Monday, October 17, 2011

Gaduh Sampai Lebam !!

Hari Sabtu lepas, tanpa plan, kawan dari KL mintak jemput kat airport Kuching. Terkejut jugak sebab lama dia tak contact. Bunyi dia cam ada something tak baik berlaku. Dia cakap, sampai Kuching dia cerita. Fuhhh... Dah nervous. Kenapalah tu? selalunya mesti berkaitan dengan bf dia orang Kuching.


Lapangan Terbang Kuching waktu Malam.. Kredit to http://www.skyscrapercity.com/

Masuk je dalam kereta masa aku jemput kat airport tu, dia cakap dia curiga bf dia ada perempuan lain. Malam sebelum dia mai Kuching tu, dia gaduh ngan bf dia sampai lebam-lebam tangan dan dia pon p tampar bf dia. Perghh... Gila la weyh.... Dia memang lemah lembut orangnya. Kalau tak marah sangat, tak de la sampai dia tampar bf dia kan... Lepas gaduh, bf dia terus off hp dan balik Kuching sebab ada urusan di Kuching. Dia pon bila bf dia off hp bagai, kelam labut la jadinya. Terus esok paginya, dia ikut bf dia terbang ke Kuching. 

Bila dengar cerita dia, aku tak tau nak cakap apa. Petang tu, jumpa bf dia kat waterfront. Tapi bf dia tak nak jumpa dia dulu sebab bf dia kena jumpa nenek dia. Ingatkan okeylah. Aku ajak dia lepak rumah aku sebelum jumpa bf dia. Makan semua. Sampai malam bf dia tak de pon tanda nak jumpa. Aku bawak keluar, lepak kat Dayang Food Corner selepas hantar stok VCO kat customer. 

Janji pukul 10 lebih. Tapi sampai pukul 11 malam, tetap bf dia tak muncul-muncul. Kamu pulak balik-balik call. Tak tau apa mimpi kamu hari tu baik sangat, romantik semacam... Err..  Dan dia pon cakap,

Kawan : Untungnya dapat tunang macam Amir. Balik-balik Amni yang cakap bye. Tapi kalau saya ngan bf, balik-balik saya cakap, tunggu nak cakap lagi... 

Aku senyap je. Dulu aku pernah rasa dia lah untung sebab bf dia sangat romatik. Matilaaahhh kalau kamu baca ni. Tapi bila tau keadaan sebenar antara dia dan bf, aku rasa syukur sangat tak diuji dengan sesuatu yang aku tak mampu nak pikul. Nak je aku cakap kat dia, carik orang lain lah. Macam mana nak bahagia kalau balik-balik mesti nak pukul-pukul kalau gaduh kan?

Dah dekat nak kul 12 malam still bf dia tak muncul. Last kami carik rumah bf dia dari satu lorong ke satu lorong. Dan akhirnya jumpa rumah tu berdasarkan gambar yang bf dia pernah bagi. Fuhhh.. Dapat imagine tak tengah malam macam tu carik rumah? Memang tak nampak lah jalannya kan? Lagi lah kawasan kampung. 

Akhirnya bf dia keluar jugak dari rumah, jumpa dia. Itupun sebab kawan aku tu cakap aku dah nak balik umah dah. Tak tau apa jadi lepas tu. Aku harap semuanya baliklah. Janganlah gaduh-gaduh sampai lebam segala. Tapi tu lah kan.. itu cara mereka. Kalau gaduh macam tu masing-masing tak kisah, okey lah. Kalau akuuuuuuuu? Kamu cakap tinggi sikit pun aku dah cuak. Lagi nak pukul? Maunya aku fobia.. adoyaii......

Pesanan untuk kita. Lelaki ke perempuan, nak berkawan dengan lawan jantina tak salah. Tapi jangan overrrrrr melayan. Esok-esok kalau pasangan kita buat macam tu, kita hangin plak kan? Jadi, berpada-padalah... Hari ni kita buat orang sedih, esok-esok kita takkan terlepas dari dapat benda yang sama... 


p/s: macam-macam ada... 

12 kata-kata jiwang:

Anisa Hang Tuah said... BALAS

betul tu amni,,jangan over melayan.
kang haaaaaa

SyAfaWaNi ♥‿♥ said... BALAS

kenapa aritu g kuching xnampak epot mcm tu? hahaha
emm xelok la gadoh sampai pukul2..adoi risau..

Kathy Tuah said... BALAS

hrp2 kwn ktk bebait dgn bf nya..

Miss Dolce and Gabbana said... BALAS

kesian dengan kwn ktk ya.Mun kmk kedaknya dah ditinggal mek kali.X tahan kenak pukul.Belum kahwin dah kedak ya mun dah nikah kelak camney ndak ka?

Tedah ktk 2 becarik rumah tegal org laki ya.

Prince Halilintar said... BALAS

mak aiii...sampai lebam2..dasyatnyer..

Namee Roslan said... BALAS

takutnya :( emmm cinta ni menyakitkan tau.

[sutera kasih] said... BALAS

benar kata dirik..mun dh ada psgn ya, berpada2 la berkawan dgn kaum bkn sejenis..faham2 jak la..manusia nektok pelik2 jak perangey..mun bkn kita, org lain yg menggoda or berik pengaroh..

Bui Junaidi said... BALAS

maok berhati2 gik-gik zaman nektok..

ainz said... BALAS
This comment has been removed by the author.
nabilah_2908 said... BALAS

erm...kawan Amni dari KL..BF dia mmg dok Kuching...or dok KL..merajuk balik Kuching..?

agak keliru sikit bila Amni kata...malam sebelum dtg Kuching..dia dah gaduh dgn BF dia sampai lebam..tampar muka bagai.. :)

kalau sy la...kalau lelaki yg tiada apa2 ikatan sah dgn kita..tp dah berani naik kaki tangan...

baik fikir kan semula...samada nak teruskan ataupun tidak dgn lelaki itu...sekali dia buat...tak mustahil dia akan buat lagi...

miss niedNied said... BALAS

errr, ada jgk kwn yg mcm gituhhh last-last dahh penat nasihat kan kwn tuhh die pon break dgn bf dia .

mybe ada yg lg baik utk kita kan . tk salah lepas kan org yg tk nk hargai kita :)

Run Away said... BALAS

sampai lebam2 ni kira SG lah beb...hek...;d

Newer Post Older Post Home