Tahun ni 2011 eh? Rasa macam masih dalam tahun 2010. Padahal dah nak penghujung tahun 2011. Aku masih lagi berangan kat tahun 2010. Cepatnya masa berlalu kan. Pejam celik, pejam celik, rupanya lagi dua bulan nak anniversary pertama kali jumpa dengan kamu semenjak pertemuan pertama masa kamu umur lima tahun. Lepas jumpa sekali masa kamu umur lima tahun, lepas tu tak jumpa-jumpa dah sampailah tahun 2008, masa tu kamu form 4, aku dan kamu jumpa balik dalam satu program.
Seperti yang ramai sedia maklum, memang aku dan kamu bukan bermula dengan couple pon. Cuma pernah dulu, dalam aku dilema nak memilih yang terbaik antara yang terbaik di sekeliling aku, okey gila bunyi macam hot! Tiba-tiba terdetik nak tanya dengan seorang kawan lama yang selalu cakap nak aku jadi isteri dia, nak aku menantu mak dia dan bla-bla-bla.. Kawan tu umurnya 23 tahun masa tu.
Aku : Kitak rasa kitak akan ambik kamek jadi isteri kitak sik kelak? (Awak rasa awak akan amik saya jadi siteri tak suatu hari nanti...?)
Kawan : Insha allah, mun ada rezeki... (Insha allah, kalau ada rezeki).. Kenak? (Kenapa?)
Aku : Sikda... saja tanyak... (Tak de.. saja tanya... )
Kawan : Banyak nak pikir sebelum nikah... kerja pun belum tetap... bla.. bla.. bla... (Banyak yang kena fikir sebelum kawen.. Kerja pon tak tetap lagi... )
Memang pun kan kalau kahwin memang banyak nak kena fikir. Macam-macam yang perlu dirancang. Bukan kerja mudah. Tapi aku salute lah kawan aku, blogger jugak, Ztie boleh prepare nak kahwin dalam masa sebulan jer. Jadi, memang tak mustahil lah kan? Bukan sebab dia terlanjur ke apa eh.. Tapi sebab mereka laki bini nak sambung belajar.
Gila suka gambar ni. Kredit to Fuh Santai. Betul ker Yusri dan Lisa nak kahwin 2012? Besttttttt!
Balik cerita soalan kepada kawan lama tu, aku tanya kat kamu jugak. Masa tu, tahun 2008, di awal perkenalan aku dan kamu dan kamu selalu tanya kat aku, nak tak couple dengan kamu kalau kamu dapat masuk UiTM.. Sekarang UiTM ker? Nan ado. Dalam list cakap kat aku tak pernah nak jadi Ahli Muzik. Tapi alih-alih, sekarang jadi Ahli Muzik, belajar di ASWARA. Cinta itu buta. Fine!
Aku : Kitak rasa one day kitak akan nikah dengan kamek sik? (Awak rasa one day nanti awak akan kahwin dengan saya tak?)
Kamu : Of course kamek akan ambik kitak jadi isteri kamek... (Of course saya akan ambil awak jadi siteri saya... )
Tengok jawapan kamu dan kawan aku. Beza ke tak beza jawapan budak umur 16 tahun dengan kawan lama yang umurnya 23 tahun? Well.... Mungkin sebab kawan lama tu banyak benda dah dia lalui, sebab tu dia banyak fikir. Ke sebenarnya banyak alasan? err... Seperti yang aku cakap kat kawan aku Fiza yang sedang dilema nak terima tak lelaki yang propose nak kahwin nagn dia tapi masih banyak sangat benda nak fikir... "Mun laki ya benar mok dengan kita, segala masalah ya sikkan jadi masalah.. sikkan banyak gilak benda nak fikir.. once dah decide nak kahwin, segala masalah ya akan jadi mudah jak. Sikkan ada banyak alasan dah. Banyak sangat alasan akan polah keadaan makin complicated..."
Kalau lelaki tu betul nak kat kita, dia takkan banyak beralasan. Segala masalah akan jadi mudah jer. Sebab dia tahu apa target dia. Banyak sangat alasan akan buat keadaan makin complicated.
Itu pada pandangan aku lah. Dan kerana jawapan kamu itu, walaupun aku sendiri tak pasti apa akan jadi pada masa depan masa tu, aku tanam kat dalam diri aku, kalaulah... one day, betul keluarga kamu masuk meminang, aku akan terima. Of course kerana aku pun memang ada perasaan kat kamu walaupun tak pernah mengaku. Kedua kerana keyakinan kamu dengan apa yang kamu cakap...
Dan siapa sangka aku jadi tunangan kamu sekarang.. kan??
p/s: Sekolah pon dah fikir kahwin.. Budak-budak sekarang....hailaa..