Wednesday, November 2, 2011

Kecoh Tentang Schaza Zedane Hina UNIMAS dan SARAWAK

Nama nak macam orang putih aje. Hiks... Siapa baca semalam memang berapi la kot. Yang tak tahan nyer, tajuk entri dia tu. 


Aku di semenanjung, to be excact, aku kat Johor, 4 tahun. Selalu orang tanya soalan lucu kat aku. Tanya aku dok atas pokok ke. Tanya aku pergi sana naik apa? Err.. ada jalan lain yang lebih cepat kecuali flight ke? Naik heli aku tak mampu. Naik kapal lama sangat. Ada jugak tanya, betul ke orang sini keluar pakai cawat?

Adoyaipunnn... Tak tau nak salahkan sapa. Tapi mungkin kerana media salah bagi gambaran tentang Sarawak. Balik-balik tunjuk orang di pedalaman. Balik-balik tunjuk Sarawak dan pakaian tradisionalnya. Tapi bila difikirkan balik, tu kan promosi namanya. Cuma jadi salah bila yang tradisional ditunjuk, yang pembangunan, jarang pulak nak dihighlight kan.... Jadi orang luar mula lah tanya soalan yang biasa bagi mereka, sensitif bagi warga Sarawak. Jadi lebih sensitif bila dipersendakan.

Ah.. itu cerita 4 tahun dulu. Sekarang yang dok kutuk-kutuk tu dah jadi member kamceng. Siap beriya nak datang Sarawak, mintak aku bawak jalan-jalan. Dengan besar hatinya. Tak de pun istilah Sarawak nak pinggirkan Semenanjung. 

Kesian aku kat budak tu. Dia datang Sarawak, belajar di UNIMAS, kutuk UNIMAS, kutuk sistem UNIMAS sebab sistem merit yang wajibkan aktif kalau tak kena tendang dari kolej, marah polis bila polis mintak pasport kat kawannya yang sesat di Serikin tapi dia sebut Sarikei.. Matilaaa... Siap pertikaikan kenapa Sarawak ni nak kena pakai pasport. Untuk pengetahuan rasanya sekarang tak perlu dah kot pasport tu kalau sekadar nak melancong. 

Cuma kalau awak sesat kat Serikin memang awak kena ada pasport sebab tu sempadan Indonesia. Jangankan awak orang semenanjung, kami yang Sarawak pun kena ada pasport kalau dah lebih had sempadan. Yang kelakarnya kenapa lah nak pertikaikan pasal pasport. Dulu sejarah kan ada bagitau hak Sarawak sebab join Malaya. Itu ada dalam perlembagaan kot. Adoyaiiipun.. Sekali lagi dia kena hambur sebab Sejarah tak tau sedangkan dia cakap pointer dia kat Matrik boleh tahan jugak tapi kena tendang di UNIMAS. Memang lah sangat kesian.... Hidup memang macam tu kan? Yang kita tak nak tu lah yang biasanya kita dapat.

Tak cukup dengan tu, dia marah pulak kes dia kena aktif kalau tak buang kolej. Boleh pulak dia cakap warga semenanjung TAK BOLEH BELI RUMAH di Sarawak. Kakak ipar aku orang Kelantan boleh je beli rumah. Dan ramai giler staf dari Semenanjung yang kena pindah ke Sarawak dapat beli rumah. Ada yang nak bermastautin lagi kat Sarawak. Jadinya tu cuma luahan awak dan segelintir orang je kot. Tak semua pun orang Semenanjung ada perasaan macam awak. Tapi awak cakap tu luahan rasa semuaaaaa orang Semenanjung. Haihhh....

Kutuk UNIMAS memang nak kena ngan warga UNIMAS lah kan? Sekali orang pentadbiran baca jugak entri dia tu. Siap tinggal komen cakap hari ni dia akan dipanggil dan akan dikenakan tindakan yang tegas. Kerana mulut badan binasa. Memang tak dapat nak cakap apa lah. Dah terlepas. Harapnya jadi pengajaran lah. Tapi kat twitter dia boleh gelak-gelak macam tak de perasaan la pulak bila orang nasihat dia termasuk ada yang Sarawakian emosi pergi maki hamun dia. Tu memang kita tak dapat nak kawal la kan... Jangan kacau orang kalau tak nak orang kacau kita.. Tapi pada aku, dia tu pura-pura je buat-buat senang hati macam tak de apa berlaku. Dalam hati mungkin cuak, cuma tak nak tunjukkan. Agak-agak apa tindakan kementerian eh? Dia siap marah UPU lagi sebab dia kena tendang ke UNIMAS. 

