Tuesday, May 24, 2011

Lelaki Menangis!

Abaikan cerita lalu. Ini bukan cerita pasal kamu. Ini cerita pasal apa yang aku, M dan Ninie bincangkan malam tadi.

M : Serius bila pasal perempuan yang lelaki sayang sangat, dia akan menangis.

Ninie : Jadi ko nak cakap ko pun sama la kan?

M : Weyh.. ko nampak je aku macam ni. Tapi hati ni lembut tau. Salah ke laki nak nangis?

Aku : *sengih je sebab aku faham*

M : Hari tu kitorang p genting. Semua member lelaki. Dan dalam geng kitorang tu, ada la yang baru kena tinggal ngan awek dia. Dah tu, dia asyik down je, so kitorang decide luahkan perasaan masing-masing tentang kisah sedih masing-masing. Seriussss sorang-sorang nangis. gila kau!

Ninie : Tu semua kes perempuan ke?

M : A'ah... lebih kurang la... Lelaki jugak ada sensitivity. Kadang-kadang sesuatu tu kalau dah sakit sangat tu yang sampai menangis. Bukan sebab cengeng. Korang kenal aku kan?

Aku : Macam mana ada perempuan yang jenis tak menghargai lelaki yang betul-betul sayang dia?

M ; Tu la pasal... dah betul-betul orang sayang, nak jugak carik laki lain.. kalau dapat laki lagi baik takpe. Ni ada yang lagi teruk pun nak jugak. sakit hati je...

Aku : Hidup... Bila perempuan baik, laki buat hal. Bila lelaki baik, perempuan plak buat hal. Dulu aku pun pernah kena tinggal kan... tapi itu dulu.....

M : Hahahaha.... itu dulu... sekarang dia nak lagi kat kau kan?

Aku : lol! Abaikan dia. aku dapat lagi bagus kan sekarang?

M : Tak sabar nak cakap kat geng kat melaka yang ex-bf ko tak move on lagi sejak kena tinggal.

Aku : Hey! lol! Apa kessss!

M ; Walaupun aku tak paham muzik, aku tak suka amir as artis, tapi aku sokong dia sebagai tunang ko.

Aku : ngok! tak kisah.



Ninie banyak senyap. Kalau aku dah jumpa M, memang macam gitu. 13 tahun kawan dengan M. 9 tahun kawan dengan Ninie. Susah senang bersama.

p/s; gelak baca statement altimate kat twitter cakap dia menangis tengok Nur Kasih. He..
Gurau agaknya.

4 kata-kata jiwang:

[sutera kasih] said... BALAS

Hidup... Bila perempuan baik, laki buat hal. Bila lelaki baik, perempuan plak buat hal. Dulu aku pun pernah kena tinggal kan... tapi itu dulu.....


betul2 !!!

armouris said... BALAS

info tentang menangis di SIHAT SELALU - Kenapa Perempuan Lebih Banyak Menangis

ainz said... BALAS

mmg adat la cmtu..klau laki setia, pmpn buat hal..kalo pmpn setia, laki buat hal..tapi bile btul2 dah bertemu jodoh, harap2 laki n pmpn same2 brtggungjwb..itu lebih penting sbb bkn senang nak didik anak dlm zmn yang terlampau canggih ni..

ainz said... BALAS

mmg adat la cmtu..klau laki setia, pmpn buat hal..kalo pmpn setia, laki buat hal..tapi bile btul2 dah bertemu jodoh, harap2 laki n pmpn same2 brtggungjwb..itu lebih penting sbb bkn senang nak didik anak dlm zmn yang terlampau canggih ni..

Newer Post Older Post Home