Thursday, August 26, 2010

Rezeki Di Pedalaman...


Kamu, pagi-pagi lepas ke satu-satunya mesin ATM kat sini, aku terus pegi pasar. Semangat nih nak masak tom yam. Dah beberapa hari asyik nak makan tom yam je. Ingat nak masak simple je, tapi macam tak best pulak. Jadi aku ke pasar beli la segala macam bahan-bahan untuk dicampurkan dalam tomyam. Aku pernah cakap kan aku tak pandai masak? Tapi sebab teringin punya pasal, mestilah yang tak pandai pon jadi pandai. Erk?

Tengah hari, masa kat office, tetiba penolong penyelia jumpa aku. Dia jemput untuk berbuka puasa ke rumah dia. Teringat ngan sotong, udang kat dalam peti sejuk. Nasib bek aku tak keluarkan dari peti sejuk segala benda tu. alamak! Tak jadi buat tom yam la untuk petang.

Petang, pukul 6 penolong penyelia tu dah jemput aku dan Di. Untuk tolong isterinya. Mak ai! Sampai je kat rumah tu, banyak giler lauk isteri dia masak sorang-sorang. Ada ikan kerapu kukus. Ikan masak asam pedas. Ini favorite aku dan kamu. Ayam masak kicap. Ini favorite kamu. Sayur petola. Bubor pedas. Bubur labu lemak manis. Ada DABAI lagi. Ini favorite aku. Walllaaaa…………… Rezeki yang melimpah ruah.

6.30 petang, bos datang dah. 6.45 dah boleh buka puasa. Riuh randah jadinya bila semua staff kat office berkumpul. Seronok! Teringat kat mak kat rumah yang aku tak tau dengan sapa la dia berbuka. Teringat ngan kamu, agak-agak berbuka tu makan apa lah kan? umph!

Sebelum balik tu, Bos bagi tau minggu depan ada program kat SK ULU MELIPIS. Program Ambang Merdeka. Dia ajak pergi sekali. Aku apa lagi kan? Mestilah cakap nak. Erk? Nak aje la kan? Jadi tercapai la hasrat aku rasanya nak ke pedalaman dua pulak. Maybe pegi hari Isnin, balik hari Selasa. Tahun ni sambut Merdeka ke pedalaman.

Suami Di cikgu kat sekolah tu. Yang merisaukan sekarang ni pasal tempat untuk stay malam tu. Tapi Di bagitau, nanti dia uruskan. Kalau nak balik malam tu terus lepas pukul 12 malam tu impossible la kan? kalau air surut, kena tarik perahu pulak tu. Perjalanan yang hanya mengambil masa 15 ke 30 minit dengan menggunakan speed masa air pasang boleh jadi dua jam tu kalau air surut. Oh! Harapnya air pasang. Mudah-mudahan semuanya berjalan lancar.

pssst.... Kamu, Isnin dan Selasa saya tak update yer? Kat sana tak de coverage. Alamak~




Rezeki di pedalaman,

12 kata-kata jiwang:

fLo said... BALAS

wallla....nang jereki..
aih...nyaman lok ikan kukus ya..
adoh2...ngidam dh kmk mok mkn ikan ya....harus cr lak..hehehehe...=p

nisrin said... BALAS

arini smua org cuti... hukhuk... company aku ajer yg bekerje... uhu...

cik hani said... BALAS

sedapnya ikan kukus. huuuu.
terliur.

Mr Noble said... BALAS

wau! byknya makanan! dah lapar ni

Faizal n Fashitah said... BALAS

Shiohh nang main kawasan pedalaman jak la kitak hoh. Apapa pun, nang nyaman k kitak sungkei. Rejeki ba nak hoh XD

ainz said... BALAS

Wahhh..hebatnye dia..boleh masak sorang sebanyak2nye tu..respek la!rezeki kamu di bulan ramadhan..balik dari sane nanti buat la tomyam.. :)

nabilah_2908 said... BALAS

hmm..ambil la gambar bnyk2 yer..nnti boleh la di sharekan di sini.. ;)

jom ke APA KATA HATI pulak,
DURATUL JANNAH

Amni said... BALAS

Dear flo,
mahal oo mun mok beli.. huhu...

Dear jie,
aku kerja makcik.. ekeke...

Dear cik hani,
hee... ramai kan suka ikan kukus..puasa2.. =P

Dear Mr Noble,
tak puasa ke? haha

Dear F & F,
nama kerja di pedalaman.. hehe..rezeki, jangn ditulak.. Dabei ya la paling mek suka.. hehe..sampe tapau gik ya.. hahaha

Dear ainz,
makcik tu pernah buat catering.. masak pon sedap! wallaweyh!

ribena.illina said... BALAS

terase nk g pendalaman naek perahu
bes3!!! heee~

nisrin said... BALAS

lega lak dgr ko kje arini...huu...kurg stress aku.

HonEyBuNNy said... BALAS

banyaknya lauk fabret neh...buat ila terliur ja...hiihi...hati2 tau....;-)nti jgangan lupa update...muhahah

eik`S noName said... BALAS

owoh...lauk feberek sumenye...dap doh dapat makan...lau mcm tu, xkempunan la nak makn tom yam...hik3

pakai piring SATELIK la kat pedalaman...keh3

Newer Post Older Post Home