Dari rasa kesian, aku jadi cam marah giler plak kat dia. Eh? kenapa eh kau macam tu? Nak mintak perhatian ke? Haihhh.... Dia siap cakap hukum agama kat sini tak ketat sebab lelaki dan perempuan boleh dok satu rumah. Eh? Itu pilihan la. Kalau kau baik, ko takkan buat benda macam tu kan? Cakap macam dah penuh sangat ilmu didada. Cakap macam kau tak bergaul dengan lelaki. Cakap macam kau pakai tudang litup. Ketat macam mana pun undang-undang Islam dijalankan kat satu tempat, tapi kau tak nak ikut, tak jadik jugak kan? Itu individu nyer perangai lah. Aku soh dia delete semalam. Pagi tadi aku bukak ada lagi. Eh? Apahallll? Memang suka kena seranah ke apa budak ni? Sat gi pergi UNIMAS bergerak ke mana-mana ko kena maki depan-depan baru nak insaf ke? 

Dia cakap dia lambat delete entri tu sebab line tenet lembab.. Hokeyyyyy... Sila maafkan...

Rasanya ramai yang soh dia mintak maaf. Tapi nama pun manusia kan? Sekali tercalar, kata maaf tak tentu lagi dapat buangkan perasaan sakit tu. Amik masa. Dia buat entri mintak maaf. Baguslah dah mintak maaf. Tapi lepas ni sudah-sudahlah buat entri yang dok cakap pasal kenegerian, kebangsaan ni. Kita kata kita satu Malaysia, tapi kenapa la nak kutuk negeri orang, bangsa orang. Tu sangat lah sensitif. Kerana perkara macam tu lah buat kita berpecah belah... 

Dan kepada dak tu. Sangat kesian. Lepas ni mengadap la budak-budak UNIMAS sekali dgn pentadbiran. Katanya berani buat berani tanggung. Tapi nak tanggung sampai bila? Sebelum ni kutuk dak Kelantan, lepas tu carik pasal ngan orang Sarawak... Kalau aku, memang quit la, mintak tukar tempat lain. Err... dan delete je terus blog tu,,,, 






p/s: Pengajaran untuk kita jugak kan? Memang blog tu blog kita, sukati kita nak tulis apa. Tapi jangan sampai apa yang kita tulis tu melibatkan isu sensitif... 

p/s: Mungkin budak tu kurang matang. Tapi kalau kurang matang, tapi beradab, tak de la keluar entri macam tu kan? Errr...

p/s: Dan pleasee.. warga Sarawak yang terasa ati, kita manas boleh. Tapi boh sampe sumpah seranah okaiiii? Kita kan sopan santun orangnya.. hihi

p/s: sat gi couple ngan orang Sarawak or Kelantan, memang aku gelak ah! Upssss....  Terlebih sudaaaaa... 

p/s: Nak lebih best? Baca entri Kak Diana, ex-student UNIMAS dari Selangor.. 

22 kata-kata jiwang:

naxirahShiitake said... BALAS

kamek baruk kak baca blog nya ya marek. puihh. nak berasa panas ati. sekatinya jak. kmk kat semenanjung nektok, kat pahang. the fact that, kmk org swk kt sitok tersangatlah minority, 90:10 jak. rasanya apa yg mekorang rasa sitok lebih terok bha. tp sikda pun complain gtok. biasalah, lumrah kita hidup kat tempat orang, mestila ikut flow org nak, sik nak orang ngekot flow kita. bodo kali miak ya. kmk tok siap kenak anok ENDON indah tek oleh rang sitok, ilek jak. dah tauk dirik minoriti nak. berasap eh.

LiN IBRAHIM said... BALAS

Aok lah kan. Pompuan ya kan main gik madah satu mlsia, tapi nya pun mcm nak melaga2 kan bangsa. Nya mintak phatian kot. Apa padah u nang i stuju gilak. I share entri ya kat page i.

Kathy Tuah said... BALAS

kmk pun ada baca statment berani matinya malam tadik..huhu..

Miss Dolce and Gabbana said... BALAS

Deras Amni dalam tok.Tapi nang benar juak bah anak yasik matured alu jak.Dah duduk tempat orang polah la cara duduk tempat orang.Mun sik suka get lostlah oh.

Kmk sempat komen dekat blognya juak semalam.Nang paloilah orang kedak ya.Sapanya nak pertikaikan hak asasi kita.Memang dah termaktub dalam perlembagaan.Ada sorang ya nang siyes manas gila dengan biak ya sampei Tunku Abdul Rahman sekali disumpahnya.

