Showing posts with label Misteri Jalan Lama. Show all posts
Showing posts with label Misteri Jalan Lama. Show all posts

Thursday, November 10, 2011

Misteri Jalan Lama - Kisah Benar Seorang Kawan - Mohon Pandangan

Sesuatu berlaku pada kawan baikku semalam. Memang agak seram. Mengharap pandangan kawan-kawan. Mudah-mudahan pandangan kita bisa membuatnya tenang...


Salam,
Maaflah ganggu ko kerje. Tapi seriously, semalam adalah ssuatu yg aku x pernah jangka. Dalam sekelip mata jer. Its such a horror things. Betullah agaknye rg ckp, malang x pernah berbau. Klu nk jadi, jadilah. Kun fayakun.

Smlm abg aku blik ke klang dlm kul 11 pg. Aku pulak, mls nk balik awal2, jadi ptg2 skit baru balik wlaupun aku tahu jem msti teruk. Tp sbb azim tahu guna jln dalam(kmpung), jadi aku x risau sgt. Kul 4 daripada rumah, abg aku call katanya Seremban jem teruk sbb dia pun x smpai umh lg. So, Azim terus exit alor gajah sbb x mo guna highway. Dlm kul 6 stgh aku suh azim tgok2 klu ada masjid@surau kat kampung2 tu, sbb nk solat asar. Aku xmo berenti kt R&R sbb kt situ ramai org sgt, nnt lambat. Smpai 1 surau kt area kmpung ape ntah, aku mintak solat dlu, sbb azim kne pegang aliya. Aku cari tmpt wudu’ perempuan kemain susah, wlpun die dh tulis signboard. Senja2 cam tu mata aku x berapa terang walau pkai spek, sbb aku rs len mcm plak. Aku cpt2 tawakal je sbb memikirkn perjalanan jauh lg, wlpun aku rs cam nk patah balik kereta sbb rs takut tiba2.

Aku melilau juge sbb x nmpk ruang solat wanita, tp trus je amik wuduk kt luar sbb tu je yg aku nmpk utk wuduk. Aku cam dgr org perempuan ngajar budak mengaji, tp sbb x de selipar, aku pun buat x tau je. Smpai tmpt agak2 cam ruang solat wanita (ada tikar n langsir utk tutup shj), aku trus cepat2 pkai telekung, sbb xnk azim tunggu lma. Tiba2 aku nmpk sorg makcik duduk ats kerusi, n mengaji.  Aku perasan ada baju kurung n kain dlm di sidai kt beranda tu, mcm die tinggal kt surau tu je.. die Jeling aku smcm & dgn keras tnye aku cam ni “Dari mana?” suara mcm x puas ati.

Aku jawab “Dari johor” sambil sarung kain.
“Balik kampong ke?” sambil jelling x puas ati lg.
“Ha’ah” otak aku cume nk singkatkn je bual2 tu, sbb aku sgt2 nk cpt. Masa pendek, sat lg nk maghrib.
“Kampung kt mna?” Muke makin bengis lak
“Kat batu pahat” masa tu aku dh pkai tlekung dh.
Muke die berkerut seribu “Kat sini ada batu pahat ke?” suara cam nk marah.
“Tak.. sy dari kg, kat batu pahat. Nak balik ke klang skrg ni, sbb seremban jem,” aku trus rs fedup plak nk terangkn bnde2 cengitu, dlm keadaan yg sgt urgent.
“Awak ni cakap berbelit2, tadi ckp dari klang, ni ckp nak balik klang. Awak ugama keling ke!” terus die tengking aku. Tp aku trus angkat takbir dan cuba sedaya upaya nk khusyuk wlapun ati dh x keruan rasa cam nk balik kereta balik n blah.

Dia berenti mngaji. Bila aku dh siap solat, aku ingt dia x de, rupenye die duduk ats kerusi tu mnhadap aku & tunggu aku semata2 x puas ati ngn aku. Padahal aku x kenal sapa dia. Terus dia marah aku.
“Awak ni sbnrnya dari mana? Sekolah mana awak ni? Kenapa datang sini!” aku dh start bengang dgn org yg tetibe memarah ni. Aku trus lipat telekung cpt2.
“Makcik, sy ni dari kg, kat johor nk balik ke klang. Skrg ni Seremban jem teruk, sy lalu jln dlm utk elak jem,”
“Tadi awk ckp belit-belit. Awak ugama keling ker!! Saya x suke org dtg sini cakap belit2!”
“Makcik, apa malahnya ni. Ini rumah Allah, dan sy hanya tumpang bersolat. Itu shj..”aku cube kawal dan terus ckp dlm nada mndatar je.
Makcik tu x puas ati & terus bngun. “Memang ni rumah Allah!!! Tapi ramai org datang sini sbb nak bawak anasir jahat!!”

