Tuesday, May 31, 2011

Follower Ramai Ke Komen Banyak Yang Best?

Ada orang tanya macam mana aku boleh dapat follower lebih dari 500? Lagi, suka komen banyak ke suka follower banyak? Macam mana nak dapat komen banyak? Aku gelak. Aku bukan blogger famous. Aku bukan otai. Aku pun masih baru lagi dalam blogging. Blogging pun sebab kamu. Tapi aku jawab jugak la yer.

Ermm... nak jawapan panjang ke jawapan pendek? Aku suka loyal readers. Even dia tak komen dan tak follow, tapi dia setia nak up tafic aku. Wakakaka... Tu termasuk dengan stalker la kan?

Jujurnya sedikit sebanyak impak follower aku bertambah dengan mendadak dulu sebab kamu. Tapi ramai yang follow, ramai jugak la yang unfollow. Sentap? Sentap la jugak. Tapi, tak de la sampai nak tutup blog sebab orang unfollow. Perlu diakui, tak semua orang follow suka tulisan kita. Lagi-lagi la blog jiwang berkarat macam blog aku.

Pada aku, kalau nak follower ramai, nak komen banyak, awak kena ikhlas blogging. Kena la rajin singgah blog kawan-kawan. Jangan la bila follower dah cecah dua empat ratus bajet dah glamour dah boleh goyang kaki kan? Aku kagum dengan Ain Zulaikha. Aku kira dia jugak blogger famous walaupun tak de la sefamous Cik Epal dan sewaktu dengannya. Dia sangat rajin singgah balas, reply komen blogger yang singgah. Sama-sama la kan nak sokong kawan-kawan. Kalau bukan sesama kita nak sokong sesama kita, sapa lagi kan? Tapi jangan bandingkan la awak dengan blogger famous. Dia tak reply komen, tak tinggal jejak sebab dia memang bagus Tulis apa pun memang akan ada yang jenguk.

Masing-masing ada gaya masing-masing nak dapat follower ramai, nak komen banyak kan? Aku memang tak de specific tips. Tapi memang aku jenis yang suka baca entri orang dan drop komen. Bila ada kunjungan orang, aku memang akan balas. Itu je yang aku buat selama ni.

Kadang orang bukan tak nak komen entri kita. Tapi sebab memang tak tau nak komen apa kan? Selalu je jadi dengan aku. Aku singgah, tapi aku tak tau nak komen apa pada entri orang tu. Jadi, aku tak tinggal apa-apa jejak. Terpulang pada awak nak jadi blogger yang macam mana... Peace!

17 kata-kata jiwang:

najwa's said... BALAS

hehe me tak penah terpikir pom pasal follower ke komen ke.

asal tgn gedik nak tulis, tulis jela. =p
pastu teringin nak menyinggah blog kengkawan, singgah jela. ;)

fadh leyanie said... BALAS

follower ramai pun tak guna kalau tiada sesiapa yg mnjengah ke entri..^^

[sutera kasih] said... BALAS

kmk suka loyal reader..berik smgt blogging cz sidak berik respon dgn setiap penulisan kita..follower pun suka juak, mun tampa sidak, sikda org nk follow kita hehe


*kmk pun suka ngn miak ain zulaikha yaa..nya femes n byk follower tp nya sik sombong..nya bls juak kunjungan org yg singgah ke blognya..lmbat atau awal, msti ada nya dtg.kdg2 duak tiga kali hehe

Mommy Fara said... BALAS

oklah, bagi komen gak...heheheheh!

Hajib said... BALAS

mena kata kita.. kita mesti ikhlas menulis... jangan malas.. seperti kmk... hehehehe...

nabilah_2908 said... BALAS

suka dgn perenggan last..hehehe..

sy pun mcm tu gak...kadang2 dok tenung blog org tu cari idea..nk komen apa...KIV dulu ke..pergi blog lain...

lepas tu buat2 la lupa...ngeee..(^_^)

tunggu entri seterusnya pulak.. :)

jom ke APA KATA HATI pulak ;
1H 4W

beautiful_rose said... BALAS

aku lebih suka ramai pembaca dan tukang komen daripada follower.sebab dalam ramai2 y follow tu,belum tentu dorg bce entry aku.

FTR said... BALAS

betul lah.. terpulang... bila entri best2.. orang pun datang melekat aje.. hahaha..

dan aku plak tak kisah pun.. berblog ikut suka hati.. orang datang aku senang hati.. hehehe...

mOon jOhari said... BALAS

..mOon suka kalo byk kOmen...berblOg pOng suka2...bukan nak femes...so,kalo ada yg fOllOw mOon ase 1 bOnus...kOmen yg banyak buat kita semangat nak berblOg... :)

Cik Ezy said... BALAS

saye lg suke komen byk kot dr follower byk..
haha..
saye pon xpemes..

.sweet-ants. said... BALAS

ramai yg baca tp x follow
ramai yg follow tp x baca
mana 1 nak? hehehe..

Ibu Iman said... BALAS

mcm kmk suka baca tp x suka komen.. malas sikit nk mengomen... tp nang tabik spring lah dgn org2 yg rajin komen panjang2... yg penting kita ikhlas... dlm 10 follower kita blom pasti gik 8 ya baca... sekadar nk follow sbb mok urg follow ajak..

Amni said... BALAS

Dear Najwa,
ya.. ikhlas itu penting.. hehehe...

Dear FL,
betul2.. follower ramai pun kalau tak menginggah tak guna jugak kan.. hehe..

Dear SK,
sebab kitak blogger femes juak bah.. hihi... harus rami yang datang jengok... hihi..

Dear MF,
hehehe.. komen2...

Dear Hajib,
rajin2 la update... hehehe...

Dear Nabilah,
betul kan... kadang memang tak tau nak komen apa.. huhu

Dear Rose,
aku pun perasan.. ada jugak yang org ada banyak follower.. tapi komen ciput jer... tapi ada jugak yang follower tak ramai, tapi trafiq sekali kita bukak tu, mak ai.. masyuk....

Dear FTR,
alamak! Mana link? tak dapat nak view.. hee... betul.. entri best.. ramai yang datang....

Dear Moon,
alamak! sejak bila moon jadi ayu? err.. salu cam ganas je.. hihi... thanks moon.. menambah semangat lagi.. hehe

Dear Cik Ezy,
yeahhh.. ramai yang macam tu kan>

Dear Zura,
errrmmm.. tak kisah.. asal trafic masyuk.. hahahhaha....

cik ayin said... BALAS

saya pentingkan komen :)

dwaty said... BALAS

follower ramai kalau takde yang komen pun sentap gak... hehehehe... saya lagi suka komen dekat ruangan komen dari komen kat shoutbox... pernah terjadi... tak tau nak komen apa... so saya pun taip jer.. ni komen... hehehehe... kira komen jugala kan???

Syahirah Suhaili said... BALAS

stuju glak2..mek suka juak mun loyal reader..p follower penting juak la..molah entry byk2 p mun xda org nak maca,xjuak bez..mun org komen,nang btambah2 la smangat berblog..hehe..

neway,kmk follow ktk dr list group blogger srawak lam fb ya :D

Hanis MY said... BALAS

akak tulis je paper amni...tapi kalau ada yg komen tu mmg rasa happy sesangt hehe over acting betul...

Newer Post Older Post Home