kmk cuma nanyak ngan kakak kmk camne nak ngator majlis betunang.lepas jak sehari banyak msg datang dari saudara mara nanyak bila nak betunang!!! wallla cepat sungguh crita ya merebak.kmk cuma nak tauk camne!! ya ajak.adohai kakak ku yang sorang!!.:)

Aliesha Kirana said... BALAS

ehem ehemmm...

Kotak Hati said... BALAS

buah hati amir!!! hehee... congrats ya sis~ =)

nurkaloi said... BALAS

sori tp sape uh #__#

Namee Roslan said... BALAS

kahwin esok eh !! jgn lupa jmput saya ya !! :D

oshinz said... BALAS

=) mesti dah nak kawen ni.. hehehe.

Hanamiko Sakura said... BALAS

wah! cepat2 nikah.. tak elok nak bina masjid dilambat-lambatkan.. hehehe

Yumida said... BALAS

pewit...

hope jodoh berkekalan hgg akhir hayat...amin

ainz said... BALAS

ehem..tak lama dah,ni... ;)

Newer Post Older Post Home