Wednesday, November 23, 2011

Harimau Muda Kalah Lawan Syria, Sujud Syukur

Baru lepas tengok game Harimau Muda lawan Syria. Sakit kepala pun nak jugak tengok. Lagi la bila dah janji nak update bola dengan kamu sebab kamu tak dapat nak tengok bola sebab dalam bas dalam perjalanan nak ke kuala lumpur dari perlis lepas showcase di UiTM, Arau untuk promosi #DigiJelajahDesa.

Awal-awal dah cakap dalam hati, kalau Harimau Muda kalah, memang aku tak kisah sangat. Sebab memang tau mereka sangat letih lepas Sukan Sea. Tambahan lagi lawan pun bukan calang-calang team kan? Aku nampak Syria main memang cantik. Lebih menguntungkan sebab pemain-pemainnya besar, tinggi dan tegap. Memang tok sah nak banding ngan pemain kita la.

Tapi, tak bermakna Harimau Muda tak bagus. Nampak mereka dah bersungguh-sungguh. Berusaha walaupun bola kat kaki tak lama. Walaupun bolos jugak dua gol. Dua-dua gol tu macam tak sangka pulak. Tapi memang pemain Syria banyak menyerang. Bahagian pertahanan mereka pun sangat bagus.

Walau apa pun, kita menang atau kalah, Malaysia tetap di hati. Ada lagi game yang menanti. Harapnya ada rezeki kita nanti. Dan harapnya, penyokong Malaysia janganlah bila menang dipuji, bila kalah dikeji. Tengok tadi kat stadium penyokong Malaysia langsung tak bersemangat bila Syria dah bolos. Kalau kita tak semangat, apatah lagi Harimau Muda kan? Jadi, eloknya, macam mana sekalipun rasa kecewa, terus lah sokong Harimau Muda sampai ke akhir waktu. Yey!

Suka tengok pemaian Syria bila dapat masukkan gol, sujud syukur ramai-ramai. Dah tu bila menang, sorang-sorang sujud syukur kat tengah padang. Tabik springggggg!!!!



P/s : aku update bola kat twitter. Entah kamu baca ke tidur ke tengok movie! Pandaiiii! Okey bye!

3 kata-kata jiwang:

Juliet_iRa~" said... BALAS

hee..

ira xtgk tp ada gak org update kat fb psl pemain syira sujud syukur ni..

xpe diaorang menang sbb diorang pon negara Islam..:)

aliesha kirana said... BALAS

btol2! kesian dorg keletihan. AK ttp sokong pasukan malaysia, menang atau kalah. huhu.

tp smlm tak tengok game tu, sebab AK yg keletihan. hehehe

Eera Shera said... BALAS

betul. kagum tgk dorang sujud syukur kat tepi padang tu

Newer Post Older Post Home