Wednesday, July 11, 2012

Bahaya Kerja Sendiri

Malam tadi masa nak transfer untuk bayar order baru yang insha allah datang petang ni, baru perasan kad ATM cimb tak de dalam purse. Haih. Geramnyaaa... Aku rasa tercicir pada malam semalam aku transfer duit kat atm machine yang sama jugak.

Balik, habis satu bilik aku geledah, still tak jumpa. Lega bila call customer service cimb, mereka cakap tak yah report polis. Just pegi je cimb bank.

Pagi ni plan awal nak ke bank. Dari sejam ke sejam, masih gak lepak amik order & reply komen kar facebook. Tau-tau jam dah pukul 10 pagi. Terus amik towel nak mandi katanya, yer.. belum mandi walaupun dah pukul 10.

Lalu dapur, tengok ada makanan kat atas meja makan. Tempoyak goreng. Tengok ada nasik. Oh no! Harus makan dulu, lunch nanti tak yah makan lagi. Bawak nasik masuk bilik sambil tengok tv. Habis je, hantar kat dapur, teringat towel tinggal kat bilik.

Masuk bilik balik, check hp, ada 4 miscalled dari kamu. Dan dan call kamu, lepas borak sambil baring. Tiba-tiba rasa nak tidur balik. Harus la ngantuk lepas makan. Lagipun nak mandi lepas makan, nanti boroi. Lol. Kalau dah malas tu memang banyak la alasan nya.

Tengok! Bahaya tak bahaya kerja sendiri. Lagi-lagi bila rasa malas giler tu datang? Jam 11.37, tapi aku still atas katil, sambil type ni dan tengok dekorasi kat tv3. Rasanya lepas ni nak sambung tengok wanita hari ini pulak. Huwaaaa...

Kerja sendir bessssttttttttt tapiiiiii.... Sila sambung sendiri. Tidur pun best jugak ni. *thinking* pukul berapa la nak keluar?



P/s ; saya ada jual sampul duit raya. Limited edition. Siapa cepat dia dapat. Murah je. ;))




Sent from my HTC

1 kata-kata jiwang:

*Vivilicious* said... BALAS

bestnya kerja sndiri..huk..huk..mok juak!!

Newer Post Older Post Home