Aku tak pasti, aku sorang je ke pernah jumpa orang macam ni.
Situasi 1 : Pegawai Bajet Tau Semua
Pegawai Bajet Tau Semua : eh, barang-barang tu letak kat bilik bos la..
Kawan (fiza bukan nama sebenar): tapi boss suruh letak dekat meja saya dulu. Nanti dia sendiri masukkan kat dalam bilik dia..
Pegawai Bajet Tau Semua : tak pe.. Letak je dalam bilik boss..
Kawan (fiza) : hemm.. Baiklah... Tapi tak de kunci bilik bos.
Pegawai Bajet Tau Semua : nah kunci.
Bila petang, boss masuk office, bos marah-marah sebab pandai-pandai je buka bilik dia tanpa izin. Menyusahkan bila ada Pegawai Bajet Tau Semua ni.
Situasi 2 : Peminat (perempuan) Bajet Rapat dengan Semua #Retis
#Retis : *tweet picture* ini untuk saya dan isteri saya.. (gambar cupcakes bentuk love ada dua)
Peminat Bajet Rapat dengan Semua #Retis : eh? Ingatkan betul gambar dengan isteri. Tertipu je.. Hahahaha...
Isteri #retis yang kebetulan sedang tweet jugak tanya kat Peminat Bajet Rapat dengan Semua #Retis,
Isteri #retis : eh? Apa yang tertipunya?
Peminat Bajet Rapat dengan semua #retis : awak ni lambat laa... Cuma baca tweet #retis tu dari awal. Kah kah kah
Isteri #retis : eh, betulla.. Dia tweet cupcakes untuk saya dan dia.. Hee..
Peminat Bajet Rapat dengan semua #retis pun tak puas ati, dia tanya kat #retis tu betul ke apa yang isteri #retis tu cakap. Dan #retis tu balas balik, memang betul apa yang isteri #retis tu cakap. Ha kannn.. Lepas tu malu la kau.
Banyak lagi situasi yang aku jumpa. Entah apa-apa je. Kan dah memalukan diri sendiri. Awak je rasa awak tau semua, awak je rasa macam awak je best, padahal??
Lepas tu aku tak paham situasi yang paksa2 #retis nak reply tweet, suruh retweet yang mereka de tweet dengan #retis. Eh?? Sangat tak munasabah orang yang terlalu nak perhatian ni. Sampaikan ada sorang #retis ni cakap, 'tolonglah jangan paksa saya, saya tak mampu layan semua, saya pun ada kehidupan sendiri..'
P/s : saya tak cakap awak, tapi kalau awak terasa, maaf la yer. Saya cakap general je.. Selamat berhujung minggu..
3 kata-kata jiwang:
pedas nih pedas. hahha.kalau depa baca..habis tercucuk hati. hehe/ :D ahah, takpe. bg pengajaran sikit.
biasa ada yang begit mahukan perhatian.jadi dia mahu kelihatan hebat dan serba tahu untuk semua hal.
dear namee,
habisss laaa.. Just pelik tgk org mcm ni. Hopefully yg ada buat mcm ni, lepas ni jgn la hentam, tapi amik sebagai pengajaran.. =D kdg2 tak perasan pun buat macam tu kan?
Dear rose,
heyyy! Rindu kau!! Kannn.. Mmg ada yg mcm tu.. Nak kan perhatian, rasa semua tau, nak dia je lebih. Hemmm.. Kadang mmg boleh gila dibuat org mcm ni. Balik-balik dia. Adoyaipun!
Post a Comment