Wednesday, October 12, 2011

Untung Jadi Tunang Public Figure?

Bila sana-sini orang balik-balik cakap, untungnya jadi tunang artis, aku jadi bosan. Apa tunang artis bukan manusia biasa ker? Untung apa kalau jadi tunang engineer. Banyak duit. Yer.. kalau kerja dengan bos yang best, gaji ribu riban. Untung apa kalau jadi tunang doktor. Wahhh.. kalau sakit ada yang tolong ubatkan. Cuma cepat atau lambat jer. Untung apa jadi tunang cikgu. Ada banyak masa selalu. Macam la kan.. Untung jadi tunang.... asalkan dah bertunang tu, untunglah sebenarnya. Sekurang-kurangnya ada yang dah cop nak kita jadi bini, yer tak? Tapi lagi untung kalau dah kahwin. Sah jadi suami isteri.

Girls, tak senang nak jadi tunang atau sebahagian daripada hidup public figure. Evan tak glamour mana sekalipun, tapi ada sesuatu yang perempuan lain nak kat orang yang awak sayang, maunya makan hati jugak. Lagi lah kalau awak jenis yang kuat cemburu. Kalau tak tahan bila tengok orang yang awak sayang bergambar dengan perempuan sexy yang minat kat dia, dah tu siap pegang-pegang lagi, memang boleh jadi peranglah... 

Tak senang jugak kalau awak jenis yang nak perhatian 24/7 tapi dia sibuk dengan show, atau sibuk layan peminat. Kalau sebelum ada peminat dia rajin jer nak layan awak, tapi bila dah ada peminat, priority mungkin akan berubah sedikit. Yer la.. baru tunang kan? Atau maybe baru gf...  kalau dah kahwin lain pulak kisahnya...

Jugak tak senang kalau sebelum ni awak dengan dia selalu berdua, nak makan, nak gelak sukati ikut kata awak ngan dia, tiba-tiba bila dah jadi public figure, semua benda nak kena slow, nak kena kurangkan, nak kena tengok-tengok. Nak post something kat facebook, kat twitter pon kena hati-hati. Nak jaga hati peminat. Kalau salah cakap sikit, salah tingkah laku sikit, terus lah nak jadi isu. Padahal, kalau bukan dengan public figure, buat apa pun, tak jadi perhatian. Tak ke dah hilang kebebasan sikit kat situ...

Tengok Shahir dan Rozita Che Wan, kesian kan? Tiba-tiba cakap pasal mereka ni sebab dengar Single terbaru Shahir tajuk lagu Pendam. Giler sedih. 

Lirik Lagu Pendam -Shahir

Aku yang mengejar bayang cinta
Kian terbiar
Terpendam kata
Tak terungkap selamanya

Pedihnya hanya aku yang merasa
Mahu memilikinya
Aku hanya hamba cinta

Bisik hatiku lepaskan dirinya
Sungguh aku tak bisa
Biarlah ku sendiri
Tanpa kasih di hati

Aku tak mampu pertahankan lagi
Cinta yang menyakiti
Biarlah aku pergi
Tiada hampa di hati

Pedihnya hanya aku yang merasa
Mahu memilikinya
Aku hanya hamba cinta

Bisik hatiku lepaskan dirinya
Sungguh aku tak bisa
Biarlah ku sendiri
Tanpa kasih di hati

Aku tak mampu pertahankan lagi
Cinta yang menyakiti
Biarlah aku pergi
Tiada hampa di hati
Aku yang mengejar bayang cinta


Aku dah dengar malam tadi. Tiba-tiba rasa lagu ni macam ada kena mengena dengan hidup dia. Kalau betul lah kan... kalau betul... dia sebenarnya memang ada niat nak jadikan Rozita tu isteri dia, tak salah pun pada aku. Yang paling penting bahagia. Tapiii... sebab syahir ni banyak peminat, nak-nak plak perempaun, lagi-lagi kalau ada yang tak suka Rozita yang minat syahir, memang ramai lah yang tak setuju kan.. Kannnnn... hem... cerita dah basi. Rasanya dah senyap pun cerita ni, tapi aku boleh plak cakap benda ni balik. 