Mujur kak lehot sik maca benda tok oh.haha.Panjang kali jak komen.haha.

Munnafendy said... BALAS

kesian budak nih.tak pikir panjang la tu bila buat entry...emo sgt..

patutnya bsyukur la dpt jgk masuk u,ada org yg tercicir wpun result gempak.

Umie Artoqiemie said... BALAS

sumbat nya gi serikin baruk nya tauk haha

Mrs. Ichiban said... BALAS

Skali nangga pandey kawen ngan org sarawak or org kelantan miak schaza tok. Amiiiinnn...

♛ Dea Arematt ♛ said... BALAS

moha dak unimas... knk intey miak ya lak.. hehe

aliesha kirana said... BALAS

xtau lak pasal hal ni. hehe. tp k U mana2 pun, kalau nk terus duduk asrama, mmg kene aktif. hihihi.

Yumida said... BALAS

hope nya blaja dri kisah ya...iboh emo glak dgn sesuatu hgga lupa di mana nya berada kinek tok...kurang matang? kali juak

cik helena said... BALAS

alaa tak sempat najk baca entry tu laa..tp dia leh lagi buat entry pasal semangat kenegerian??

gile ke hapa??tak cukup kene hentam??

gila ini budak..

Terbang Bersamaku said... BALAS

tak patut lah mcm tue kutuk2 negeri orang..tak beradab orang mcm nie...

labulabi said... BALAS

mun nangga dari blognya.semua benda nak di komennya.lamak juak ngerugak blognya marek.hahaha.tapi 2 ari lepas nya dah tersilap langkah.hahaha.kmk pun emo juak.tapi org tua madah terlajak peraok boleh di gostan telajak kata badan binasa.mun kmk jadinya kemas barang balit jak.x perlu lamak2 kat ctok.kita sik tauk ati org.harap jadi pengajaran untuk yang lain.

green apple said... BALAS

Hi Amni,

Laaaaaa....patut la awak cakap hari tu suka Amir...bila akak masuk sini baru teringat, akak promote Amir ni kan dulu kat blog?

Amboiiiiiiiiiiiii, kemainnnn.

Wan85 said... BALAS

http://wanwidget.com
haiya, mcm mcm skrg, hehe

Amni said... BALAS

Dear Kak Diana,
hahahahahahaha.... nak cakap tunang kt depan orang, macam over la pulak..mcm promote diri sendiri.. hahahaha...

baca banyak kali komen... macam percaya tak percaya je kak D komen... =p

princess ayu said... BALAS

kamek setuju....sebab stereotype di media mass tengok iklan pasal org rumah panjang and rupa tradisional ya menyebabkan sidak masih fikir kita tggal di atas pokok perhubungan utam apke sungei...kmk pun pernah kenak tanyak soalan ya juak dolok..diam atas pokok kah?? hahaha kassian sidak ada google tpi sik pake kemudahan...


peace!


PTPTN dihentikan mulai 2013?

khairunnisa ♥ said... BALAS

kesiannya sebab nya sik kesian dengan dirik nya sendirik >_<"

actually bleh jak hidup d cney cney asalkan pandei adapt. emo pagi pagi mek baca schaza tok >_<

take care ^_^ <3

Miss Azie Cheng said... BALAS

bagi kamek, she's a typical attention-seeker whore.. sorry to say lah.. telajar perauk dapat ditarit, telajak post barang kat internet, susah kitak nak narit koh.. :D mulut senang madah "mintak maaf" tapi kamek rasa pasti ada orang nak akan terkesan dengan isu tok. just prepare to face ur nightmare throughout ur whole life starting now lah.. u asked for it, u got it.. :D

Cik Eka said... BALAS

tak sempat baca amni..sebab dia dah delete..hot jugak asenyer

nak kutuk pun tolong jgn kutuk2 negeri2 semua ni...

kita ni nak gaduh watpe..
macam tak matang jer

❤ Qaora ❤ QQ ❤ said... BALAS

buat apa mara UPU..dia yang pilih sendiri Unimas dalam salah satu 8 pilihan time isi UPU..

❤ Qaora ❤ QQ ❤ said... BALAS

buat apa marah UPU..dia yang sendiri pilih Unimas dalam salah satu 8 pilihan masa isi UPU..
kalau dah takut pergi negeri org, patut x payah pilih U yg ada di negeri org..

Newer Post Older Post Home