Tuesday, July 10, 2012

Makan Gaji VS Kerja Sendiri

Gambar sekadar hiasan. Baru sampai stok, dah licin. Kena restock balik. Alhamdulillah, rezeki. Orang sekat macam mana pun rezeki kita, insha allah, adavje rezeki yang kita tak sangka-sangka akan datang.

Untuk 3-6 bulan ni aku plan nak fokus dengan bussiness catalyst dulu selain raya ni nak business popia dan cornflakes pedah. Nak tempah? Dah boleh dah. Yeay!! Lepas tu baru fikir nak cari kerja dalam bidang sendiri.

Kerja makan gaji ada orang cakap best, ada orang cakap tak best. Serius yang best pada aku kerja makan gaji cuma sebab setiap hujung bulan confirm dapat gaji. Buat kerja tak buat kerja, confirm dapat gaji. Yang tak bestnya kalau kerja asyik terperap di lab, di office. Kalau sesekali pegi site best jugak. Tapi kalau tiap bulan buat report yang sama, haruslah bosan.

Beza dengan kerja sendiri. Duit memang tak confirm masuk hujung bulan. Kalau rajin, hari-hari masuk. Hari-hari boleh shopping. Ini betul!! Cuma bila start business sendiri, aku dah belajar simpan duit. Yer laa.. hujung bulan duit tak confirm ada kan. Lagi satu, kerja sendiri ni buat aku banyak berfikir macam mana nak atur strategi nak tingkatkan sales. Paling best sebab dapat jumpa ramai orang baru, bertukar pendapat dan idea. Sekaligus, makin banyak la info yang kita dapat.

Yang tak best makan gaji, kerja fix hour. Kalau rajin, boleh la overtime. Kerja sendiri pulak, nak start kerja bila-bila masa dan habis bila-bila masa. Macam aku, masuk office after lunch, kalau pagi tak de nak jumpa customer, balik tengok keadaan. Kadang lepas isyak baru sampai rumah. Kadang sejam dua je di office. Sangat fleksible. Oh bahagia!

Kerja sendiri, makin rajin,.makin banyak masyuk. Kalau malas, tak dapat la nak shopping hari-hari. Kalau kerja makan gaji, malas rajin, gaji tetap sama. Mungkin ada bonus, tapi bukan sebab ikut tahap kerajinan kita.  

Nak makan gaji dan kerja sendiri, boleh? Boleh.. tapiiiiiii... Jangan curi tulang masa kerja sebab nak buat business. Dan saya tak bagus dalam urusan itu. Makanya saya senang sekarang kerja sendiri, tak stress dengan karenah orang office. Paling-paling terpaksa melayan karenah customer yang macam-macam ragam sahaja.



P/s ; menjawan soalan cikgu erol.. ;))



Sent from my HTC

5 kata-kata jiwang:

Chenal said... BALAS

Alhamdulillah..rejeki tuan tanah mencurah-curah.

Cik Amni said... BALAS

dear abg chenal,
alhamdulillah.. sebab team catalyst sarawak mantap bah! hehe..

cikceriacorner said... BALAS

alhamdulila rejeki...:)

erolnukman said... BALAS

like like like! hehe..nyalah oo..kmk rasa,kmk tok jenis macam ktk juak..bukan apa,lebih selesa kerja dirik mpun..minak maok rajin lah..sikda kerja sikda duit.rasanya mungkin sama spt kmk ambik wedding job.sangat kmk suka kerja ya..even freelance,tp stiap job ya kmk ada planing lain2..strategi bak padah ktk mpun tek.bebas apa jak kmk suka.minak malayan kerenah klien yg macam2 lah..ahhhh..rindu nak ambik wedding job agik eh.kamera dah......huhuhu! sedih beta..=P

apa2pun semoga ktk succes lah dalam bidang tok!

Fannley Islam said... BALAS

wow jd org bisnes lah ni? sama lah kita. kerja dengan orang ni boleh bikin pening, bikin sakit hati. baik buat bisnes sendiri kan? pekerja diri kita sendiri, bos pun, diri kita sendiri. tak gitu? hihi

anyway, alang2 ada bisnes sendiri tu nk join tak bisnes online? saya tengah cari rakan niaga ni. bisnes ni tak susah pun, sambil run bisnes ni pun awak still boleh run bisnes awak yg sekarang ni.. jangan risau, tak akan mengganggu masa awak. modal rm270 sahaja seumur hidup, tp income cecah rm600 tak sampai seminggu. semua tu online je. di hujung jari. :)

kot2 awak berminat, or org yg terbaca komen ni berminat, boleh lah call/mesej/whatsapp no saya 011-2374 6946. inshaa Allah saya reply dengan cepat. -syara- :)

Newer Post Older Post Home