Thursday, October 13, 2011

Sakit Jantung

Anak sedara aku sekarang ni sakit. Anak kepada sepupu aku sebelah mak aku. Actually sejak lahir lagi dia ada problem. Cuma diketahui sejak dia sesak nafas bila dia mnum susu. Padahal baru jer sikit minum dia dah tak boleh nak bernafas. Masa tu umurnya tiga bulan. Bila pergi check kat klinik, doktor cakap dia ada masalah jantung.

Ingatkan tak serius. Tapiii... tak sangka dia perlu sampai dibedah dan kos pembedahan dia lebih daripada RM20k.. Tapi itu untuk pembedahan je. Belum tambah lagi kos perubatan dan lain-lain. Insha Allah 17th Oktober ni akan terbang ke KL untuk pembedahan.

Pak Ngah dan Mak Ngah aku dah buntu. Mana lah nak carik duit banyak tu kan? Kumpul adik beradik, sedara mara, banyak mana lah kan? Jadi, kawan Pak Ngah aku masukkan dalam news paper untuk mintak tolong, kot ada yang bermurah hati, yang sudi nak tolong untuk membantu meringankan kos rawatan si kecik ni.

Awalnya memang sepupu aku marah giler. Sebab bagi dia ni hal dia anak beranak. Tak perlulah sampai masuk news paper, mintak derma semua. Masa tu tegang jugak la sampaikan Mak Ngah aku cakap, kalau tak kerana kasihkan si kecik tu, takkan nak dia dan pak ngah aku usaha macam tu. Kalau ada cara lain, memang takkan sesekali buat macam tu.

Malu memang malu. Tapi ada cara lain ke nak dapat duit paling RM20k dalam masa yang singkat? Nak letak kat blog ni pun aku tak berani. Kang sepupu aku dapat tahu, dia marah pulak. Aku nak tolong lebih-lebih pun aku tak mampu.. Cuma berharap sepupu aku boleh kumpul duit tu sebelum operation. 

Hem... kesian si kecik.. Aku pun buntu... Hari tu masa ke rumah dia tengok dia kena guna tiub kat hidung, aku rasa sebak je. Tengok muka sepupu aku, sabar giler. Tu la kan.. Lain orang, lain ujiannya. Sedih... 


Sebelah kiri ni anak sepupu aku. Bukan yang sakit tu. Anak sepupu aku yang ibunya dah meninggal. Yang baju merah ni plak, si kecik Ahmed, anak adik aku.

11 kata-kata jiwang:

Puan Eka said... BALAS

amni,kena buat pembedahan kat mana??
kalau dekat IJN rasanya derang ada dana.. apple eka keje kat ijn,dia ade jugak bagitahu,kos untuk pembedahan kecil memang agak mahal...

Prince Halilintar said... BALAS

semoga anak sedara amni dpt pulih dan diberi bantuan sewajarnya..

Liyana said... BALAS

blh je klu awk buatkan 1 acc utk si kecik ni.. sian die.. sikit sorg pun blh tampung kos perubatan dia...

Cik Amni said... BALAS

Dear Cik Eka,
tak pasti plak.. tapi bukan IJN la.. IJN tu swasta ke? dia kat pusat jantung swasta.. tak tanya plak kat mana hari tu...


Dear PH,
amin.. mudah-mudahan.....


Dear Sis Liyana,
tu la kan.. tp sepupu amni tu bising... nanti tanya balik nak bagi kat acc siapa.. lupak plak nak amik gambar dia hari tu..

Unknown said... BALAS

kesiannya..jaik hati ngenang miak kecik yg baru nk belajar hidup kenak sakit camtok..mudahan nya cepat sembuh lekak operation kelak..

Puan Eka said... BALAS

a ah ijn tu kira badan berkanun amni

nabilah_2908 said... BALAS

sekurang2nya berikhtiar kan..? cari sumber2 lain..tidak la hanya duduk menerima takdir...

moga Allah permudahkan segalanya...

Namee Roslan said... BALAS

hey saya doakan dia ;'( sedihnya kecil2 lagi dah sakit. em cousin namee pun baby lg dah kena jantung berlubang :(

Zura Tahir said... BALAS

alahai kesian nye...

[sutera kasih] said... BALAS

piluk ati kmk mun dgr miak kecik ada mslh jantung..sikpat mek byg kecik2 ya operate & nanggong sakit ya..sedih aiiieee :(

hope nya cepat sembuh.

mrs 'afif said... BALAS

Iyer deh abg ahmed..hihi...comel2..

Newer Post Older Post Home