Tuesday, November 22, 2011

Trofi Yuna Ditarik Balik - Anugerah Lagu Terbaik 'Penakut'

Kecoh kat twitter pasal Trofi Anugerah Lagu Terbaik yang disandang Yuna untuk lagu Penakut sebelum ni kat AIM 2011 telah ditarik balik. Terkejut jugak. Ini disahkan benar oleh Yuna sendiri kat twitter. Siapa follow dia memang perasan tweet dia dan pihak Gua. Aku bukanlah fanatik dengan yuna. Tapi macam betul tak adil untuk Yuna, dah dapat hadiah, pastu orang nak tarik balik. Cuba kalau kita?  

Berbalik pada cerita ni, aku dapat tau trofi tu akan diberi kepada pencipta dan penggubah lagu Sedetik Lebih, Edry KRU. Tak cakap lagu Sedetik lebih tu tak best. Cuma yang kelakarnya, dikatakan Yuna tak menang sebenarnya, cuma salah kira. Eh? Boleh pulak. Tak kan tak de yang audit kan? Takkan dari mula tak hairan lagu Yuna boleh menang. Ke Yuna yang patut menang untuk lagu pop terbaik? 

Pelik dan memalukan. Malu untuk dua-dua pihak. Maksud aku AIM sendiri dan Yuna jugak la. Semua orang dah tahu dia menang, alih-alih kena traik balik. Kenapa lah nak buat macam tu. Kenapalah tak fikir perasaan orang tu. Kalau pun salah kira, bagi je la kat Yuna tu. Anggap tu rezeki Yuna, tak boleh ke? Haihh...

Makin hari, makin pelik dan makin tak best pulak Anugerah di Malaysia ni...






p/s: Cuma pandangan peribadi aku.. Sedih!


5 kata-kata jiwang:

miss nina said... BALAS

boleh macam tu ye? tak berapa profesional la camni. tak patut

Ezy Chiaki said... BALAS

huhu..
cian kat yuna..
xptot la tarik balik camtu..

Miss Dolce and Gabbana said... BALAS

Benar? baruk sari sik bukak dah macam2 kes jadi.Tedah Yuna.Biarlah yakan rezekinya.Kira mcm bila anugerah ya ditarik balik mcm mengaibkan Yuna bah.Kesiannya.Tapi ya bukan salah Yunakan?

peminat setia Yuna.lol :)

♥ p a a n i ♥ said... BALAS

walaupun aku xminat dia, tp serius tak patut mende ni berlaku kt dia. or utk mane2 artis lah.. dh bagi, nak amik balik..ade ke patot...

Liyana said... BALAS

kesian plk kt yuna ek, walaupun x minat die, tp x elok kot buat camtu kan

Newer Post Older Post Home