Wednesday, November 23, 2011

Bunuh Diri Terjunkan Diri dan Kereta Viva Di Jambatan Satok...

"Dari jambatan gantung Satok, kereta Viva nekad drive ke dalam Sungai sarawak. Mangsa belum ditemui - info dari kawan"

Terkedu baca tweet dari kawan pagi tadi. Masuk office, tanya balik kat kawan, katanya kejadian ni pagi tadi. Oh. Seriusss.... 

Terbayang aku dia bukan nak bunuh diri, tapi lose control dan kereta ter'terjun' di Jambatan Satok. Ni bukan kejadian pertama. Er.. Maksud aku, kes bunuh diri di Jambatan Satok. Sebelum ni ada dua kes yang aku dengar, satunya sebab sorang tu sakit dan ada kemungkinan besar tergelincir. Macam mana, Allah je tahu. 

Aku tetap yakin kakak tu tak de niat nak bunuh diri walaupun ramai cakap dia bunuh diri. Masa tu memang aku sedih giler sebab sebelum tu aku janji nak belikan kakak tu handphone. Kakak tu kenalan kepada adik aku, masa adik aku kerja kat kantin DBKU. Baik orangnya. Cuma memang ada banyak masalah keluarga. Kesian sangat. Masa aku janji nak belikan dia handphone tu, dia ke rumah aku sebelum adik aku kahwin. Aku dan kamu hantar dia balik lewat maghrib sebab dia ke rumah aku pun naik van sapu. Dah nak malam, memang susah nak jumpa van sapu yang dapat hantar ke rumah dia. 

Tak sangka tu la pertemuan terakhir. Aku dapat berita tu masa aku kursus sebulan lebih lepas kejadian tu. Kecoh jugak la.

Dan yang sorang lagi, lelaki. Orang cakap, bunuh diri sebab dia frust kena tinggal dengan awek dia. Tak apsti betul ke tak. Hmmm... kalau betul kan... tak tau nak cakap apa.... Ada orang dapat handle masalah, ada orang tak dapat kan?

Teringat perbualan aku dan kamu Subuh tadi,



Kamu : Jangan stress sangat. Nanti buat kerja tak rasional..

Aku : ehhh... apa pulak?

Kamu : Tu sebab ada kes orang bunuh diri pe semua tu...

Aku : Takkan la stress sampai nak bunuh diri..

Kamu : Jangan cakap macam tu.. nanti Allah uji kang....








p/s: Mudah-mudahan iman yang sedikit ni bisa menjadikan aku tabah dalam menghadapi apa jua dugaan hidup. Kalau dulu boleh, kenapa tidak sekarang kan? Insha allah...

8 kata-kata jiwang:

Lady Shana Sweet said... BALAS

InsyaAllah.. (^_^)

sieyla alissa said... BALAS

harap2 diri sendiri pun dapat kawal perasaan even prob yg besar mnenimpa.harap2 amni pun sama.aminnn...anyway sieyla follow blog amni taw~

Bui Junaidi said... BALAS

ada kmk dgr cerita tok pagi tek d blog amir

eiii,kenaklah molah tindakan sampei cmya sekali

zahidahwahid said... BALAS

bila kes tok? dah la kmk ada mimpi bas bunuh diri...terjun dari fly over...entah apa2 jak mimpi ya....

New Entry: Q:Siapa yang menjadi pilihan

gadisBunga said... BALAS

insyaAllah, kite sama2 doa semoga kita kuat menghadapi ujian Allah. yang penting bersederhana dalam segal segi..

Lizzie Yasmin said... BALAS

MMg senang settle masalah dgn bunuh diri, tp tak settle dengan Tuhan kiamat nnti..

sieyla alissa said... BALAS

sieyla tag awak tau..
jon join giveaway nih..hehehe
http://santaigedik.blogspot.com/2011/11/jom-join-giveaway-by-triple-f.html

Vivi Lim @ Mrs.Nurulazmi said... BALAS

aduh...seriau kak v nengar kes bunuh diri tuk eh...
mudah2an iman kita semua terus kukuh n kuat =0).

Newer Post Older Post Home