Huh, aku dh start x paham ape yg die repekkn, dan yg aku cuem fkir ms tu adalah blah cpt2. Aku angkt beg n potong die cakap (msa ni die masih mmbebel ntah hapa2 n tengking2 aku).
“Assalamualaikum.”
“Awak nk solat, arini awak boleh lepas, kalau awak dtg bukan nk solat, awak jgn datang sini, sbb ramai org nak culik anak2 sini, nak bawak anasir jahat!! Bla blab la….”
Time ni aku nk bwk selipar n trus lari je, tp otak waras lg, jd aku sarung perlahan2 selipar, n trus keluar. Masa ni dia masih terjerit2 lagi tuduh aku macam2 yg ntah hapa2…
Aku nmpk azim pegang aliya kt luar kereta, trus aku ckp “abg, cari surau len, pergi dari sni, nnt saya cerita,”

Azim terpinga2, dan x byk ckp trus ikut je. Masa masuk dlm kereta aku nmpk makcik tu kedepan surau masih marah2 aku dgn ntah apa yg dia ckp, mcm mngejar aku. Bila die nmpk aku msuk keter ngn azim, baru die masuk surau tu balik.

Dlm kereta, aku citer ngn azim, smbil menangis bila part dia ckp “Ugama Keling” tu. Aku sgt2 x boleh terime bila org tuduh aku mcm tu, sdangkn aku musafir yg cume tumpang solat. Itu dah dikira fitnah. Masa aku msg ko, aku aruje call kakak aku mnngis2.

Aku cari masjid len utk solat maghrib tp takut n mnggigil tu x hilang lg, sbb x de org tengking n hina aku mcm tu skali hnya krn aku nk solat. Dan aku x buat apa2 kesalahan.

Azim geram gak sbb aku trus  suh blah, sdangkn die mmg tak puas ati. Dia nk setle ngn makcik tu kt situ gak. Tp sbb tgok muke aku dh cuak ms tu, die ikut pe aku ckp. Ms azim tungu aku kt luar, die ada berborak ngn  nazir kt situ & soalan nazir tu juge sma “Dari mana nk kemana” tp nazir tu baik n agah2 aliya gak. Cume pelik sbb azim dgr cam kecoh2 tp die x bajet la aku yg kne tengking tu sbb suara dlm tu bergema. Azim kata agaknye makcik tu psyco kot.

Ko tulislah ssuatu utk buat ati aku tenang. Aku masih blum boleh terima kata2 hina n fitnah makcik yg aku x kenal tu. Aku jd x mo lg brenti solat kt tmpt2 yg aku x tau mcm tu. Ntah kampong apa tu.  Tolong aku utk tenangkn hati & tak lemah smngt mcm tu lg, tolong aku amni bg pndangan ko skit. Terima kasih.


Thank you.

Kind Regards,
Nurul

Monday, November 7, 2011

Misteri Jalan Lama

Antara pengarah filem Malaysia yang aku minat adalah Afdlin Shauqi. Sebab aku rasa cerita dia buat memang akan lain daripada yang lain. Contoh macam papadom. Pelakon pulak, aku sangat minat dengan Que Haidar. Terlebih minat bila aku tengok Que Haidar, aku nampak kamu masa diawal perkenalan aku dan kamu. Amboiii.. Kalau pelakon wanita? Aku suka ramai. Tapi yang paling aku suka, Eja dan Vaneeda Imran. Sangat ayu. Sangat pandai berlakon. Suka gilerr...

Bila dengar Afdlin akan keluarkan filem baru, aku lah yang paling teruja. Tak kira nanti tak de orang teman ke, aku nak jugak pergi tengok cerita ni. Misteri Jalan Lama. 


Antara barisan artis lain yang turut menjayakan filem ini termasuklah, Que Haidar (Ilya), Hans Isaac ( Indra), Marion Caunter (Sania), Vanidah Imran (Queen Dewata), Nasir Bilal Khan (King Dewata), Afdlin Shauki (Harak), Liyana Jasmay, Sari Yanti dan juga Gambit Saifullah.
Kisah ini bermula apabila dua beradik, Indra dan Ilya dalam perjalanan pulang ke kampung halaman mereka untuk urusan pengebumian ayah mereka, Iskandar. Indra adalah anak kandung Iskandar manakala Ilya pula adalah anak angkat Iskandar yang ditemui 25 tahun dahulu. Ilya seorang anak yang baik dan banyak membantu Iskandar membina kerjayanya. Sikap yang berbeza antara dua beradik ini menjadi punca masalah mereka.
Pada hari kematian Iskandar, buat pertama kalinya selepas 15 tahun, Indra ke pejabat ayahnya untuk mengambil surat wasiat yang ditinggalkan untuknya. Indra diminta membawa Ilya pulang, kerana Ilya tidak tahu memandu. Dalam perjalanan, Indra dikejar oleh gangster. Lalu Indra mengambil keputusan menggunakan jalan lama.
Ketika melalui jalan lama, tidak semena-mena mereka memasuki ‘dunia lain’. Pelbagai peristiwa pelik dialami mereka sepanjang berada di dunia tersebut. Apakah akan terjadi kepada mereka berdua ? Apakah yang terdapat di jalan lama tersebut ?
Pastikan anda menonton filem ini kerana ia bakal menjanjikan satu pengalaman baru dalam industri perfileman Malaysia. Kami kata best, anda?
sumber : Oh Bulan


p/s: cerita seram apa yang paling best kamu pernah tengok dan rasa best?


Older Posts Home