Hari Sabtu lepas, tanpa plan, kawan dari KL mintak jemput kat airport Kuching. Terkejut jugak sebab lama dia tak contact. Bunyi dia cam ada something tak baik berlaku. Dia cakap, sampai Kuching dia cerita. Fuhhh... Dah nervous. Kenapalah tu? selalunya mesti berkaitan dengan bf dia orang Kuching.
Lapangan Terbang Kuching waktu Malam.. Kredit to http://www.skyscrapercity.com/
Masuk je dalam kereta masa aku jemput kat airport tu, dia cakap dia curiga bf dia ada perempuan lain. Malam sebelum dia mai Kuching tu, dia gaduh ngan bf dia sampai lebam-lebam tangan dan dia pon p tampar bf dia. Perghh... Gila la weyh.... Dia memang lemah lembut orangnya. Kalau tak marah sangat, tak de la sampai dia tampar bf dia kan... Lepas gaduh, bf dia terus off hp dan balik Kuching sebab ada urusan di Kuching. Dia pon bila bf dia off hp bagai, kelam labut la jadinya. Terus esok paginya, dia ikut bf dia terbang ke Kuching.
Bila dengar cerita dia, aku tak tau nak cakap apa. Petang tu, jumpa bf dia kat waterfront. Tapi bf dia tak nak jumpa dia dulu sebab bf dia kena jumpa nenek dia. Ingatkan okeylah. Aku ajak dia lepak rumah aku sebelum jumpa bf dia. Makan semua. Sampai malam bf dia tak de pon tanda nak jumpa. Aku bawak keluar, lepak kat Dayang Food Corner selepas hantar stok VCO kat customer.
Janji pukul 10 lebih. Tapi sampai pukul 11 malam, tetap bf dia tak muncul-muncul. Kamu pulak balik-balik call. Tak tau apa mimpi kamu hari tu baik sangat, romantik semacam... Err.. Dan dia pon cakap,
Kawan : Untungnya dapat tunang macam Amir. Balik-balik Amni yang cakap bye. Tapi kalau saya ngan bf, balik-balik saya cakap, tunggu nak cakap lagi...
Aku senyap je. Dulu aku pernah rasa dia lah untung sebab bf dia sangat romatik. Matilaaahhh kalau kamu baca ni. Tapi bila tau keadaan sebenar antara dia dan bf, aku rasa syukur sangat tak diuji dengan sesuatu yang aku tak mampu nak pikul. Nak je aku cakap kat dia, carik orang lain lah. Macam mana nak bahagia kalau balik-balik mesti nak pukul-pukul kalau gaduh kan?
Dah dekat nak kul 12 malam still bf dia tak muncul. Last kami carik rumah bf dia dari satu lorong ke satu lorong. Dan akhirnya jumpa rumah tu berdasarkan gambar yang bf dia pernah bagi. Fuhhh.. Dapat imagine tak tengah malam macam tu carik rumah? Memang tak nampak lah jalannya kan? Lagi lah kawasan kampung.
Akhirnya bf dia keluar jugak dari rumah, jumpa dia. Itupun sebab kawan aku tu cakap aku dah nak balik umah dah. Tak tau apa jadi lepas tu. Aku harap semuanya baliklah. Janganlah gaduh-gaduh sampai lebam segala. Tapi tu lah kan.. itu cara mereka. Kalau gaduh macam tu masing-masing tak kisah, okey lah. Kalau akuuuuuuuu? Kamu cakap tinggi sikit pun aku dah cuak. Lagi nak pukul? Maunya aku fobia.. adoyaii......
Pesanan untuk kita. Lelaki ke perempuan, nak berkawan dengan lawan jantina tak salah. Tapi jangan overrrrrr melayan. Esok-esok kalau pasangan kita buat macam tu, kita hangin plak kan? Jadi, berpada-padalah... Hari ni kita buat orang sedih, esok-esok kita takkan terlepas dari dapat benda yang sama...
p/s: macam-macam ada...
