Wednesday, September 1, 2010

Kembara Merdeka (1)


HARI ISNIN, petang. Seperti yang aku dah bagitau kamu, aku ke Pedalaman Dua kan? Ke SK ULU MELIPIS. Lebih kurang 4.30 petang, kami bergerak ke SK ULU MELIPIS dengan menggunakan perahu panjang yang tidak berbumbung. Termasuk aku dan Di, sepuluh orang rombongan kami kali ini. Kami duduk dalam perahu dalam satu barisan. Muat-muat je. Cuak jugak aku meredah Sungai Rajang yang lebarnya 3 ke 4 kali ganda Sungai Waterfront Kuching. Orang sambut MERDEKA kat Bandar, kami pulak ke Ulu Pedalaman nak sambut MERDEKA.

Teruja punya pasal, life jacket pon lupa nak bawak. Sib bek tak kena marah ngan bos. Amik ko! Hujan turun pulak dah. Lebih kurang setengah jam, kami sampai ke persimpangan Sungai Melipis. Di bagitau Sungai tu bersimpang siur. Oleh kerana air surut, jadinya kalau 10 orang nak masuk Sungai Melipis tu sekali, semua orang kena tarik perahu tu bermai-ramai. Jadi, untuk mempercepatkan perjalanan, kami telah berpecah. 4 orang menaiki perahu, 6 orang pulak termasuk aku, menaiki trak ke SK Ulu Melipis.

Kami menaiki trak tu selama 20 minit. Sempat aku merasa duduk di belakang bumbung yang terbuka. Mujur lah hujan renyai-renyai. Tapi hujan renyai-renyai ni la selalunya buat aku demam. Tolong! Perjalanan 20 minit tu aku rasa macam lama giler je sebab naik dan turun bukit yang curam dan licin. Aku cakap kat Di, serius balik esok aku nak nek perahu panjang tu. Tak kira la kena tarik perahu ke pa. yang penting, tak nak nek trak tu lagi. Di dah gelak-gelak tengok aku cuak tapi berlagak cool. Erk? Sempat aku bagitau kamu ada coverage sebab tak yah masuk Sungai Melipis tu. Skali, tak lama dapat reply dari kamu, terus hilang coverage. Adei! Di Melipis tak de coverage. Tak boleh contact sehari. Ceh! Macam lama la kan?

Driver tarak tu hantar kami kat tepi hutan. Dari situ, kena redah hutan 10 ke 15 minit lagi. Hutan kecik je, tapi ada pacat ok! Sib bek la aku ni PENGAKAP. Dah biasa dengan pacat (berlagak nak mampuih!). Awal-awal lagi Di dah tanya ada pacat tak. Aku gelak je. Bila penolong penyelia tu cakap ada. mana ada kalau kawasan kering. Kat situ hujan tak turun lagi. Tapi macam akan turun jugak.

Lepas redah sungai, kami Nampak rumah panjang. Di seberang Rumah Panjang tu la baru Nampak Sekolah ULU MELIPIS tu. Mak ai! Redah sungai pulak. Seronok! Aku sangat suka. Air nya sejuk + bersih giler. Rasa macam nak terjun mandi je. Teringat aku Cuma bawak baju sehelai untuk malam, terus aku batalkan niat aku. Sampai je ke seberang sungai dengan berjalan kaki, kami disambut oleh Guru Besar dan guru-guru SK ULU MELIPIS.

Nampak je muka aku, terus Guru Besar tu cakap,

“Patut pon cuaca mendung ni. Rupanya orang jauh nak datang…” aku senyum-senyum je…. Letih wooo… Pinggang aku rasa nak patah je. Mujur lah Ramadhan. Lapar dan dahaga tu tak terasa pon walaupun pagi tu aku tak sahur. Terlajak tidur~




Kembara Merdeka,

12 kata-kata jiwang:

flo... said... BALAS

yahhh...venture juak la perjlnan ktk...best jak denga..
mek suka lasak2 tok..hehehe..
suka masok kua utan..hiking ka..=p
selamat juak ktk pergi n blt....good..=p

kata kila said... BALAS

adoi.pacat tu sangat tak sesuai okeyh.boleh tak nak cakap gitu?haha

Amni said... BALAS

Dear Flo,
aok, kmk suka juak aieee... hehe.... tapi mun urang tengok kmk, mesti urang sik cayak kmk tok lasak.. kekeke..

Dear Killa,
hihi... mesti takut pacat ni...=P

ztie said... BALAS

ermph! lamak nar dah sik pegi hiking2 tok eh. mun pegi gk ada ndak ka tenaga tok. hahaha.. mok mok leput nyawa gk kmk tok.

best2.. cuba tak amik gmbr

Shiqa Nawar said... BALAS

wah2 advnture ny pjalanan.. best, cuma tkut nk naik perahu tu.hehe

Vivian said... BALAS

kmk maok juak!!

ainz said... BALAS

Woww...memang advanture..nk ikut..tp xle.. :( tringat dlu..ain pernah naik perahu panjang di thai..diorang siap bwk pegi tgk firefly lagi..cantik sgt!pengalaman yg xle dilupakan..

Amni said... BALAS

Dear Ztie,
Jom g santubong. lalalal... tapi medun sik suka. Umph!

Dear Cik Shiqa,
Dah pernah naik perahu ke? hehe..

Dear BS,
kitak mok apa? terjun ka hiking? hehe..

Dear ainz,
Hehe... t naik perahu lagi yek.. tapi kat waterfront... umah Encik L dekat ngan waterfront... =)

ztie said... BALAS

pahalla sik suka? lalala.. kmk dah edit balit post 'ngegeh' kmk tek. sila jengok lagik. tp lagu sekda. hehe

Amni said... BALAS

Dear Ztie,
tq.. ekeke... kmk baruk nak ziarah.. jap oo.. bos dah datang.. hehe..

ainz said... BALAS

Aaaa...siapa Encik L..xkenal..ahahaha

mrnoble said... BALAS

wau! adventure di bulan puasa tu.. power aa!! :D

Newer Post Older Post Home