Apapun, aku doakan dengan siapa pun mereka, aku harap mereka akan bahagia. Kalau lah kat luar ada yang berniat nak hidup dengan public figure ni, fikirlah banyak kali. Mula-mula semua manis sayang... actually dengan yang bukan public figure pon sama. Cuma sebab dah nama pun public figure, bila jadi tumpuan, semua benda akan jadi bahan. Kadang benda yang tak de pon diada-adakan. Kalau awak jenis tak tahan dugaan, memang akan sakitlah...

Tapiiiiiiiiiiiii... kalau awak suka glamour, silalaahhhhh...... Sebab biasanya yang suka glamour ni tak kisah pon orang nak cakap apa kan.. err...


p/s: Tiba-tiba aku rasa nak delete entri ni. sejak bila jadi pengulas cerita gosip? haihh... Jap g kalau kamu baca, kena agaknya aku... Jap.. maybe nak delete lepas ni... 

14 kata-kata jiwang:

Anisa Hang Tuah said... BALAS

amni.sabar ye

:)

Amni said... BALAS

Dear Anis,
hikss.... tiba2 saya plak kena sabar...

♥ p a a n i ♥ said... BALAS

alaa relaks la amni..hihihihi

Cik Eka said... BALAS

ala janganla delete
mana ada gossip pon

contoh jer kan amni...

hehehe

Amni said... BALAS

Dear Paani,
heyyy.. apasal plak amni? ekekekek.... korang ni kan.. suka buat spekulasi tau..=p kenapa tak contact bila mai kuching?

Cik Shiqa said... BALAS

amni, suka ayat Untung jadi tunang.... asalkan dah bertunang tu, untunglah sebenarnya...


sabar k amni.. shiqa doakan amni baik2 saja. :)

Amni said... BALAS

Dear Eka,
eka jer memahami.. ekekek.. dorang semua ni semua soh amni sabar.. hahahhaha....

Dear Cik Shiqa,
no worries dear.. saya baik2 saja.. shiqa pun tunang orang kan? untung kan dah bertunang sebenarnya.. hee..

Cik Eka said... BALAS

hahahaha..kena baca dari awal hingga habis baru kita faham..dan komen..

kan??

hihihihi

nabilah_2908 said... BALAS

yupp..itu la realiti nya...bukan mudah bila dah jadi public figure..

nak buat apa semua orang pandang...tak boleh silap sikit..pasti kena...susah kan..?

lagi best kalau jadi orang kebiasaan...apa pun boleh.... :)

Miss Dolce and Gabbana said... BALAS

yup benar.Bukan senang nak jadi tunang kepada public figure.Tengok contoh KFCM dgn blogger jejari runcing sebab KFCM terlampau byk peminatlah akhirnya mereka putus tunang.

true indeed banyak benda yang kita kena jaga.Hope dear baik2 jak la.sebab kamu ya mula nakdikenal org dah :D

Namee Roslan said... BALAS

kita lihat saja kisah elia dan khairul fahmi tu. elia gak kena teruk. tapi amni dan amir ni dua2 kenis humble..so insyaAllah baik2 aja :D

Zura said... BALAS

lebih selesa org xkenal sgt kan..bebas buat ape je...nie kan gerak sikit dh kena komen dlm paper...pape pun beware sentiasalah...

[sutera kasih] said... BALAS

kmk dh terlepas entri ktk Tunang Artis Merajuk Sebab Kena Tegur!

apahal ya deng? problem ka?

sbr jak ktk k? mmg byk dugaan ya..kmk doakan ktk tabah dan kuat dgn apa2 ujian spjg hbgn dgnnya..

Syahirah Suhaili said... BALAS

apa kes sbenanya syahir? haha..ooppss..kmk missed samting ka..haha..mena2 mun da jd tunang ya,dah untong la ya..lgk gf tok lom sure pa2 gk nak ow..hehe..

Newer Post Older Post Home